Sunday, June 29, 2025

DIY Trip - Hong Kong 🇭🇰 (Day 2)

Hari kedua di HK dan seperti biasa akan bangun awal untuk bersiap dan breakfast. Itinerary hari ni nak pergi hiking di Pulau Cheung Chau sambil explore ke pekan. Perjalanan quite jauh juga sebab kena naik feri untuk ke Cheung Chau. 


Pukul 8.00 pagi. Jalan raya pun sunyi lagi. Kalau di KK dah traffic jem pada waktu begini.

Hari ni saya ke Central menggunakan Star Ferry sebab perjalanan untuk ke terminal feri Cheung Chau lebih cepat. Other option dari Tsim Sha Tsui ke Central boleh juga menaiki MTR.

Former Kowloon-Canton Railway Clock Tower yang dibina pada tahun 1915 dengan ketinggian 44 meter.

Victoria Harbour. Cuaca masih sejuk waktu ni.
-
-
-
-
-
Tengah tunggu Star Ferry. Antara pengangkutan yang iconic di HK, murah, mudah dan cepat.


From Tsim Sha Tsui to Central dengan feri. Pada waktu malam, ada pertunjukan Symphony of Lights yang mana sebahagian bangunan di sini akan bercahaya mengikut alunan muzik. Persembahan akan diadakan pada setiap malam, bermula pukul 8.00 malam. Duration persembahan ialah 10 minit. Saya dah menyaksikan persembahan Symphony of Lights semasa previous trips pada 2017 dan 2018. 

2017 HK trip

2018 HK trip

Plus 2019 HK trip masa atas kapal Aqua Luna, a traditional red-sails Chinese boat.
-
-
-
-
-
Okay dah sampai. Lepas tu saya terus car gate feri ke Cheung Chau. Tak jauh dari sana juga. I swear I didn’t follow aunty pakai baju pink tu… 😗
-
-
-
-
-

Menunggu feri ke Cheung Chau. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit. Kebanyakan yang tinggal di Cheung Chau adalah elderly. Suasana sama macam saya pergi Tai-O.

On the way ke Cheung Chau dengan menaiki feri. Boleh pilih nak naik fast ferry (35 - 40 minit) atau ordinary ferry (55 - 60 minit). Saya guna ordinary ferry sahaja sebab nak menikmati suasana + nak jimat duit. 

View aras bawah kapal. Ada banyak tempat duduk, jadi boleh pilih nak duduk level atas atau bawah.


-
-
-
-
-
Welcome to Cheung Chau Island!

Di sini ramai orang menggunakan basikal atau berjalan kaki. Dan ramai elderly.


Nice figurine. 

Kawasan perumahan di Cheung Chau. Yang ni sebelah belakang. Kalau sebelah depan tu banyak kedai.

Yang ni sebelah depan. Nak cari snek sambil urban walks dulu sebelum memulakan aktiviti hiking. 



Cheung Chau terkenal dengan sambutan Cheung Chau Bun Festival yang akan disambut pada bulan Mei setiap tahun. 

Mango mochi juga sangat terkenal di sini. Snek saya pada waktu pagi.

Dalam mochi ni ada real potongan buah mangga. Manis teruk mangga ni. Bukan jem mangga ya.


Selain tu, saya beli nanas juga. Nanas ni boleh tahan manis juga, tapi tak lawan nanas MD2 di Sabah. Hehe.

榴莲 (liulian). Durian. Harga durian di HK boleh tahan mahal. Bersyukur la yang tinggal di Malaysia boleh menikmati durian dengan harga berpatutan. 

Bekal untuk hiking.

Keychain Cheung Chau bun boleh dijadikan ole-ole untuk kawan office.
-
-
-
-
-
Hiking dimulakan dengan berjalan di kawasan perumahan. Ni dah start naik bukit.

Tiba-tiba ada pokok sakura.







Hiking di Mini Great Wall Trail ni tak la jauh sangat (850m one way) tapi kalau ulang alik sampai ke pekan tu boleh tahan juga la jauh dia. Suasana tempat hiking sini cantik... dan sunyi. Mungkin sebab saya pergi tu weekdays, jadi tak ramai orang. Mula-mula tu macam seram juga sebab dah la jalan sunyi, lepas tu agak berhati-hati sebab takut ada ular melintas. Then berfikir nak teruskan atau tak ke hadapan. Dah la my mom tak tau lagi saya pergi berhiking di HK. Tapi dengan keyakinan yang ada, saya teruskan juga. Once in a life time. Manatau lepas ni dah tak ke sini lagi.  


Hiking di Cheung Chau pasti akan terlihat batuan unik. Yang ni nama dia The Loaf Rock.


-
-
-
-
-
Lepas dah selesai hiking session, hari pun dah petang. Dan saya pun nak balik ke Central HK.

Ni harga properties di HK (Cheung Chau). Mahal. Harga sewa rumah 450sqf (2 bilik) lebih kurang RM4,000/sebulan. Ni baru di kawasan pulau. Belum kawasan bandar besar lagi. Kalau kawasan bandar besar boleh mencecah RM16,000/sebulan untuk apartment satu bilik, dan RM21,000 untuk apartment tiga bilik.
-
-
-
-
-

Bye Cheung Chau. Till we meet again.
-
-
-
-
-

Akhirnya sampai di Central HK.

Kali ni tak sempat nak naik ferris wheel sebab hari dah petang. Dan lapar. Di Cheung Chau ada susah skit nak cari makanan halal melainkan snek di 7E sahaja.

-
-
-
-
-
Meneruskan perjalanan ke Wan Chai untuk makan tengah hari yang dah petang sebenarnya. 

Nak experience HK boleh menaiki transport Ding Ding.

Dah sampai di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick. Dalam masjid ni ada kantin halal.


Sebenarnya di kantin ni ada dumpling sedap. Tapi memandangkan dah lepas pukul 3 petang, dumpling tak disediakan lagi. Tapi masih boleh order goreng-goreng. 


Rice with fish fillet and spring onion. HKD40 lebih kurang RM22.


Wok-fried string bean with garlic in XO sauce saiz kecik, HKD 51 lebih kurang RM27. Kalau saiz besar HKD102 = RM55.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya balik dan berehat di guesthouse. Hari menjelang malam, saya bersiar-siar di Temple Street Night Market yang terletak di Jordan. Di HK ada banyak night market macam di Taiwan, tapi saya suka ke sini sebab tak jauh sangat dari Tsim Sha Tsui. Tawar barangan selagi boleh. Tips - Cari gerai dekat-dekat hujung sebab harga keychain/fridge magnet lebih murah berbanding harga gerai tengah.

Tanghulu yang extra manis. 



-
-
-
-
-
Di kawasan belakang Temple Street Night Market ni sebenarnya ada "night market haluan kiri" juga. Tapi barangan yang dijual tu pelik sikit XXX. Selain tu ada banyak perkhidmatan tarot card dan tilik nasib juga di sini.


XXX

Ni adalah benda pelik XXX yang dijual di kawasan belakang Temple Street Night Market. 😶
-
-
-
-
-
Lepas tu dah tak larat nak ke mana-mana dan end up makanan yang saya tapau dari Islamic Canteen tadi + buah nanas dari Cheung Chau. Alhamdulillah. Sambung the next day di page sebelah.