Thursday, June 26, 2025

Pengalaman Renew Pasport Dalam Talian

Saya dah pernah cuba menggunakan MyOnline Passport untuk renew pasport. Caranya:
  1. Layari laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan cari Myonline Passport. Klik link ni kalau nak masuk ke MyOnline Passport.
  2. Klik pautan “permohonan pasport”. Nanti akan keluar arahan bagaimana nak renew passport, cara pembayaran, terma dan syarat dll.
  3. Upload gambar terkini berukuran passport, background putih.
  4. Cuping telinga make sure nampak. Untuk yang bertudung, pastikan kening nampak semua. Jangan ditutupi oleh tudung termasuk hujung kening, kalau tak nanti gambar kena reject. Cadangan saya, pakai tudung express sebab paling senang nak adjust agar nampak keseluruhan muka. Jangan pakai contact lens dan make sure pakaian berwarna gelap. Aksesori tak boleh berlebihan. Dan jangan edit gambar kita.
  5. Bila dah upload gambar, adjust gambar mengikut skala yang ditetapkan. Ada limit berapa MB untuk upload gambar. 
  6. Kalau dah puas hati, boleh submit gambar untuk diproses. Bagi yang pakai tudung, check ✔️ di bahagian kotak sebagai bertudung.
  7. Sebaik dah submit gambar, boleh buat bayaran RM200 (valid lima tahun). Simpan semua bukti bayaran untuk rekod. Bayaran ni tak boleh refund.
  8. Lepas tu anda akan dapat e-mel pemakluman daripada Jabatan Imigresen bahawa permohonan sedang diproses.
  9. Sekiranya gambar tak menepati syarat, Jabatan Imigresen akan maklumkan melalui e-mel dan akan minta upload gambar semula. Buka sahaja balik MyOnline Passport dan masukkan nombor borang untuk upload semula gambar.
  10. Kalau passport dah siap, mereka akan maklumkan dari e-mel dan boleh ambil di Pejabat Imigresen terdekat.
  11. Bawa satu salinan IC sebab nanti mereka akan minta salinan tu.
  12. Bawa juga passport lama untuk diserahkan semasa pengambilan passport baharu. 
MyOnline Passport

Passport lama dah kena gunting. Boleh simpan buat kenangan. Yang ni tak tau passport kali ke berapa dah.

So far penggunaan MyOnline Passport ni okay... tapi saya prefer buat secara manual. 

Yang leceh skit masa upload gambar sebab ada limit berapa MB boleh upload. Dan kena upload ikut saiz yang ditentukan oleh sistem. gambar perlu adjust sendiri kalau saiz gambar (softcooy) tak ngam. Saya guna apps ni untuk adjust.


Sistem tak mesra handphone kerana masa nak upload gambar melalui telefon, pautan jadi slow dan tiada interface keluar. Kena guna komputer baru smooth. 

Dalam e-mel tak dinyatakan untuk bawa salinan fotokopi kad pengenalan. Bila datang ke Pejabat Imigresen, staf minta salinan kad pengenalan. 

No comments:

Post a Comment