Saturday, May 31, 2025

Cara Buat Laporan Bagasi Hilang (Air Asia)

Penting! Kalau travel terutama ke luar negara, WAJIB BELI INSURANS TRAVEL. Untuk keselamatan dan kemudahan semasa travel. 

Setiap kali travel, biasanya saya akan memilih untuk menaiki Air Asia. So far tak ada masalah yang berlaku, until… penerbangan dari Hong Kong ke Kota Kinabalu. Masa check-in luggage di airport HK, semuanya okay. Bila dah sampai KK, saya punya beg yang tak keluar dari tempat baggage claim. Jadi apa nak buat? Ikuti langkah ini.

1. Cari office Air Asia dan maklumkan tentang situasi anda. Kalau tak sure kat mana nak buat laporan, boleh tanya dengan kakitangan airport yang bertugas. 

2. Masa buat laporan, tunjukkan boarding pass kita sebab staf akan tengok nombor luggage dari sticker luggage yang dah dilekatkan di atas boarding pass.

3. Staf akan minta details berkaitan bagasi yang hilang. Bagi maklumat yang terperinci contohnya beg kaler apa, kunci beg warna apa, takda tayar sebelah ke, dalam beg ada bawa apa dan lain-lain. Staf perlukan maklumat ni untuk identify keberadaan luggage. 

4. Akhir sekali, staf akan bagi satu kertas laporan untuk simpanan kita. Maklumat laporan juga akan dihantar ke e-mel kita.

5. Sila alert dengan panggilan telefon daripada Air Asia kerana sebarang makluman akan diberitahu melalui telefon.

6. Jika luggage dijumpai, anda boleh tuntut sendiri kat airport. Jika anda tinggal jauh, boleh request kat staf untuk uruskan luggage anda.

7. Jika beg masih belum dijumpai dan dah di declare sebagai “hilang” oleh Air Asia, anda berhak untuk menuntut ganti rugi melalui claim insurans.

Ni contoh maklumat yang saya terima selepas saya buat laporan tentang kehilangan luggage. Nasib baik la saya ni jenis backpackers. Jadi luggage memang tak ada yang penting sangat kecuali pakaian dan souvenir. 

Biasanya untuk track balik luggage tu akan ambil masa juga. Macam kes saya, dekat dua minggu baru jumpa balik beg tu.


Seminggu lepas kehilangan luggage, still tak jumpa juga. So staf Air Asia ada call saya dan minta maklumat beg dengan lebih terperinci. Lepas tu mereka juga akan hantar e-mel kepada kita untuk maklumkan yang beg masih dalam proses pencarian. 

Sekiranya pihak penerbangan dah declare beg sebagai hilang, kita berhak untuk tuntut ganti rugi kehilangan beg. Yang penting kita ada beli insurans. Ni details apa yang kita boleh claim menggunakan insurans Tune Protect Travel Insurance.

Dah nak dekat dua minggu selepas laporan, barulah luggage saya dijumpai. Saya tuntut sendiri kat airport sebab rumah pun tak la jauh sangat. Walaupun beg saya tak banyak barang (6KG saja), tapi saya happy la sebab dah dijumpai.

Safe and sound.


Beg ni memang tahan lasak, waterproof dan ringan. Boleh adjust sampai dua layers dan roda boleh tanggalkan. Kalau nak beli boleh buka Shopee dan klik link sini.

Sunday, May 25, 2025

Cara Atasi Sembelit Semasa Travel

Siapa kat sini kalau travel ke mana-mana, mesti susah nak “membuang”?. Sebenarnya masa travel kita akan banyak bergerak, maka badan kita akan kurang air. Lepas tu nak cuba makan tu, minum air ni… then makan tak ikut masa, lastly perut tak dapat mencerna dengan baik. 

Biasanya pada waktu pagi, normalnya kita akan “membuang” dulu barulah selesa nak keluar ke mana-mana. Kalau tak, confirm perut rasa buncit dan tak selesa. Sepanjang saya travel, saya amalkan satu petua mudah dan berkesan. Banyakkan minum air putih pada waktu pagi. Caranya… setiap kali kita bangun pagi dan sebelum mandi tu, minum air putih at least satu liter. Kalau tak tau macam mana nak sukat, beli saja air botol besar yang 1.5 liter atau dua botol kecil 500ml tu. Wajib bekal air putih lebih kat bilik sebab air complimentary hotel bagi tu tak cukup.

Bila dah minum cukup air putih, auto kita akan rasa nak “membuang”. Selagi tak ada feeling nak “membuang” tu, selagi tu la kita teruskan minum air putih sampai rasa nak pergi tandas. Lepas dah clear segalanya, stay dulu kat dalam bilik beberapa ketika sebab confirm kita akan ke tandas lagi sebab kita banyak minum air. Then barulah kita boleh keluar berjalan dengan tenang. Saya dah cuba petua ni di mana juga saya berada dan sangat berkesan. Sebenarnya tips mudah ni bukan sahaja boleh dibuat masa kita travel, tapi juga di rumah. Bangun pagi make sure minum air putih sebelum kita mandi. Confirm lancar.

Thumbler saya beli dari Kobe 🇯🇵 My favorite dan akan bawa ke office pada setiap hari.

Bagaimana pula kalau dah rasa banyak minum air tapi masih tak nak “membuang”? Masa tengah keluar berjalan-jalan tu, singgah la membeli buah-buahan segar dan tinggi serat contohnya limau, nanas dan betik. Boleh juga beli tembikai atau buah-buahan lain yang tinggi kandungan air. Kalau tak suka makan buah, boleh minum jus buah-buahan segar. Sayur-sayuran atau salad juga membantu melancarkan sistem pencernaan. 

Makan nanas masa hiking di Cheung Chau Island 🇭🇰
Sumpah manis giler.

Saturday, May 17, 2025

Anua Heartleaf Quercetinol Pore Deep Cleansing

Kulit muka saya sensitif dan tak boleh guna produk sembarangan. Sensitif, oily dan kering! Walaupun saya jenis tak pakai foundation atau bedak, tapi cleanser yang saya cari mestilah jenis “deep cleansing”, or else muka saya akan naik bintik hitam, milia dan jerawat. Saya dah pernah guna banyak jenama such as Lancôme (tak sesuai, too gentle dan pricy), Simple (okay la), Cosmoderm (tak sesuai, too gentle), Garnier (tak sesuai, kulit jadi kering), Cetaphil (okay la) and paling lama guna adalah HadaLabo Deep Clean and Blemish Control Facewash (good). 

But I decide to try another brand, Anua (made in Korea). Actually asalnya nak order online toner Mamonde sebab dah tak dijual kat Watsons. Masa browse catalog, seller ada juga jual brand lain. Alang-alang cari pencuci muka deep cleansing la sebab muka macam kusam. 

Saya tertarik dengan produk Anua Heartleaf Quercetinol Pore Deep Cleansing. Made in Korea. Saya tengok ramai bagi review positif. Price pun okay RM35+ only. Jadi saya cuba la.

Yeay! Green 💚


Ini hasil penggunaan almost three weeks. So far sangat okay. Muka tak kering. Rasa smooth dan bersih. Jerawat pun tak ada. Sangat berpuas hati dengan produk ni. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Boleh browse kat website Anua kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni. https://anua.my

Friday, May 16, 2025

Another Blessed Year

It’s May already! Punya cepat masa berlalu. Dah nak masuk pertengahan tahun 2025. Lately been so damn busy. Balik rumah, nak rehat, chill dekat bilik and play with miaws only. Nothing else. 

Dalam beberapa bulan ni banyak perkara telah berlaku. Most of them at the happy side la… including travel di beberapa tempat menarik and berjumpa dengan my favorite band. Yeay! Nanti saya story pelan-pelan. Cerita mistik? Of course ada. Tu pun nak story juga nanti.

Amazing sunset. View from my house. 🧡
Opacarophile - A person who loves sunsets