Siapa ingat macam mana rasa Cherry Cola? Masa dulu-dulu Cola perisa ni banyak dijual kat kedai barangan import, along with Diet Coke. Lepas tu dah tak pernah jumpa lagi. Baru-baru ni suddenly saya nampak Cola ni ada jual kat kedai coklat import. Harga RM4.70/tin. Saya terus beli sebab rindu nak minum Cherry Coke.
July 31, 2026
July 28, 2026
Good Movie 🍿
Saya tak ingat bila last sekali saya tengok wayang di cinema… rasanya tahun 2022 kot. Tahun 2026 saya jejakkan kaki ke panggung wayang lagi 😀 Sebab saya nak tengok cerita The Odyssey. Kalau cerita sejarah, mitos semua tu memang kegemaran saya sebab topik ni akan jadi bahan bacaan saya sebelum tidur. Lepas tu saya akan cerita kat Nept apa maklumat yang saya ada, lepas tu nanti dia sambung lagi apa maklumat yang ada… then jadi la topik perbualan kami.
Jadi dah janji nak jalan-jalan di hujung minggu, mula-mula ingat nak pergi ke tempat lain tapi saya dah awal bagitau mesti tengok wayang The Odyssey ni. So kami decide pergi tengok wayang la. Cerita dia pada awal tu agak slow sediki sebab banyak dialog. Lepas tu baru disusuli dengan aksi. For me, saya suka cerita ni sebab saya berminat dengan topik Yunani kuno. Dan saya main game Assassin's Creed Odyssey… jadi saya ada gambaran sedikit pasal tempat yang disebutkan dalam filem ni.
July 25, 2026
July 21, 2026
Microgreen Project Update 🌱
Akhirnya my microgreen project telah berhasil setelah seminggu ditanam. Semua daun yang tumbuh juga sihat. My miaw happy sebab mereka dapat makan pucuk kangkung. Saya pun happy juga sebab dapat tuai hasil tanaman sendiri.
July 19, 2026
My Favorite Hami Melon 🍈
Hami Melon (Chinese snow melon) ni rasa dia sangat sangat manis macam rock melon. Tapi saya lebih suka yang ni sebab tekstur dia rangup dan tak mushy. Hami Melon ni asalnya dari Xinjiang, China. Ada banyak jenis Hami Melon such as Yellow Honey Hami Melon dan Red Honey Hami Melon. Kalau kat supermarket tak selalu ada jual. Tapi hari tu tetiba ada jual di Bataras Hypermarket, saya pun beli la. Harga RM10.90/kg tapi berbaloi dengan rasa dia yang sedap, kaya dengan vitamin A dan C serta potassium.
July 18, 2026
Purina Limited Edition Keychain 🔑
Dapatkan limited edition collectible keychains from Purina. Saya pun dah start collect. Beli Purina Friskies dry food 400g (RM7.90) dan dah dapat keychain. Excited nak buka sebab tak tau dapat warna apa. Dan saya dapat warna putih. Yeay. Lepas ni nak aim yang warna hitam tu. Boleh cuba lagi. 🤓
July 15, 2026
A Night Filled with Jazz: Shiela Majid Big Band Live in KK 🎷
Konsert ni dah lama weh tapi baru saya upload kat dalam blog gara-gara ternampak dalam album photo. Tak sangka me and Nept pergi ke konsert Shiela Majid. Actually tiket ni saya menang hadiah from Suria Sabah. Thank you Suria Sabah selalu bagi saya menang. Haha. Sebab lepas tu saya menang lagi tiket konsert band Ungu live in KK but that one saya tak pergi tengok. Simpan tiket buat kenangan.
Okay sambung cerita… Konsert kali ni saya bawa Nept untuk temankan saya. Since Nept pun boleh main alat muzik, jadi bagus juga dapat experience tengok dari live concert. Masa konsert dah nak start, both of us excited nak dengar kemerduan suara Shiela Majid. Memang terpukau la ngan suara dia. Fans from Semenanjung and Brunei ramai yang sanggup turun ke KK sebab nak hadir tengok konsert. We did enjoy that night. Thank you Shiela Majid. You are wonderful 💕
July 13, 2026
Watching the World Premiere 📺
Watching the world premiere of my favorite band punya new video clip, The Crowd Was Singing Wonderwall. Such a beautiful song! Simpan di sini buat kenangan.
July 11, 2026
Project Green 🌱
Projek indoor garden bermula untuk tahun 2026. Sebab cahaya matahari begitu terik di luar, jadi sangat bagus untuk menanam walaupun dalam rumah. Paling senang nak tanam ialah kangkung. Instead of tanah hitam, saya guna vermiculite. Teksturnya lebih halus dan ringan. Sesuai untuk tumbuhan kecil.
Kita tunggu dan lihat selepas tiga hari apa kejadian kangkung saya ni. Sebenarnya tak nak tunggu sampai kangkung tu besar sangat. Cukup untuk buat green salad dan selebihnya untuk my cats la. Mereka suka makan pucuk dan daun tumbuhan yang muda. Good for their digestion.
July 10, 2026
Miaws Love Flowers 🌼
Received this beautiful bouquet of flowers. Thank you so much! 🌸 Boleh letak di rumah buat hiasan. And suddenly all my miaws start curious dan berebut-rebut naik ke atas meja. Mereka ni sangat suka tumbuh-tumbuhan yang di bawa masuk ke dalam rumah, particularly Bengals. Saya biarkan mereka enjoy dulu bunga-bunga ni sebelum saya letak di dalam bilik.
July 09, 2026
The Problem Isn't Always Your Reaction ❌
You cannot repair a relationship with a woman who believes the problem is always your reaction, never her behavior. Some people have a special talent. They can start the fire, then blame you for smelling smoke. She disrespects you. You react. Now, somehow, your reaction becomes the entire conversation. The original issue disappears. Her behavior disappears. Accountability disappears. Now you're the villain. A lot of men get trapped here, apologizing for their reaction while the behavior that caused it keeps happening. Again. And again. And again. You can't solve a problem with someone who refuses to admit they participate in creating it.
The most dangerous words in any relationship are: "Everything is your fault." Because growth dies the moment accountability dies. Healthy people ask, "What did we do wrong?" Toxic people ask, "How can I make this all your fault?". Relationships survive mistakes. They don't survive one-sided accountability. The moment somebody believes their behavior is always justified and your reaction is always the problem, the relationship is already bleeding out. Because you can't fix anything with a person who thinks they're never part of the problem.
This is so deep...
source @read.this.slowly8
July 08, 2026
Milk Sun Cake from Vigor Kobo 🍥
Finally my cookies from Taiwan dah selamat sampai ke Malaysia dengan jayanya. Yeay! Thank you Vigor Kobo. 🥰 Jenama kegemaran saya. Tiap kali saya pergi Taiwan wajib singgah ke kedai ni. By the way, snek Taiwan sedap dan banyak pilihan halal. Selain itu, reasons saya suka travel ke Taiwan kerana negara ini muslim friendly, banyak tempat cantik, selamat and Taiwanese semuanya mesra. Bahasa Mandarin Taiwan juga senang difahami berbanding Mandarin di mainland China.
July 07, 2026
Never Judge a Destination 🗺️
Pernah tak bila kamu cerita pasal nak travel, tiba-tiba orang tu pandang rendah pilihan tempat yang kamu pergi? Mereka bagi komen negatif. Contohnya "Eh, apasal Asia je. Tak pergi Europe ke?", atau “Eleh setakat negara ni, saya pun boleh pergi”.
Saya pernah berhadapan dengan orang macam ni. Masa tu excited cerita tentang tentatif ke Hong Kong. Lepas tu this friend boleh kata “Kenapa pergi Hong Kong? Tak bagus la tempat tu. Tiada apa-apa di sana”. Saya pun tak sure based on apa dia kata tak bagus. Dia sendiri pun tak pernah jejakkan kaki ke sana. So saya anggap dia ni jealous saja la. Lagipun saya pergi guna duit sendiri. Bukannya pakai duit dia pun 😂. I travel according to my budget and time la. Kalau budget masa tu cukup untuk pergi Hong Kong saja, takkan tiba-tiba saya beli flight ticket ke England pula. Bila saya counter balik pendapat dia, alih-alih dia pula tersakiti. Malas nak layan orang macam ni.
Sepatutnya bila kawan cerita pengalaman dia travel ke mana-mana negara atau dia tengah excited cerita itinerary dia, be supportive la sikit. Ingat senang ke nak buat itinerary. Lebih-lebih lagi yang dah bersusah payah kumpul duit bertahun dan booking tiket awal just untuk travelling, hanya orang tu sahaja yang faham usaha yang dibuat. And suddenly the outsider yang tak ada apa-apa sumbangan tetiba criticize di mana tempat dia nak pergi. Semoga saya tak berjumpa lagi dengan orang seperti ini.
July 05, 2026
Biskut Harimau 🐯
My cat curious dengan kehadiran biskut harimau ni. Bought it from 15 Minutes Bake. Mula-mula rasa tak nak makan sebab terlalu comel, tapi akhirnya makan juga la. Sedap. Biskut gula icing.
July 04, 2026
Just Geek V1.2 : The Elder Wand 🪄
Okay hari tu dah janji nak tunjuk my wand selepas wand holder sampai. So this is my Elder Wand, lengkap dengan holder sekali. This one saya nak simpan di office. Kalau simpan di rumah confirm kucing start mengacau sebab mereka suka tengok benda macam kayu. Mulalah nak jatuhkan.



















































