Kepada yang nak visit China especially di spot pelancongan utama , saya sarankan untuk tak pergi pada AWAL BULAN OKTOBER (1-7 haribulan) kerana waktu itu adalah Golden Week, di mana semua orang bercuti selama seminggu kerana menyambut national day. Dia punya sesak bukanlah sesak biasa, tapi sangat-sangat sesak. Bayangkan The Great Wall of China boleh penuh orang di sepanjang great wall tu. Selain itu, harga hotel mahal, attraction ticket dah fully booked dan akan menghadapi transportation chaos. Seriously, avoid travelling to China at this time. Kalau rasa nak pergi China pada bulan Oktober juga, pilih la di pertengahan atau hujung bulan kerana waktu tu less crowded.
Why I am saying this sebab saya dah pernah kena sebelum ni! So frustrated. That time saya travel ke Xi’an, China sebab nak pergi ke Terracotta Warriors Army Museum. So I begin travelling from Beijing to Xi’an by using a bullet train.
Harga tiket bullet train cost almost RM300 dan mengambil masa selama enam jam perjalanan (jarak 1000KM+, speed 300km/h). Ada train yang lebih pantas iaitu empat jam but for me it's okay la sebab boleh enjoy view luar tingkap. Dalam bullet train masa ni tak crowded, but lepas ni saya dah menyesal bila dah sampai Xi’an.
Antara view luar tingkap. Power plant. Teruja tengok sebab tak ada di Malaysia.
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, saya pun pergi ke Terracotta Warriors Army Museum. Masa sampai di muzium tu saya terkejut sebab tak pernah nampak keadaan yang begitu sesak. Orang yang berbaris nak beli tiket saja dah panjang gila dari hujung ke hujung. Bayangkan semua orang China tengah holiday masa ni. 1.4 billion population!. Bayangkan sesak dia macam mana.
Yang ni tengah berbaris nak beli tiket. Nasib baik saya tiket saya dah book awal. Dan tak perlu berbaris membeli tiket lagi. Harga tiket semasa peak season agak mahal sedikit berbanding off-season which is about RM80/person. Kalau masa tak ramai orang, harga lebih kurang RM60/person.
Ini adalah crowd yang nak masuk ke dalam muzium. So so many people!
My ticket. Walaupun orang ramai gila pada waktu ni, perasaan teruja tu masih ada sebab saya dapat tengok live Terracotta warriors of Qin Shi Huang, the first emperor of China. Terracotta warriors dikuburkan bersama maharaja pada 210-209BCE bagi tujuan melindungi maharaja di alam selepas kematian.
Pit 1 Terracotta warriors. The biggest excavation site. Nampak tak sekeliling tu berapa ramai pelancong. Saya rasa saya amik gambar masa ni pun memang main hentam saja asal dapat amik gambar. Sebab suasana sesak dan bising. Semua orang berebut-rebut nak ke bahagian hadapan dan waktu ni saya terpaksa menyelit di celah orang ramai. Oh no.
Another view of Pit 1.
Yang ni masih di Pit 1 tapi kat area belakang skit.
-
-
-
-
-
Selain Pit 1, saya juga sempat ke beberapa pit lain yang menempatkan lebih banyak Terracotta warriors, chariots dan acrobats. Last sekali sebelum saya keluar dari muzium, saya pergi ke exhibition hall sebab di sana lebih banyak info menarik tentang Terracotta warriors ni.
High ranking army. Terracotta general.
-
-
-
-
-
Selepas bersesak-sesak di muzium, saya decide untuk keluar dari sana dan ke Xi’an City Wall. Dibina pada abad ke-14 semasa pemerintahan emperor Hongwu di zaman Dinasti Ming, city walls ini bertujuan untuk melindungi rakyat daripada serangan musuh dari Utara Yuan. Di sini less crowded dan rasa tenang skit. Waktu ni dah petang dan cuaca drop… I think about 10°C - 11°C.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya singgah ke The Great Mosque of Xi’an yang dibina pada tahun 742CE, semasa Dinasti Tang. Kawasan ni tak crowded dan saya lebih selesa lepak kat sekitar masjid. Dan sini juga ada banyak kucing.
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke hotel, saya singgah ke Muslim Street yang menempatkan pelbagai makanan halal. Kat sini kira ramai juga orang tetapi tak begitu sesak berbanding muzium Terracotta.
Kepada peminat kambing, boleh la mencuba yang rou pao mo (chinese lamb noodle stew with torn bread). Antara makanan paling famos di Xi’an.
Menjelang senja, saya singgah le Drum Tower of Xi’an. Bangunan ini dibina pada tahun 1380 during Ming Dynasty. Overall, saya tak rekomen sangat kalau nak travel during Golden Week sebab keadaan sesak semacam, terutama kawasan pelancongan utama. Harga tiket dan hotel juga naik sebab waktu tu dikira peak-season.
No comments:
Post a Comment