Sunday, June 8, 2025

My Microgreens Project 🌱

Tinggal di kawasan bandar pun boleh menanam juga. Ni antara hobi masa lapang saya, melaksanakan penanaman microgreens. Tak perlukan ruang luas, yang penting ada sumber cahaya matahari. 

Saya start laksanakan microgreens ni bermula tahun 2024 sebab tertarik dengan video dalam Youtube pasal ni. Lagipun tanaman macam ni mudah dibuat. Khasiatnya juga lebih tinggi berbanding sayuran biasa dan kaya dengan nutrisi. Ada pelbagai jenis sayuran yang kita boleh tanam sebagai microgreens. Tapi saya suka tanam kangkung sebab ini yang paling mudah ditanam dan rasanya juga sedap. My cats juga sangat suka sayuran microgreens ni. Ya. Kucing saya jenis makan sayuran.


Projek microgreens kangkung. Untuk hari pertama hingga hari ketiga, kita perlu letak semaian di tempat gelap, contohnya dalam kabinet. Lepas tu tindihkan sesuatu agar akar sayuran tak terkeluar nanti (masuk ke dalam tanah).

Sedia untuk dituai.


Tuai sayur yang kita nak makan saja. Selebihnya boleh tuai nanti.

Tengok hasil untuk satu pasu. Boleh buat salad atau campur dalam masakan lain.

Yang ni microgreens sawi. Tunggu besar sikit dah boleh petik.


Yang ni saya campur dalam maggi ayam. 😋

Pasu kecik microgreens khas untuk kucing saya. Mereka suka makan microgreens kangkung. 

Tempoh penuaian sayur mengikut jenis sayur yang ditanam. Ada sayur yang umur seminggu dah boleh tuai. Kalau kangkung ni seminggu lebih juga baru boleh dituai. 

Untuk mengetahui cara penanaman microgreens, boleh tengok video Youtube menerusi link ini.

No comments:

Post a Comment