August 29, 2026

A Little Escape into Nature: Kundasang Again 🌳

Baru saja pergi Kundasang hari tu and the following week pergi lagi. Kali ni gerak awal sikit sebab konon nak breakfast di Kundasang. Actually tak ada la hajat sangat, cuma nak pergi tempat yang lebih sejuk sebab cuaca di Kota Kinabalu sangat panas. Sebenarnya di Kundasang pun terkesan gak tapi tak la sepanas di KK. 

Kalau berada di Kundasang tak sah kalau tak makan sayap ayam panggang. Kat tempat lain pun ada jual juga sayap ayam panggang ni tapi kalau makan di Kundasang, suasana tu lain sedikit. Lepas tu makan dengan nasi putih dan sup panas. Sedapnya. 

Sayap ayam panggang Kundasang.
-
-
-
-
-
After that pergi tengok pemandangan Gunung Kinabalu di Mesilau. Unfortunately gunung dilitupi awan dan nampak sikit saja. Tapi pemandangann yang saya lihat masih begitu indah. 
-
-
-
-
-
Lepas tu teruskan perjalanan ke Poring Hotspring. Lamanya tak pergi sini. Last pergi sebelum COVID kot... LOL. Tiket masuk RM10 (18 tahun ke atas) dan RM5 (17 tahun ke bawah). Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga tua 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya adalah percuma. Tiket masuk tu jangan buang sebab boleh guna sebagai entrance ticket di mana-mana kawasan pelancongan under Sabah Park, contohnya Kinabalu Park.

Hot spring akibat aktiviti geoterma dalam perut bumi. Amaran: Tidak dibenarkan merebus telur.

-
-
-
-
-
Ingat nak pergi naik jambatan gantung, rupa-rupanya tutup pula sebab under maintenance since 30 Julai 2025. Plan B... melihat alam semulajadi di sekitar Poring Hot Spring. 





-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari Poring Hot Spring, terus kembali ke pekan Ranau dan terus ke pekan Kundasang. Cari buah-buahan, snek dan tengok pemandangan sekitar. Then petang tu pergi cari makan dulu di Liwagu Restaurant, Kinabalu Park. 
Me.

Nept.


Luckily ada rama-rama cantik hinggap di langsir restoran. 

August 24, 2026

Yeay! I Mean… No…Makan Manis 🍩

Impian setiap perempuan ialah nak makan sedap tapi kekal slim 😂 And this one, I can’t resist. Biarlah berat bertambah. Saya nak juga makan donut gebu ni. Sebab tiap kali nak makan especially Iceberg (sebelah kiri sekali) tu mesti dah sold-out. And this time saya berjaya beli dan makan dengan puas hati. The other two adalah Lemak Manis and Classic. 

What is your favorite doughnut di Big Apple?



August 19, 2026

Enjoy View of Mt. Kinabalu di Embun Cafe, Kundasang 🍰

Sekarang banyak dah cafe yang viral di Kundasang terutama via Tik Tok But one of the cafes yang punya view Gunung Kinabalu paling cantik ialah di Embun Cafe. Lokasi kafe ni di tepi jalan saja after pekan Kundasang menuju ke Ranau.

Sebab dah makan makanan yang berat, so it’s time for dessert. Actually Nept nak minum coffee, but coffee not available buat sementara waktu. Jadi saya sorang saja order minuman, which is ice matcha latte. Lepas tu nak try cake juga. Masa ni view Gunung Kinabalu begitu clear, jadi kami enjoy pemandangan sambil makan-makan + ada miaw. 

At the rooftop.


Gorgeous view of Gunung Kinabalu. Kat sini juga boleh sewa tapak khemah untuk camping.


Ice matcha latte, dua jenis cakes. Total RM43.

Plus ada miaw comel.
-
-
-
-
-
Oleh kerana Nept nak juga minum coffee, jadi kami singgah ke Hauss Cafe at Perkasa Hotel. Nept kata coffee latte kat sini sedap. Kudos to the barista yang terrer buat coffee. Walaupun sekarang ni musim panas, tapi di kawasan hotel ni sejuk dan berangin.



Admire tumbuhan kat sini.
-
-
-
-
-
Before we head back to Kota Kinabalu, singgah Pekan Nabalu beli nanas. Yang ni adalah Nanas Tembaga. Manis sangat.

August 18, 2026

A Perfect View of Mountain Kinabalu 🗻

Lama tak tulis blog sebab busy punya pasal. Walau bagaimanapun, saya masih terkesan dengan view Mt. Kinabalu masa jalan-jalan kat Kundasang hari tu sebab sangat cantik, tak ada awan tutup. Ini adalah view paling clear yang saya pernah tengok, since selalunya pada waktu petang awan akan menutupi permukaan gunung. After this trip actually saya ada pergi lagi ke Kundasang sekali lagi, tapi masa tu tak nampak gunung.

Saya share gambar-gambar Gunung Kinabalu yang saya ambil semasa di Kundasang. Perhaps one day akan sampai juga ke puncak? InShaaAllah.







August 12, 2026

Menu Makanan Tradisional di Puteri Nabalu, Kundasang 🍛

Our short trip to Kundasang…

Sampai sahaja di Kundasang, rasa nak makan makanan tradisional. Asalnya nak pergi ke restoran Selera Kebun but nowadays the restaurant dah viral sehingga sentiasa sesak, jadi saya terpaksa cancel makan kat sana sebab tak sanggup nak berbaris panjang untuk menunggu meja kosong. Saya decide untuk cari restoran lain saja but next time still want to try makan di Selera Kebun juga 🤓

So saya pergi ke Puteri Nabalu sebab di sana ada menu makanan tradisional.  Jadi saya try menu nasi dengan sinalau ikan masin dengan side dishes lauk kampung. Di sini juga ada hidangan linopot (nasi yang dibungkus dengan daun). 

Menu tradisional di Puteri Nabalu. Saya pilih set ikan masin, RM25.

Dihidangkan bersama sayur tuhau, jantung pisang dan hinava. Saya amat berpuas hati dengan presentation menu ni. Kalau namanya makan bersama ikan masin, memang sedap.


Sedap. Next time boleh pergi lagi. I highly recommend menu tradisional di sini. Other menu kira okay la… but for traditional food, superb!

My beverage.

August 08, 2026

🖤

A black cat carries the mystery of the night in every step. Love you 🖤 Get well soon.



August 05, 2026

3 in 1: Hijau Hydra Essence 💄

Inilah penyelamat bila muka langsung tak ada mekap, terutamanya masa kat office. Express touch up tak sampai lima minit. Boleh bertindak tiga dalam satu: lipstick, eye shadow dan blusher. Senang gilers nak guna. Affordable price tak sampai RM20, color cantik, tak ada alahan kepada saya, boleh dibawa ke mana-mana sahaja, dan ia juga merupakan produk Malaysia. Dijual hanya di Guardian!

Saya memang suka jenama Hijau (terutama lipstick) sebab mesra dengan bibir sensitif. I wish Hijau boleh pelbagaikan lagi pilihan warna dan keluarkan lebih banyak produk mekap. 

Totally in love with this.

My choice of color, Petal Earth.


August 02, 2026

The Narcissist’s Endgame 🌉

 They don’t walked away gracefully. They set the bridge on fire.