Sunday, February 16, 2025

Makan Makan di KL

Sempena melihat konsert The Script, sambil tu jalan-jalan cari makan la juga. Semoga lepas ni sentiasa slim walaupun kuat makan 👀 

Mula-mula saya menyerbu Pasar Malam Jalan Masjid India. Walaupun masih terngiang insiden sinkhole, tapi sebab makanan punya pasal... saya redah semuanya. Hahaha. Bagi saya pasar kat sini paling best kerana pelbagai makanan boleh didapati. Sebenarnya ada yang tak sempat saya amik gambar sebab makanan dah habis duluan. Jadi mana-mana yang ada tu ja saya share sempena trip ke KL beberapa hari tu.

Kuih peneram Kedah. RM5/25 biji. Terbaik rasa dia.

Sotong sira. Manis sangat.

Laksa Penang.

Popia basah. Yang ni sedap. Susah nak cari popia basah kat KK. Di KL ada banyak.

Kebab ayam

Putu bambu. Sedap teruk.
-
-
-
-
Lepas tu saya juga menyerbu di kawasan Pasar Seni.

Awal-awal tu minum air dulu sebab jalan kaki sana sini.

Lepas tu makan Chinese beef roti. Saya tak makan daging, jadi yang ni ayam.

Lepas tu minum minuman yang comel ni.

Strawberry + chocolate.
-
-
-
-
-
Pergi Pavilion lagi cari makan di Din Tai Fung.




Semua sedap.

Lepas tu cari makan petang pula. Banyaknya perempuan ni makan. 👀

Lavender ice-cream di Family Mart

Makan di kopitiam lagi. Ni sebelum konsert The Script pergi melantak dulu

Yang ni kombucha special. Beli ais saja di 7E. Kenapa 7E di KK tak ada jual ais macam ni. Kalau nak beli minuman homemade kombucha tea special ni boleh beli di Shopee. Sila klik link ni.

Cari teh tarik.

Teppanyaki seafood. My favorite banyak sayur.

Panipuri. First time cuba.

Minum lagi.
-
-
-
-
-
Lastly di airport, makan Texas Chicken. KK bila nak ada restoran ni pleaseee.

Sweet potato mochi. Sedapnya.

Okay, sekian makan-makan.

Friday, February 14, 2025

Pergi Konsert The Script Satellites World Tour - Malaysia

Yeay! My favorite band datang lagi ke Malaysia untuk promote album baru mereka, Satellites. Dengan penuh excited, saya pun planning la dengan my friend untuk pergi konsert ni. So kami fly ke Kuala Lumpur untuk tengok konsert + jalan-jalan cari makan. Nanti akan story part yang tu. Overall costs including tiket kapal terbang dan hotel, RM1k+ juga sebab harga tiket konsert almost RM500. Tiket paling murah dah sold out awal. Tinggal seat VIP, dan tak VIP sangat. Tiket kami ni kira level M40😂. Harga tengah-tengah.

Official poster Satellites World Tour. Yass!

My ticket 😁

Pada hari kejadian. Betapa excitednya saya. Hahaha. Rasanya kamilah antara penonton yang paling tak glamor dalam hall tu sebab waktu siang dah berabis jalan sana sini. Pas tu balik hotel rehat sekejap. Then jalan pergi konsert muka penat. Lepas konsert bersedialah untuk recharge di bilik.

Bekalan masa konsert. Organizer akan check beg kita sebelum masuk. Tak boleh bawa air dari luar, I don’t know why. Mungkin sebab mereka pun ada jual makanan dan minuman juga kot. Supaya tak boring masa menunggu konsert nak start, so I bought this RM10 popcorn! RM10 okay.

Intro concert. Unfortunately Glen tak join tour ke Asia. But mereka punya supporting member pun power main drum. My Nept is also a drummer, jadi saya sangat excited nak tunjuk video konsert. 

 Resemble of Freedom Child album cover.

Masa ni tengah main lagu The Last Time. One of my favs. Tiap hari spin di kereta.



Breakeven. Yess! Masa ni orang semua riuh bila dengar intro guitar.



The end of the concert. Habis saja kami terus chau sebab nak kejar LRT. Actually concert tak la lama sangat. Rasanya satu jam setengah saja. Unfortunately saya tak beli apa-apa merchandise masa tu and end up dengan penyesalan. Bila sampai rumah baru la sibuk nak order 😂 .

Last year beli album baru The Script, Satellites. Order direct from UK, complete dengan autograph. Hye! Yang kiri tu kaset okay. Tak tau nak play kat mana benda tu. Jadi koleksi saja la.

Overall saya sangat berpuas hati dengan konsert The Script. Of course my favorite songs dari album Satellites - Both Ways dan Inside Out ada dinyanyikan masa tu. 📡