Cara paling senang tanam taugeh dan boleh tuai hasil dalam masa empat hari ialah tanam taugeh dalam botol. Terima kasih rasa.my sebab inspirasi saya untuk cuba cara ni pun saya dapat dari sini: https://www.rasa.my/tanam-tauge-dalam-botol-lepas-3-hingga-4-hari-boleh-tuai-hasil/.
Selain itu, sayur taugeh mempunyai banyak kelebihan seperti menyokong sistem pencernaan, mengandungi antioksidan yang tinggi, menyokong kesihatan jantung, meningkatkan fungsi sistem imun, mengandungi nutrisi penting serta baik untuk kesihatan mata.
Saya kongsi cara paling senang tanam taugeh dan cepat dapat hasil. Bahan-bahan yang diperlukan: Kacang hijau, mangkuk dan botol mineral kosong.
1. Rendam kacang hijau.
Saya rendam selama empat jam sahaja.
2. Masukkan kacang hijau ke dalam botol.
Setelah empat jam, tapis kacang hijau dan masukkan ke dalam botol mineral kosong. Saya guna botol 1.5 liter. Buat lubang pada botol supaya senang nak sembur air dan bagi kacang hijau bernafas. Lepas tu simpan kacang hijau di tempat gelap. Saya letak dalam kabinet.
3. Sembur air supaya kekal lembap.
Saya sembur dua atau tiga kali sehari. Gambar ni adalah hari kedua kacang hijau. Dah tumbuh akar taugeh.
4. Tuai hasil
Hari keempat dah jadi taugeh. Saya himpunkan taugeh ke satu besen, buang kulit hijau dan packing masuk ke dalam self-seal bag. Lepas tu boleh la simpan dalam refrigerator kalau tak nak masak dulu.
-
-
-
-
-
Taugeh yang telah dimasak.






No comments:
Post a Comment