December 27, 2025

Mellow Out by the Mountain ⛰️

Kalau ada peluang berjalan memang akan pergi punya. Kali ni short gateway di Kundasang again. But this time stay tempat lain pula. Saya pilih untuk menginap di Zen Garden Resort sebab kawasan sana dikelilingi hutan belantara dan sangat berguna untuk healing and grounding session. Tapi sebelum tu... jalan-jalan dulu ke Ladang Teh Sabah.

Hajat ke Ladang Teh Sabah ni just nak makan saja sambil tengok daun teh. 😆 By the way, I remember dulu masa saya sekolah rendah...  saya pernah ikut trip sekolah ke Kundasang. Antara itinerary adalah ke Ladang Teh Sabah. But that time memang totally ladang teh dan kilang sahaja. Tak ada restaurant dan chalet. Dan masa tu nama ladang ni adalah Ladang Teh Nalapak if I not mistaken. Cerita lama tahun 90an la... 😬

-

-

-

-

-

That day me and my partner jadikan hari tu sebagai “No Meat Day”. Jadi semua hidangan tiada daging. Makanan di restoran Sabah Tea semua sedap and saya totally enjoyed the food.

Omelette with mushroom

Szechuan style fried string bean

Vegetarian tom yum

Signature tea ice-cream.
-
-
-
-
-
Petang tu hujan turun dan cuaca sangat sejuk. Saya teruskan perjalanan ke Zen Garden Resort, Kundasang. Saya book through Agoda sebab convenient. Introverted person like me avoid calling people at all costs, so hell no saya akan call resort untuk buat tempahan 😂 The best alternative is by booking online. Thank you Agoda!

-
-
-
-
-
Akhirnya berjaya check-in di Zen Garden Resort. Hujan sangat lebat dan sejuk. Tapi saya suka bilik saya sebab ruang besar, ada balkoni dan boleh duduk sambil tengok hutan. Di celah tu sebenarnya boleh nampak Gunung Kinabalu, tapi masa ni gunung diliputi awan, jadi tak nampak la. Room view boleh tengok kat dalam Agoda sebab saya tak upload gambar bilik kat post ni.

View from balcony nampak hijau. Tapi line telefon pandai hilang di sini 😌

View sunset. 🌅

View luar bilik. Masa ni sejuk sebab baru lepas hujan. Aktiviti malam… chit chatting sambil duduk di balkoni mendengar bunyi serangga + menghirup udara segar. Lepas tu makan oden panas masa cuaca sejuk. No stargazing activity sebab tak nampak bintang.
-
-
-
-
-
5.52AM. Good morning 🌅
View awal pagi. Boleh nampak Gunung Kinabalu di celah pokok tu kan.

Ni view Gunung Kinabalu dari Zen Garden Resort. Pukul 6.00+ pagi.

Lenticular cloud.

Me with miaw

Another spectacular view of Mountain Kinabalu.

From other angle.

Miaw menemani saya sepanjang sesi grounding. Otak relax, badan segar. Suddenly my mum telefon. Then I said saya di Kundasang. And mum bising apasal tak bagitau awal 😂 Sorry mum. Haha.

View pukul 10.00 pagi. Usually waktu pagi boleh nampak gunung, tapi kalau dah start petang… kemungkinan dah tak nampak lagi gunung, terutama semasa kabus tebal.

No comments:

Post a Comment