Lama tak stargazing sejak berpindah rumah. Masuk tahun 2025 pandai start balik hobi lama. Semalam terjadinya Moon-Venus conjunction dan ramai rakan-rakan di group stargazer share gambar masing-masing dalam Facebook. Saya tak sempat ambil gambar sebab awan berkepul-kepul waktu tu.
The conjunction of Moon and Venus yang saya ambil pada hari sebelumnya. Masa ni baru nak balik dari office. Yang garisan putih di atas tu adalah contrails.
Bulan berfasa waxing crescent (24%). Bukan gambar terbaik tapi boleh jadi kenangan gambar bulan pertama through telescope yang diambil pada tahun 2025. Equipment 🔠Sky Watcher Startravel 102 with 10mm eyepiece. Shot guna iPhone 14 Pro Max.
Catch out juga Quadrantids meteor shower yang berlaku pada 28 Disember 2024 sehingga 12 Januari 2025. Peak time pada 3 - 4 Januari 2025 (up to 80 meteor per hour. Masa terbaik untuk tengok bermula jam 4.30 pagi berdekatan buruj Bootes di hemisfera Utara.
No comments:
Post a Comment