Selain traveling dan hiking, saya juga minat memancing. Bagi saya memancing ni relax dan menggembirakan terutama kalau dapat ikan. Antara tengah laut dan tepi laut, saya lebih suka memancing tepi laut sebab kalau di tengah laut ni boleh jadi pening. Haha. Next time saya cerita pengalaman saya memancing tengah laut pula.
Masa paling best pergi memancing ialah pada waktu malam Sabtu sebab esoknya tak kerja, cuaca tak panas, tak bising. Lepas tu boleh BBQ sambil makan-makan. Kalau time tu ikan tengah banyak, memang takkan sedar masa berlalu cepat. Sekali tengok jam dah pukul 3.00 pagi. Dulu saya ada group memancing. Nama kumpulan kami Pisang-pisang 😂. Siap ada baju khas lagi 😂.
Fishing time. Yang warna putih tu adalah ikan.
Sambil memancing sambil relax. Boleh tengok bulan.
Dan pemandangan dari jeti. Cantik.
Cahaya bulan dan pantulan di air. Cantik.
-
-
-
-
-
Our catch. Ikan lumahan.
Ini hasil tangkapan saya.
Hasil tangkapan lain, ikan kerapu dan ketam pun ada.
Ikan titir. Kadang-kadang ikan ni yang banyak dapat tangkap.
Belt fish.
Sotong. 🦑
Sebelum ni pernah ikut pertandingan memancing peringkat jabatan semasa sukan staf. Masa tu berjaya mendapat tempat kedua with kerapu in my hand 😂. Sekarang dah jarang kot pergi memancing. Tapi rasa nak aktif balik memancing lepas ni.











No comments:
Post a Comment