June 17, 2026

The Brain Dump 🧠

Setiap hari pada waktu petang semasa berada di office, saya akan ambil sedikit masa (about 15-20 minutes) before balik untuk menulis sesuatu. Mungkin ada yang curious tengok apa yang saya buat, tapi sebenarnya ini salah satu cara paling simple untuk mengurangkan stress dan anxiety. Kita boleh tulis apa sahaja yang kita nak, particularly apa yang ada dalam otak kita pada waktu tu… or maybe writing about feelings or anything positive. Banyak kajian telah dibuat tentang kebaikan menulis untuk kesihatan mental, and yes, aktiviti ni sangat membantu saya. Jadi saya akan bawa my notebook and pen di mana sahaja saya berada. Actually aktiviti ni tak semestinya kita tulis kat dalam buku, kalau nak express feeling melalui online diary pun boleh juga. That’s why saya wujudkan blog saya selain digunakan untuk catat any experience.



No comments:

Post a Comment