Urban trekking adalah aktiviti berjalan kaki meneroka persekitaran bandar dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Aktiviti urban trekking boleh berlaku di mana-mana termasuk taman awam, sepanjang kaki lima, tangga, kawasan kejiranan dan lain-lain. Actually urban trekking ni lebih kurang macam jalan-jalan di kawasan bandar juga tapi melibatkan long walks dari suatu tempat ke tempat yang lain. Aktiviti ini boleh dilakukan secara santai, sambil melihat suasana bandar… sambil tu boleh la singgah-menyinggah, amik gambar, tengok orang lalu-lalang etc.
Dalam smartphone saya ada install app Pacer. App ini amat berguna kepada saya untuk track steps pada setiap hari + boleh buat group dengan kawan, jadi kita boleh monitor dan bersaing dengan our friends. My personal target ialah 8k steps a day, walaupun tak setiap hari dapat capai jumlah tu sebab saya kerja kat office (tak banyak pergerakan), tapi saya tetap berusaha untuk capai at least 70% of the target. Contohnya hari ni pencapaian saya adalah 5.7k steps.
Berbalik semula pada cerita. Saya suka buat aktiviti urban trekking bila saya berada di luar negara sebab saya akan sangat banyak berjalan kaki untuk explore kawasan bandar. Bukan hanya luar negara, kalau saya ke luar negeri juga saya akan lakukan benda yang sama. Objektif utama, terokai kawasan + burn calories + cari pengalaman. If you want to enjoy the outdoors without intense adventure, urban trekking is a great option. It keeps you moving, burn calories and let you explore the city at a relaxed pace.
Rekod saya semasa travel ke luar negara pada tahun 2025. Lima hari berturut-turut. App: Pacer. Not bad for a beginner kan? 😁





No comments:
Post a Comment