Sunday, August 17, 2025

Hello Scorpius 🦂

Buruj Scorpius boleh dilihat sekitar bulan Mei - Ogos pada setiap tahun. Kepada yang tinggal di Malaysia, sila pandang ke kawasan Selatan lebih kurang pukul 9.00 malam, dan anda akan nampak bintang berbentuk J berhampiran Milky Way. Itu adalah Scorpius (The Scorpion). 

Scorpius mempunyai 18 bintang termasuk the red giant Antares yang juga disebut sebagai rival of Mars kerana warnanya merah seakan-akan planet Marikh. Scorpius boleh dilihat dengan mata kasar dan senang nak spot kerana bentuknya yang unik.

Saya berjaya snap gambar Scorpius sebab masa tu rumah dan kawasan sekitar tak ada elektrik, jadi kurang la light pollution. 

The unique J shape

Scorpius 🦂♏️




Saturday, August 16, 2025

Me, My Cats and Cleaning Routine

Kalau ada kucing di rumah kena make sure rumah sentiasa bersih barulah selesa. Lebih-lebih lagi kalau ada banyak kucing. Saya ada enam ekor kucing. Mereka ni saya dah jaga dari baby sampailah besar. Setiap hari saya kena bersihkan rumah sebab kucing jenis lepas dalam rumah. Kalau tak… memang rumah akan penuh bulu kucing, habuk, pasir, stain dan berbau. Hidung lagi jenis sensitif. Jadi memang kena rajin mengemas rumah setiap masa.

Rutin waktu pagi (sebelum pergi kerja) dan petang (lepas balik kerja), saya akan tempatkan kucing di bilik khas terlebih dahulu untuk memudahkan saya mengemas. Semua meja, kabinet dan mana-mana tempat terdedah akan saya lap menggunakan kain basah + antiseptic. Lepas tu brush my sofa, kusyen, cat tree, cat hammock dan mana-mana alas yang selalu kucing tidur. Then saya akan vakum my entire house lepas dah bersihkan semua cat litter boxes (4 kotak). Air purifier sentiasa on terutama waktu malam. Last sekali akan spray rumah dengan Febreze. Sebelum tidur saya akan vakum rumah sekali lagi and make sure all litter boxes bersih. Saya pilih litter box yang ada cover supaya habuk dan bau tak keluar.

Lantai rumah akan selalu mop dan saya suka guna air panas + antiseptic sebab lantai akan nampak berkila. Cadar, sarung bantal, selimut carpet kaki kena cuci kerap. Kipas untuk kucing saya akan bersihkan seminggu sekali. Luckily rumah saya tak besar dan tak bertingkat. Jadi tak makan banyak masa untuk clean entire house. Hehe. Untuk rutin mengemas tu biasanya akan ambil masa dalam 40 minit termasuk hidang makanan kucing.

Extra - Saya kena kunci semua almari dan kabinet sebab kucing saya yang sekor tu pelik sikit. Breed bengal mix DLH. Dia boleh buka almari dengan jayanya dan mula selongkar barang dan kain baju, atau tidur kat dalam tu. 



Aiskrim Charcoal @ Happy Cha

Saya cuba aiskrim charcoal ni during my August 2025 trip ke Labuan. Mana nak dapat? Hanya di Happy Cha, Labuan. Location di Ground Floor, Ujana Kewangan. Charcoal ice-cream ni tak available setiap hari, tapi kalau nak try boleh datang pada hari Ahad sebab hari Sabtu adalah menu chocolate ice-cream. 

Only RM3 per cone dan bagi saya sangat affordable because the amount of the ice-cream boleh tahan banyak. Lama juga nak habiskan. My honest review tentang aiskrim ni… rasa lebih kurang macam aiskrim vanilla dark version. But the vanilla flavor is not so strong la. Masa makan aiskrim ni bibir dan gigi warna hitam, haha. Tapi warna tu temporary saja la. Saya enjoy makan aiskrim ni and hopefully Happy Cha Kota Kinabalu also ada menu aiskrim charcoal. Besides ice-cream, Happy Cha Labuan juga ada menjual pelbagai minuman and quick bites. 


Cool experience makan aiskrim charcoal, by the way.
-
-
-
-
-
Sabtu is for chocolate ice-cream tapi saya ambil vanilla.