May 31, 2026

Beautiful Blue Moon πŸŒ•

An extra full moon in the same month. That's why we called it a Blue Moon because of its rarity.

Ambil gambar dari tepi rumah. Beautiful Blue Moon.

Hello moon πŸŒ•

Full moon (31/05/2026) di constellation of Scorpio, not actually di Sagittarius? Can you fell the intensity?


May 30, 2026

Traveling Through Life ✈️



May 29, 2026

A Moment Well Spent πŸ“š

Yeay! My book dah sampai. Thank you Kinokuniya Malaysia and DHL team atas penghantaran yang cepat tanpa sebarang kerosakan! Saya suka beli buku di Kinokuniya sebab banyak pilihan. Kalau ke KL confirm akan singgah ke KLCC sebab nak pergi ke kedai buku. Boleh menghabiskan masa lama mencari buku kat sana, lepas tu rasa nak beli buku ini la itu la. 

So excited. Until now dah baca sehingga chapter two. This book is so good, easy to understand dan banyak points yang berguna. Minat saya dengan "ilmu langit" ni sebenarnya dah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Tapi saya perlu mendalami dengan lebih banyak lagi untuk perkukuhkan asas dan pemahaman. Will purchase more books dan dah aim that one book yang quite popular juga. 

The joy of learning never ends. Love this book ❤


My cat yang sentiasa menjadi teman setia. 

May 26, 2026

Beautiful Blue Sky ☁️

The presence of a blue sky is always enhanced by black clouds. πŸ©΅πŸ’™

Selamat Hari Raya Aidiladha πŸ•Œ

Credit photo: my sis.

May 25, 2026

Makan Aiskrim Guava Bing Chun 🍦

Berminggu-minggu juga tunggu nak beli aiskrim jambu batu di Bing Chun tapi asyik tak dapat sebab SOLD OUT dengan cepat. Akhirnya saya merasa juga aiskrim yang ditunggu tunggu. Yeay! Sedap. Manis yang just nice. Ni first time makan aiskrim perisa guava. Unique flavor. Color dia juga sangat cute berwarna peach. Selain aiskrim guava, saya dah try air minuman from Guava Series. Approved ✅ Dapatkan minuman dan aiskrim guava, hanya di Bing Chun.

Aiskrim guava Bing Chun. Comelnya warna dia.

Cuba sekali sebelum terlambat sebab perisa yang ni seasonal.

Cantikkan guava series ni. Minuman saya ada butterfly. 

May 22, 2026

During Balik Kampung 🏑

Rindunya nak balik kampung. Nak pergi pantai cari siput dan tiram, tengok keindahan laut, pusing-pusing di bandar sambil cari barang dan snek rare, makan masakan special πŸ˜‹ macam-macam lagi la. Best laaa. Banyak memori dan kenangan indah masa kecik dulu. Suasan kampung sangat berbeza. 

Makan agar-agar kering. My cousin yang buat. Ni special masa raya saja ada ni. Comel betul corak bunga ros.

Pokok durian tengah berbunga. Tak lama lagi tiba musim durian.

Pokok mangga pun banyak bunga.

Love birds πŸͺΆ

Suka tengok kebun sebab macam-macam ada.

Ayam kampung.

Kalau balik kampung selalu dapat makan lobster. Rumah aunty tak jauh dari pantai. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai.


Menu special. Satu ekor untuk saya seorang. Haha. Lepas tu makan dengan nasi putih, sayur dan sambal kicap. Nothing better. 

Jambu air. Walaupun warna tak berapa merah tapi manis.

Aktiviti kalau balik kampung. Panggang ayam. Sotong tu hasil tangkapan sendiri. Suasana di kampung begitu cantik dan tenang. Otak pun relax. 

May 21, 2026

Rare Energy πŸŒ•

Moon in the 8th was never meant to stay small. It belongs to those who turn darkness into wisdom. They feel everything intensely, privately and painfully. If you can't handle them, you were never meant to stand beside them. 

May 20, 2026

Another Fungi πŸ„

Selepas cendawan hari tu dah tak ada, tiba-tiba ada tumbuh baru lagi dan kali ni ada tiga. Gembiranya saya tengok betapa sihatnya mereka. Sebab cendawan ni jarang tumbuh di kawasan rumah, jadi saya ambil masa mengamati mereka πŸ˜† Saya siap buat video lagi dan lepas tu upload dalam Youtube. Ramai juga yang view okay!

False Parasol mushrooms πŸ„πŸ„

Yang ni ada satu lagi tumbuh tak jauh dari yang dua tu.
-
-
-
-
-
Setelah berkembang dengan jayanya. Comel sangat.

Lone ranger.

View dari bawah.
-
-
-
-
-
Hari berikutnya. Semoga kita berjumpa lagi sebab kamu sangat comel dan telah menyerikan kawasan laman πŸ„πŸ„Bye-bye shrooms~

May 19, 2026

Coklat Tiramisu Beryl's 🍫

Seriously, coklat Beryl's ni memang sedap. Saya bukan pemakan tegar coklat, yang hari-hari craving coklat πŸ˜‚ Tapi yang ni memang saya approved. Rasa dia premium dan berkualiti, tak terlalu manis, balance sangat. Jenis coklat yang bila makan satu, automatik tangan nak capai lagi satu. Tekstur smooth, rasa coklat dia memang “kena”. Proudly made in Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Yang lagi buat saya rasa happy, coklat ni saya terima sebagai hadiah daripada my colleagues. Sweet gesture yang nampak simple tapi sangat bermakna. Walaupun sekarang kami dah lain jabatan dan masing-masing sibuk dengan kerja sendiri, relationship tu masih kekal rapat. Tetap keep in touch, bertanya khabar, share cerita kerja dan support antara satu sama lain macam dulu juga.

Kadang-kadang benda kecil macam hadiah coklat ni bukan sekadar tentang coklat semata-mata, tapi tentang ingatan dan penghargaan daripada orang sekeliling. Itu yang buat rasa lebih manis 🀍

Almond dark chocolate (hitam), almond milk chocolate (merah) dan milk chocolate (light brown). Antara semua, saya suka dark chocolate.



Made in Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ dan halal 

May 16, 2026

The Art of Staying Away 🎨



May 14, 2026

Jalan-jalan ke Kundasang πŸ—»

Celebrating another achievement by Nept, decide ke Kundasang pergi jalan-jalan cari makan and nature sightseeing. Cuaca baik dan tak berkabus. Perjalanan smooth tapi macam biasa la kalau siang banyak lori, jadi slow sikit kalau follow kat belakang. 

Cuaca yang begitu cantik. Masa ni jalan raya clear tak ada lori kat depan. 

Tak nampak Gunung Kinabalu due to heavy clouds. Kalau nak tengok Gunung Kinabalu, kena pergi awal pagi. Pukul 6.00 pagi masih boleh nampak gunung dengan jelas. Lepas tu slowly akan ditutup awan. 
-
-
-
-
-
Sebelum sampai ke Kundasang, singgah dulu ke Pekan Nabalu tengok pemandangan sekeliling. Ramai orang amik gambar kat sini.  

Pemandangan hijau yang cantik. Semoga tempat ini sentiasa dipenuhi pokok untuk kekalkan udara yang segar.

Clouds ☁️
-
-
-
-
-
Meneruskan perjalanan ke destinasi. Beautiful Kadamaian Waterfall di lereng Gunung Kinabalu. Anggaran ketinggian air terjun ini ialah 700 meter (2,300 kaki).
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai juga ke Pekan Kundasang. Memandangkan dah tengah hari, saya pergi cari makan dulu. Kalau ke Kundasang, mesti cuba sayap ayam panggang, makan dengan nasi putih dan sup ayam atau sup daging. Lepas tu boleh tambah menu sayur goreng juga.


Sayap ayam panggang πŸ˜‹ Sedap makan dengan nasi putih.

Us.
-
-
-
-
-
Lepas makan tengah hari, cari minuman di kedai berdekatan dengan restoran. Saya order honey jasmine, no sugar.

Cawangan Kopi Kaw juga ada di Imago, Kota Marudu, Kimanis, Semporna dan Telupid. 

Selain itu, makan aiskrim seasalt mix vanilla. Only di Kopi Kaw. 
-
-
-
-
-
Lepas tu pergi hiking di Sosodikon Hill. Walaupun kejap jak sampai di atas tu, kira hiking juga la. Hiking 10 minit 🀣
Pemandangan sekitar Sosodikon Hill.

Hujan di sebelah saaanaa...


Mulberry tree.


Suka tengok pemandangan ni macam lukisan. 

Sosodikon Hill dah makin cantik berbanding masa mula-mula saya pergi dulu. Harga tiket pun dah makin naik. Harga semasa = RM8/orang

Walaupun tak nampak Gunung Kinabalu, pemandangan tetap indah.

Hello daisy.
-
-
-
-
-
Akhir sekali sebelum pulang, saya singgah ke tamu Kundasang membeli snek. Lepas tu ke National Park tengok keindahan alam semulajadi di sana. Rupanya trip saya ke Kundasang ni sehari sebelum ketibaan Tengku Mahkota Pahang. Patutlah ramai betul staf kerajaan negeri dekat Rajah Lodge tu. Mungkin Tengku akan menginap di sana kot sebelum mendaki Gunung Kinabalu.