July 07, 2026

Never Judge a Destination 🗺️

Pernah tak bila kamu cerita pasal nak travel, tiba-tiba orang tu pandang rendah pilihan tempat yang kamu pergi? Mereka bagi komen negatif. Contohnya "Eh, apasal Asia je. Tak pergi Europe ke?", atau “Eleh setakat negara ni, saya pun boleh pergi”. 

Saya pernah berhadapan dengan orang macam ni. Masa tu excited cerita tentang tentatif ke Hong Kong. Lepas tu this friend boleh kata “Kenapa pergi Hong Kong? Tak bagus la tempat tu. Tiada apa-apa di sana”. Saya pun tak sure based on apa dia kata tak bagus. Dia sendiri pun tak pernah jejakkan kaki ke sana. So saya anggap dia ni jealous saja la. Lagipun saya pergi guna duit sendiri. Bukannya pakai duit dia pun 😂. I travel according to my budget and time la. Kalau budget masa tu cukup untuk pergi Hong Kong saja, takkan tiba-tiba saya beli flight ticket ke England pula. Bila saya counter balik pendapat dia, alih-alih dia pula tersakiti. Malas nak layan orang macam ni. 

Sepatutnya bila kawan cerita pengalaman dia travel ke mana-mana negara atau dia tengah excited cerita itinerary dia, be supportive la sikit. Ingat senang ke nak buat itinerary. Lebih-lebih lagi yang dah bersusah payah kumpul duit bertahun dan booking tiket awal just untuk travelling, hanya orang tu sahaja yang faham usaha yang dibuat. And suddenly the outsider yang tak ada apa-apa sumbangan tetiba criticize di mana tempat dia nak pergi. Semoga saya tak berjumpa lagi dengan orang seperti ini.

Cheung Chau Island
Hong Kong 2025. Pergi hiking di Cheung Chau Island. InShaaAllah akan pergi Hong Kong lagi next time. Saya dah beberapa kali travel ke HK dan banyak tempat cantik saya dah lawati. So far Hong Kong selamat untuk solo traveler. 

No comments:

Post a Comment