November 14, 2025

Litter Box Sentiasa Wangi 🌹

Antara perkara yang paling saya ambil berat untuk rumah saya ialah pastikan litter box sentiasa wangi supaya rumah tak berbau (khususnya rumah yang sentiasa bertutup macam rumah saya la 😆). Kalau litter box miaw tu tak bersih, memang rasa tak selesa. 

Salah satu cara saya pastikan litter box tak mengeluarkan bau ialah dengan menggunakan litter box yang bertutup. Pasir pun tak berhambur dan lebih sedap mata memandang sebab kita tak nampak aktiviti kucing kat dalam litter box tu. Lepas tu saya suka menggunakan pasir kucing yang ada bau wangi. Saya suka tekstur pasir yang halus sebab lebih melekat, senang nak scoop. Dulu saya beli jenama Diamond tapi yang ni a bit pricey, jadi sekarang dah tukar ke jenama lain. Yang penting tekstur jenis halus. Pasir kena sentiasa top-up to ensure kucing selesa bila masuk litter box. Kalau pasir tu cetek, confirm cepat bau... lebih-lebih lagi kalau jenis tak rajin nak bersihkan litter box. 

Untuk bantu deodorize litter box, saya tambah fragrance beads dan tabur di atas pasir kucing. Ada pelbagai wangian dan boleh beli kat petshop. Harga pun dibawah RM10, jadi bagi saya okay la. Perkara yang penting untuk pastikan litter box sentiasa wangi ialah rajin scoop najis. Nampak saja kucing baru keluar dari litter box, kalau boleh cepat-cepatlah bersihkan (walaupun lepas tu kucing gatal nak masuk balik ke dalam litter box. Selalu terjadi dengan saya).

Cuci juga litter box kucing kalau dah nampak kotor sangat. Macam saya tak juga selalu cuci tapi setiap hari saya mengemas rumah, saya akan lap litter box dengan spray air yang dibancuh dengan Dettol (amount Dettol tu sikit sahaja sebab bau Dettol kuat). Spray ni bukan sahaja untuk litter box, tapi saya guna untuk seluruh rumah. Lap lantai yang kotor, habuk atas perabot etc. Untuk pastikan litter box tiada kuman, kadang-kala saya akan spray Dettol di permukaan litter box tu. Scoop pasir juga saya sentiasa cuci dengan sabun dan clorox sebab saya gunakan scoop yang sama untuk semua litter box. Gunakan scoop beli sebab tak mudah patah dan pasir tak melekat di scoop.

Fragrance beads wangian epal. Yang ni saya beli RM6 sahaja

Sukatan satu penutup botol sahaja.

Tabur atas pasir kucing untuk pastikan litter box sentiasa wangi.

Sekarang saya gunakan pasir kucing yang ni. RM12/packet.

Sanitize litter box dan rumah supaya kucing tak terkena penyakit.

No comments:

Post a Comment