Thursday, August 14, 2025

My Super Fast Daytime Skincare Routine

Siapa kat sini jenis tak pakai banyak produk skincare dan makeup, kita sama. Terutama kalau nak pergi kerja... paling-paling dua tiga minit saja depan cermin. Letak skin conditioner, krim dan sunscreen, lepas tu pakai liptint... all done. Foundation, segala bedak tak dapat nak guna due to kulit yang sensitif.

Walaupun tak ambil masa lama untuk bersiap, tapi penjagaan kulit muka tetap penting. Bagi saya yang paling utama adalah kesesuaian produk dengan kulit. Saya pilih produk buatan Japan. Saya share my daytime skincare routine kat sini ya.

Mula-mula letak skin conditioner. Yang ni saya tuang sikit di tapak tangan, then tap tap kat muka. Saya pilih jenama Naturie Hatomugi. Tak melekit, tak ada bau fragrance, cepat meresap di muka.

Then saya guna krim untuk melembapkan muka. Saya pilih Hadalabo hydrating cream. Jenama Hadalabo ni sangat bagus dan price pun affordable. Tak ada complain setakat ni. All good.

Last sekali... yang paling penting, sunscreen. Saya pilih BiorĂ© UV Face Milk. That’s all. Cepat, mudah dan ringkas.

No comments:

Post a Comment