February 21, 2026

Gunung Pulai: A Hike Worth Remembering 🥾

Rindu nak hiking di Gunung Pulai lagi. Throwback my hiking activity at Gunung Pulai several years back. Gujung Pulai terletak di Johor dan perjalanan daripada Johor Bahru memakan masa selama satu jam. My trip ke Johor masa ni memang hajat utama pergi hiking + pergi Legoland 😂. Dan bagi memudahkan perjalanan, saya sewa kereta sahaja.

Gunung Pulai mempunyai beberapa trails, either nak ikut jalan tar atau nak lalu kawasan hutan. Oleh kerana laluan melalui hutan memerlukan guide and extra fee, jadi saya pilih untuk lalu jalan tar sahaja sebab nak santai sambil menikmati keindahan alam. Trail ini berjarak 5KM (sehala), jadi pulang balik 10KM la. Walaupun lalu di kawasan tar, perjalanan agak mencabar juga sebab trail menaik ke atas. Selain itu, kawasan ini juga ada monyet. Yang penting kita tak kacau mereka, mereka tak kacau kita.

Gunung Pulai berketinggian 654 meter dari aras laut.

Morning view. Beautiful crepuscular ray.

Hutan lipur Gunung Pulai sangat popular dalam kalangan penggemar aktiviti outdoor.









On top of Gunung Pulai. Breathtaking view. 

No comments:

Post a Comment