June 29, 2026

Gaming Masterpiece ๐ŸŽฎ

Isolating myself dari dunia luar untuk kesejahteraan mental… ๐Ÿ˜Ž

Tiba-tiba rasa nak main game console balik. Jadi saya keluarkan semula my old PS. Gaming one of my favs, The Witcher 3. Never getting bored playing this game, till now ada lagi easter eggs, secrets and small things dalam The Witcher 3 yang saya baru discover setelah sekian lama game ni keluar. Contoh... You can save Anna, the Baron and the orphanage... as well as free the Hillock spirit at the same time. Sigh...

By the way, I can’t wait for The Witcher 4 to be released. 

The Witcher
Fresh start. No new game+.

The Witcher
Sebenarnya game ni boleh buat saya seram, particularly scene tempat gelap atau tengah encounter dengan wraith or vampire. At the same time menyebabkan mata saya segar juga ๐Ÿฅธ150+ hours (Base game + DLC) . Here we go again. 

The Witcher 

The Witcher
Main game sambil minum teh and having some snack, without any disturbance.

The Witcher
My cat dikecualikan sebagai kategori gangguan.

June 28, 2026

Rainbow and Sunshine ๐ŸŒˆ

Pemandangan rare yang cantik ๐Ÿ’• Simpan sini buat kenangan.



Pear Merah From PIQA ๐Ÿ

Hari tu pergi Fresh Mart nak beli barang skit. Tiba-tiba nampak buah pear merah ada dijual kat sana. Warna pear tu sangat la cantik dan menyebabkan saya tertarik untuk beli sebiji. Yang ni premium quality red pear PIQA dari New Zealand. Harga sebiji RM6.50. Basically rasa dia sama juga macam pear biasa tu cuma yang ni kulit dia warna merah, crisp and juicy. Only harvested from February to March sebelum di export ke luar negara.

Striking red.


-
-
-
-
-
Dan makan buah laici sekali.


June 24, 2026

Just Geek V1.1: The Elder Wand ๐Ÿช„

Finally expanding my novelty collection. ๐Ÿค“ Potterheads mesti kena ada benda ni, magic wands. I bought mine at Universal Studios Japan but not gonna reveal it until I received my wand holder (holder tak termasuk dalam pembelian). Price ¥6400… about RM162 per wand. I have to choose between Harry Potter or Profesor Albus Dumbledore, yet kena fikir juga boleh bawa balik masuk cabin atau tak sebab kot nampak macam benda tajam. Lastly search dalam Internet katanya boleh bawa dalam cabin. After memikirkan sama ada nak beli wand HP atau Prof. D, finally saya pilih wand Prof. D. ๐Ÿง™ Its The Elder Wand. 

Anyone yang berkunjung ke USJ dan nak beli wand Harry Potter, boleh le kedai Ollivanders, located at Hogsmeade within the Wizarding World of Harry Potter.

Ada banyak jenis wands.

Saya pilih The Elder Wand, a powerful wand in the Harry Potter universe. Actually siapa yang beli wand ni boleh buat magic inside the USJ. I promise after my wand holder arrived, then I will reveal this special wand in my blog ๐Ÿค“ LoL. One more thing, I eventually menyesal kenapa tak beli juga wand Harry Potter? Why?

Good thing to know. Source

June 22, 2026

Mencari Bibimbap ๐Ÿ›

Since last two weeks lagi terasa nak makan bibimbap + kimchi tapi tak tercapai. Nak pergi ke Seoul Garden di Suria Sabah tapi nak drive pun malas. ๐Ÿ˜‚Rasa nak relax kat rumah saja. Nak order makanan Korea via Grab Food tapi macam tak berbaloi dengan harga pula. Kalau time ada diskaun baru best. Until recently saya pergi lunch tapi no idea nak makan apa. Memilih menu makanan adalah antara perkara yang paling rumit ๐Ÿ˜‚. Lepas tu my friend baru ingat pasal makanan Korea di shopping mall yang kami selalu pergi lunch. Restoran tu nama dia K-Diner. Location: 1Borneo Hypermall. Definitely dalam fikiran saya menu bibimbap ๐Ÿ˜‹ And kimchi.

Therefore, this is my bibimbap… add-on chicken. Lepas tu ada kimchi. Akhirnya dapat makan bibimbap setelah sekian lama rasa nak makan ๐Ÿ˜‚ Thank you K-Diner. ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท

June 21, 2026

Stars Need A Break ๐ŸŒŒ

Stargazing activity ditunda ke lain hari disebabkan cuaca yang berawan ๐Ÿ˜Œ. That night just chill sambil menikmati cuaca berkabus, drink hot tea, dengar bunyi cengkerik dan bunyi hujan gunung. 

Nevertheless, pemandangan sebelum awan menutupi langit. Yang kat tengah cahaya terang tu adalah The Pleiades, ke kanan sedikit adalah Taurus with Aldebaran (Alpha Tauri) star.

Goodbye starry. 

Tak sempat nak bergambar, awan + kabus dah tutup. Location: Kundasang.


June 20, 2026

And the Winner is… ๐Ÿ†

Akhirnya dah selesai buldak ramen challenge between me and Nept. And the winner is… of course me ๐Ÿ˜‚ He ate two bites already keluar air mata. So thats it ๐Ÿ˜› Tercapai cita-cita buat pertandingan, then we straight makan sandwich ice-cream and other snacks to ease the heat. Lepas tu tengok movie until mengantuk. Just another activities on Saturday night. So we will setup another buldak ramen challenge nanti and make sure that time lagi happening. Hahaha.

Awal dah beli buldak ramen dan letak atas meja makan supaya sentiasa ingat ada challenge nak kena buat. Lepas tu minum cola lagi. Memang terbaik la. ๐Ÿ˜‚

But honestly saya rasa ada sedikit beza rasa buldak ramen ni sebab dah tak terlalu pedas macam mula-mula top dulu (I guess la). Saya ingat dulu saya pernah makan and only put the dressing sikit saja pun dah rasa pedas. Same goes to ayam goreng McD spicy. Dulu makan macam dah tak sanggup, but now level of spiciness dia dah boleh diterima.

June 17, 2026

Buldak Ramen Challenge ๐Ÿœ

Okay. Me and Nept dah berjanji nak buat cabaran makan ramen pedas Korea. Ni semua pasal budak-budak suka makan buldak punya pasal la ni. Lastly kami pun terikut. Dua-dua jenis tak tahan pedas, jadi tengok siapa yang menang nanti ๐Ÿ˜‚ Siap buat countdown lagi supaya tak termiss buat cabaran. Hahaha.



The Brain Dump ๐Ÿง 

Setiap hari pada waktu petang semasa berada di office, saya akan ambil sedikit masa (about 15-20 minutes) before balik untuk menulis sesuatu. Mungkin ada yang curious tengok apa yang saya buat, tapi sebenarnya ini salah satu cara paling simple untuk mengurangkan stress dan anxiety. Kita boleh tulis apa sahaja yang kita nak, particularly apa yang ada dalam otak kita pada waktu tu… or maybe writing about feelings or anything positive. Banyak kajian telah dibuat tentang kebaikan menulis untuk kesihatan mental, and yes, aktiviti ni sangat membantu saya. Jadi saya akan bawa my notebook and pen di mana sahaja saya berada. Actually aktiviti ni tak semestinya kita tulis kat dalam buku, kalau nak express feeling melalui online diary pun boleh juga. That’s why saya wujudkan blog saya selain digunakan untuk catat any experience.



June 14, 2026

The Narrative ๐Ÿ’…

 



June 13, 2026

Yummy Ola Pandan ๐Ÿฉ

Bila tengok donut ola pandan by Big Apple ni, teringat sebelum ni kalau naik flight Air Asia, saya suka beli onde-onde cake. Kek tu warna hijau, topping with kelapa parut dan setiap layer ada gula melaka. Sedap weh. But AA dah tak jual lagi kek ni. 

Ceritanya tiba-tiba teringin nak makan donut. Nak donut biasa bersalut gula tapi tak tau mana nak cari. Lastly pergi ke Big Apple tapi saya punya favorite donut tak ada pula jual. Classic, Iceberg ❌. Jadi pilihan saya Ola Pandan sebab ni nampak “paling kurang manis” antara semua. Proce per donut RM4 only. First bite, yummy! Topping kelapa parut, pandan and cream yang tak manis sangat. Jadi yang ni dah jadi another favorite donut la lepas ni. Boleh beli lagi. 

-
-
-
-
-
Cerita terus kat sini. Siapa dah try Lipton Soda lemon tea flavor ni? Yang ni pun sedap sebab tea tu berkarbonat. Yang ni ada jual kat EcoShop. Harga RM2.80. Kadang-kadang buat stok dalam peti sejuk sebab ada masa pandai mencari teh “yang tak terlalu manis” tapi dala masa yang sama nak minum air karbonat. Thank you Lipton!

June 10, 2026

I Paid for My Seat ๐Ÿ’บ

Siapa ada pengalaman semasa naik kapal terbang, tiba-tiba ada orang request tukar seat dengan kita? Alasan tukar seat sebab nak bagi anak duduk sebelah ibu. Atau sebab anak tu nak duduk window seat. Dah la kita beli seat tu, lepas tu bila tak nak tukar... mulalah orang tu bermasam muka atau nak viral dalam media sosial. Benda ni dah banyak kali terjadi. Saya juga pernah berhadapan dengan pengalaman seperti ini.

Around tahun 2018, perjalanan me and my friend ke Penang. Seat saya tu barisan ke enam atau ketujuh... kiranya antara yang paling hadapan juga la. Kalau naik kapal terbang, biasanya saya akan beli seat hadapan sebab senang nak keluar, makanan pun cepat sampai dan senang nak pergi restroom. Lepas tu, ada pramugara approach saya kalau saya nak tukar seat dengan sorang makcik tu sebab dia kata anak makcik tu terpisah sebab duduk kat belakang. Then saya kata saya dah bayar seat ni (harga pun boleh tahan) dan takkan saya terpaksa berpisah dengan my friend gara-gara orang nak seat tu. Tetiba pramugara tu buat muka pula sebab saya tak nak tukar seat. Makcik tu bole saja request duduk kat belakang dengan anak dia, and why should dia minta anak dia pindah ke depan pula? Seat depan tu mahal weh. Makcik tu pun buat don't know. Persoalannya.... adakah saya salah dalam hal ni? Disebabkan situasi yang tak best ni berlaku, saya buat complain dengan syarikat penerbangan sebab berlaku ketidakadilan, then attitude pramugara tu pun agak rude sebab saya refuse untuk tukar seat, dan situasi di mana perkara ini sepatutnya tak berlaku sebab seat dah ditentukan dan perlu diingatkan ramai orang bayar seat masing-masing. 

Cadangan saya, silalah purchase seat awal-awal kalau nak duduk bersama.... so tak ada alasan terpisah tempat duduk la, nak window seat la. Kita dah beli seat, takkan suka-suka nak tukar dia pula duduk depan, kita duduk belakang. Sampai sekarang saya masih terkesan dengan situasi ni. Saya sangat memahami keadaan orang lain yang terkena kejadian yang sama macam saya. So please jangan kecam orang yang tak nak tukar seat ya. Sebab seat tu mereka dah BELI awal. Sekian, terima kasih.


June 08, 2026

Spoilers Written in the Stars ๐ŸŒŒ

 Okay this one cute.



June 07, 2026

Santai Hujung Minggu ๐Ÿฉถ

Aktiviti paling best di hujung minggu ialah spend time together with ๐Ÿฉถ, bersantai sambil cari makan dan snek, tengok pemandangan yang indah, sunset gazing and cuddle dengan my cats. Since this week dah berakhir cuti sekolah, ramai dah yang kembali turun ke bandar sebab esok dah nak kerja dan sekolah seperti biasa. Nasib la kalau turun pergi kerja sekarang ni dah tak jem macam dulu lagi since highway dah siap.

Eating yong tau foo (stuffed tofu).

And bakso ayam as well (plus banyak sayur). Literally enjoying our day.

Visiting the coast can lower psychological distress. Cantiknya view laut. 

My Uning yang dijaga since baby.

Admiring nature’s golden hour ๐ŸŒ…

June 06, 2026

Cute Takoyaki Packaging ๐Ÿง†

Beli takoyaki sebab nak packaging yang comel ni. The best takoyaki, Japan Boat Takoyaki. Saya beli Set B (3 set takoyaki) + add on 1 set takoyaki sebab dapat diskaun. Jadi total ada 4 set takoyaki semuanya. Yay! Akhirnya berjaya dapat packaging comel. Sampaj saja di rumah, saya dah habiskan semua takoyaki ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ Tak sempat tinggalkan untuk Nept sebab dia dah jalan pergi kerja. By the way, ntuk dapatkan diskaun lebih, boleh apply member Japan Boat Takoyaki.

Usually beli Set C (oden), tapi kali ni nak try set takoyaki sahaja.

June 05, 2026

Gathering Makan Makan ๐Ÿ›

Finally sampai hajat gathering with colleagues. First and foremost, thank you kepada yang membelanja. Semoga rezeki diluaskan dan bertambah-tambah duit dalam dompet ๐Ÿ˜†.  Lepas ni turn kami yang lain lagi keluar duit. 

Mula-mula nak makan di Oriental Kopi. Sekalinya punya ramai orang. Panjang gila barisan. Tak sanggup. Plan B tukar pergi cari makan di Seoul Garden. Me order my favorite chicken bulgogi. And kimchi di sini sedap dan tak asam dan rasa bergas. Since Seoul Garden dah tak ada di 1Borneo, dah jarang la dapat makan my favorite dish kecuali kalau rajin turun bandar la (walaupun tak jauh dari rumah but still malas nak gerak).

Since inj gathering, jadi cerita santai saja la. Plus... planning nak travel ke mana lepas ni ๐Ÿ˜‚ Dua tiga negara dah disebut, tinggal nak pilih mana satu. Work, save, travel, repeat ♻️

Chicken bulgogi with fried mandu ๐Ÿ˜‹

June 04, 2026

Confident Without Knowledge? ๐Ÿ’๐Ÿป‍♀️


Please check the facts first.

June 02, 2026

Gel Terbaik Untuk Rawat Luka dan Gatal Kucing ๐Ÿš‘

Bagi saya gel ni adalah paling mujarab untuk sembuhkan luka-luka kecil di badan kucing. Nama gel ni Bentel. Ni adalah gel herba khas untuk kucing dan anjing, totally safe dan berkesan dengan cepat. Contoh luka atau gatal yang boleh dirawat seperti kudis, luka cakaran, kurap, ekzema dan fungus. Kesannya begitu cepat sebab bila kita sapu di bahagian luka tu hari ni, esok dah kering. Yang bestnya, kucing tak rasa pedih bila gel ini diletakkan di kawasan luka. 

Gel ni saya beli di petshop dengan harga RM20. Boleh juga beli di online dalam Shopee atau Lazada. Lepas guna boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Yang ni saya dah simpan beberapa tahun dan sehingga ke hari ni tak rosak. Pet owner wajib simpan ni untuk rawat luka kucing atau anjing. 




June 01, 2026

Dear June ๐Ÿ—“️

Siapa nampak double contrails?