Siapa ada pengalaman semasa naik kapal terbang, tiba-tiba ada orang request tukar seat dengan kita? Alasan tukar seat sebab nak bagi anak duduk sebelah ibu. Atau sebab anak tu nak duduk window seat. Dah la kita beli seat tu, lepas tu bila tak nak tukar... mulalah orang tu bermasam muka atau nak viral dalam media sosial. Benda ni dah banyak kali terjadi. Saya juga pernah berhadapan dengan pengalaman seperti ini.
Around tahun 2018, perjalanan me and my friend ke Penang. Seat saya tu barisan ke enam atau ketujuh... kiranya antara yang paling hadapan juga la. Kalau naik kapal terbang, biasanya saya akan beli seat hadapan sebab senang nak keluar, makanan pun cepat sampai dan senang nak pergi restroom. Lepas tu, ada pramugara approach saya kalau saya nak tukar seat dengan sorang makcik tu sebab dia kata anak makcik tu terpisah sebab duduk kat belakang. Then saya kata saya dah bayar seat ni (harga pun boleh tahan) dan takkan saya terpaksa berpisah dengan my friend gara-gara orang nak seat tu. Tetiba pramugara tu buat muka pula sebab saya tak nak tukar seat. Makcik tu bole saja request duduk kat belakang dengan anak dia, and why should dia minta anak dia pindah ke depan pula? Seat depan tu mahal weh. Makcik tu pun buat don't know. Persoalannya.... adakah saya salah dalam hal ni? Disebabkan situasi yang tak best ni berlaku, saya buat complain dengan syarikat penerbangan sebab berlaku ketidakadilan, then attitude pramugara tu pun agak rude sebab saya refuse untuk tukar seat, dan situasi di mana perkara ini sepatutnya tak berlaku sebab seat dah ditentukan dan perlu diingatkan ramai orang bayar seat masing-masing.
Cadangan saya, silalah purchase seat awal-awal kalau nak duduk bersama.... so tak ada alasan terpisah tempat duduk la, nak window seat la. Kita dah beli seat, takkan suka-suka nak tukar dia pula duduk depan, kita duduk belakang. Sampai sekarang saya masih terkesan dengan situasi ni. Saya sangat memahami keadaan orang lain yang terkena kejadian yang sama macam saya. So please jangan kecam orang yang tak nak tukar seat ya. Sebab seat tu mereka dah BELI awal. Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment