Celebrating another achievement by Nept, decide ke Kundasang pergi jalan-jalan cari makan and nature sightseeing. Cuaca baik dan tak berkabus. Perjalanan smooth tapi macam biasa la kalau siang banyak lori, jadi slow sikit kalau follow kat belakang.
May 14, 2026
Jalan-jalan ke Kundasang 🗻
May 12, 2026
Little Fungi 🍄
Kebelakangan ni selalu hujan terutama di waktu petang. Tempat yang lembap menyebabkan cendawan tumbuh dengan sihat. Saya suka tengok cendawan dan sentiasa curious untuk tau jenis cendawan yang ada. Yang ni tumbuh dekat tepi rumah saya. Nama saintifik cendawan ni cholorophyllum molybdites atau dipanggil cendawan payung palsu (false parasol). Walaupun cendawan ni nampak comel tapi tak boleh makan kerana beracun. Sekiranya termakan boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah.
Cendawan ni boleh tumbuh keliling membentuk bulatan fairy ring. Tapi mengikut kepercayaan mistik masyarakat Eropah, fairy ring dibuat oleh pari-pari atau elf. Manusia dilarang untuk masuk ke dalam fairy ring kerana akan menyebabkan kecelakaan seperti hilang sebelah mata atau menjadi ghaib di alam manusia.
May 09, 2026
Makan Oden Sedap di Mamazil 🫕
Antara oden yang saya paling suka makan ialah di Mamazil. Kuah mantap dan pekat. Tapi paling sedap bagi saya ialah kuah creamy. 😋 Cawangan terbaharu Mamazil ialah di Kingfisher. Saya introduce to my bff, then dia pun kata sedap. Lepas tu kami selalu lepak makan oden kat sana 😂 Haha.
































