January 02, 2026

Trip to Yehliu, Jiufen, Shifen - Taiwan πŸ‡ΉπŸ‡Ό

Wo xi huan Taiwan πŸ‡ΉπŸ‡Ό

Trip kali ni adalah trip paling santai. No hiking, no trekking, no cave exploring, no naik bas masuk kampung etc… Kali ni just nak pergi tengok spot cantik dan unik di Yehliu (daerah Wanli), Jiufen (daerah) Ruifang dan Shifen (daerah Pingxi). Bon voyage! ✈️

Catch up flight awal pagi. Flight dari Kota Kinabalu ke Taiwan mengambil masa tiga jam sahaja. Saya naik Air Asia sebab ada direct flight. Memandangkan flight awal, jadi dalam kapal bolehlah sambung tidur πŸ’€ This time saya jadi anak yang baik sebab saya dah bagitau awal dengan my mum yang saya pergi travel πŸ˜‚. 

See you Mountain Kinabalu. 
-
-
-
-
-
DAY 1. Welcome to Taiwan. πŸ‡ΉπŸ‡Ό Bagi memudahkan pergerakan dan lebih menjimatkan. WiFi router, day trip tour, tickets and EasyCard (lebih kurang macam Touch N Go) semuanya saya booking through Klook. Thank you Klook atas servis yang terbaik.  
My EasyCard. Sailormoon ❤️. During my trip to Taiwan, semua perjalanan menggunakan public transport such as MRT and bus. Selebihnya saya jalan kaki. Dah namanya budget travel kan. Hotel saya pilih yang location wise. Ada convenience store dan easy access to MRT. 
-
-
-
-
-
Saya turun di Taipei Main Station (TMS) sebab nak pergi bersiar-siar di kawasan sekitar + nak cari makan. Cuaca masa ni musim hujan, but no typhoon. Average suhu dalam 28°C macam tu la. 




Anyone yang nak cari makan beef noodles yang halal, bolehlah ke Chang’s Beef Noodle. Menu ni quite famos di Taiwan. Jadi kena try juga la kalau melawat kat sini. Kepada yang tak makan daging, boleh try scallion pancake dan cold vegetable side dishes. 

Dumpling.

Sayur masin. Yang ni memang dah sedia atas meja. Siapa nak amik, boleh amik atau pass ke meja lain.

Lepas makan, saya berjalan-jalan di 228 Peace Memorial Park. Boleh berehat menikmati udara segar di sini. Taiwan sebuah negara yang bersih, banyak pokok hijau dan mempunyai banyak tapak geologi yang unik. Orangnya juga mesra dengan pelancong. Bagi saya berjalan di sini selamat, even for solo traveler. However, insiden Taipei stabbing rampage dan China war games amat memberi impak kepada rakyat mahupun pelancong.   





Standing in-front of the Liberty Square Archway. Di kawasan sekitar ada National Theater and Concert Hall, dan Chiang Kai-shek Memorial Hall. 


Lepas puas bersiar-siar, tiba masanya untuk check-in hotel sebab hari pun dah petang. Saya kembali ke TMS untuk pick-up my luggage yang saya simpan di self service locker. TMS menyediakan banyak lockers berbayar untuk simpan luggage atau barang-barang yang lain. Fully automatic, boleh bayar guna cash atau EasyCard. Yang penting ingat password, ingat location kat mana sebab TMS besar dan banyak gate.
-
-
-
-
-
Saya menginap di Chair Man Hotel dekat area Ximen. Sekitar hotel ni ada kiosk claw machine + 7 Eleven. Kalau bosan tengah malam boleh turun “menghabiskan wang” di siniπŸ˜‚ 
Sesi menghiburkan diri. Saya aim patung yang ni.

First attempt and I made it. πŸ’ƒ

Malam tu sempat pergi keluar untuk dinner di restoran halal.

Eat eat eat!


Lepas tu nak pergi Ximending Night Market. Boleh nampak Taipei 101 masa on the way turun ke subway.

Keadaan subway. Bersih.


Ximending pada waktu malam memang meriah. Ramai tourist di sini shopping souvenir. Snek yang dijual di sini ada yang halal. Sesuai jadi gift untuk rakan-rakan di office.

Usha hadiah menarik πŸ˜†
-
-
-
-
-
DAY 2. Hari ni masih free and easy. Saya nak pergi ke Tamsui bersantai-santai sambil tengok laut. Perjalanan ke Tamsui agak mengambil masa tapi berbaloi. 



The best option ke Tamsui is by using MRT kerana lebih murah berbanding naik taxi. Masa perjalanan 40 minit.  Tapi dalam MRT tak crowded, jadi bagi saya okay lah. Sambil duduk boleh tengok pemandangan di luar.



Tamsui terkenal dengan seafood. Pelbagai seafood seperti sotong, udang dan tiram dijual di sini. Fried seafood ni membuatkan saya lapar. Dengan itu, saya belilah sikit. By the way, makanan di Taiwan quite mahal but still okay berbanding harga makanan di Japun. (Depends juga dengan kadar tukaran matawang masa tu).

Saya beli baby crab dan cendawan. Sayur kat atas tu I think adalah basil. Rasa wangi kalau makan. Lepas tu saya beli air tebu juga.  

Ada claw machine.

Yay! Berjaya dapatkan sweeper robot. Menarik la hadiah claw machine di Taiwan.


Guanyin Mountain.
-
-
-
-
-
Selepas menikmati pemandangan di Tamsui, saya nak naik ferris wheel di Miramar Ferris Wheel. Tiket boleh beli secara walk-in atau beli menerusi Klook. I prefer Klook sebab lebih murah dan ada diskaun.


On the way naik ke ferris wheel. Even the escelator pun tinggi ke atas.

Weehooo~

Lepas naik ferris wheel, saya jalan-jalan dalam mall tapi tak beli apa-apa sebab barangan dalam sama je dengan apa yang ada di Malaysia. Then duduk lepak minum sambil tengok orang lalu lalang sampai la penat berjalan tu pulih
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke hotel, saya singgah lagi ke Ximending pergi beli pineapple cakes dan sun cakes di kedai Vigor Kobo. Kepada yang melawat Taiwan, wajib beli cakes ni. Certified halal. 


Lepas tu cari makan malam. I need vegetable!

Memandangkan ini adalah trip santai dan tujuan utama nak pergi lokasi unik di Yehliu, Jiufen dan Shifen pada keesokan harinya... jadi pada hari free and easy saya banyak bersiar-siar, sambil cari minuman dan snek, lepas tu tengok kawasan sekitar. 
-
-
-
-
-
DAY 3. Day trip ke Yehliu, Jiufen dan Shifen. Kalau nak buat itinerary sendiri ke tempat-tempat ni pun boleh juga, tapi memandangkan saya tak nak fikir pasal transport, ticket dan apa aktiviti nak buat ke sana, bagus lagi saya join tour sahaja. All arranged by Klook. Thank you again Klook!
 
Tempat berkumpul ialah di Ximending. Jalan kaki saja sebab tak jauh sangat dari hotel tempat saya menginap. Oleh kerana saya ikut tour, time management kena betul. Kalau lambat memang akan tinggal bas. Plus... saya tak nak duduk paling belakang sekali sebab pening. Haha. Cari tempat duduk di depan supaya senang nak keluar bas.

Saya duduk dekat kawasan pintu tengah which is okay for me. Senang nak keluar masuk bas. Bas ni selesa. Ada WiFi, air conditioner dan bottle water. Kebanyakkan yang ikut tour ni from China, and Philippine. Warganegara Malaysia rasanya macam saya dan ada sorang lagi, solo traveler. 

Drinking water from Klook. Rugi tak bawa balik botol air ni jadi koleksi. Rare gila.
-
-
-
-
-
Unfortunately, hari tu hujan turun. Jadi keseluruhan cuaca kat area sana pun hujan atau mendung. Nasib baik saya ada standby bawa raincoat. 



Perjalanan pertama ialah ke Yehliu Geo-park. Perjalanan dari Taipei ke Yehliu mengambil masa lebih kurang satu jam lebih. Boleh enjoy dalam bas tengok pemandangan di luar. Keunikan Yehliu Geo-park ialah batu-batu kat sana semua pelik. Batuan tersebut adalah sebahagian daripada Gunung Datun yang terbentang ke laut. Luluhawa, hakisan marin dan pergerakan kerak Bumi membentuk rupa batu yang ada di sana. Paling famos adalah the Queen's Head yang menjadi landmark di Yehliu Geo-park. Fasiliti di Yehliu Geo-park adalah muslim friendly kerana disediakan tempat untuk solat.
-
-
-
-
-
Welcome to Yehliu Geo-park. Cuaca mendung dan berangin tapi tak hujan. 


Sea urchin fossil







Sebenarnya banyak tempat untuk dilawati di Yehliu Geo-park, tapi memandangkan saya ikut tour... jadi ada limit masa dan perlu kembali ke check-point mengikut masa yang ditetapkan. Or else akan ketinggalan bas. Sambil menunggu peserta lain naik ke bas, saya sempat menikmati buah. 

Perjalanan diteruskan ke Jiufen. Fokus perjalanan ialah ke Jiufen Old Street. Perjalanan ke Jiufen dariapda Yehliu mengambil masa lebih kurang satu jam.
-
-
-
-
-
Welcome to Jiufen Old Street. Unfortunately, masa ni hujan turun... jadi saya kena pakai raincoat. Sejarah Jiufen ni pada zaman dahulu dikenali sebagai Golden Mountain City, iaitu tempat perlombongan emas. Tempat ni juga popular sebagai tempat shooting filem "A City of Sadness"




Berjalan-jalan di Jiufen Old Street. Tempat ni penuh dengan pelancong. Masa ni crowded skit sebab hujan, jadi semua orang pergi ke kawasan teduh. 



Taiwan Xing Fu Tang. Much better from XFT yang pernah viral di Malaysia. Totally different dia punya rasa. Nampak view cantik kat belakang tu?


Hujan dan semua orang stuck.

Di samping itu, saya sempat memancing di claw machine. Haha.
-
-
-
-
-
Tempat ketiga ialah ke Shifen, iaitu Shifen Waterfall dan Shifen Old Street. Perjalanan mengambil masa selama 50 minit. Air terjun Shifen ni terkenal dalam kalangan pelancong dan dipanggil juga sebagai Little Niagara of Taiwan. Air terjun ini merupakan hulu kepada Sungai Keelung. Tirai air terjun berketinggian 20 meter (66 kaki) dan lebar 40 meter (130 kaki). Kolam di bawah air terjun ini sangat dalam dan tidak dibenarkan untuk bermandi-manda kat sini.

Masa on the way ke Shifen, orang dah start kepenatan + basah sebab hujan. Kalau nak pergi sini better pergi weekdays as weekends begitu crowded. 


Jingan Suspension Bridge.





Beautiful Shifen Waterfall.

Tak ada gambar air terjun dari sebelah depan 😩


-
-
-
-
-
Lepas melawat Air Terjun Shifen, rombongan dibawa ke Shifen Old Street. Basically tempat ni terkenal dengan aktiviti melepaskan tanglung. Setiap warna tanglung ada maksud tersendiri. Merah untuk kesihatan dan keamanan, biru untuk career, kuning untuk duit, purple untuk study dan test, orange untuk percintaan dan perkahwinan, hijau untuk sukses, putih untuk masa hadapan, magenta untuk populariti dan pink untuk happiness. Kalau nak buat aktiviti ni boleh maklumkan dengan tour guide Klook, dan mereka akan arrange untuk peserta.





Mula-mula tu hujan rintik saja lepas tu makin lebat.


Nak balik ke Taipei. Esok kena bangun awal sebab flight awal. Yay. Thank you Klook. Amazing experience. Saya sangat enjoy dengan trip santai selamat tiga hari ni. Pada hari keempat saya dah pulang ke Malaysia. I would like to visit Taiwan again tapi nak explore di tempat lain pula. Maybe pergi hiking atau melawat National Park. For me, Taiwan sangat mesra dari segi kemudahan and halal eateries. Malaysian tak apply visa kalau nak ke Taiwan, jadi bagi saya amatlah mudah nak ke sana. For more info regarding Taiwan attractions, boleh ke laman web Taiwan Tourism Board.

No comments:

Post a Comment