April 10, 2026

JJCM di FT Labuan 🏝️

First and foremost, I want to say a big thank you to my Nept for ensuring the trip is smooth. ❤️Short trip ke Victoria Island a.k.a Labuan FT... jalan-jalan cari makan (JJCM) sambil healing.

Nak share apa yang saya JJCM sepanjang trip ni. But this one is more to cari jajan la. Later will share JJCM menu masakan kampung pula.

On the way to Terminal Feri Menumbok. Anyone yang nak ke Labuan bawa kereta sendiri, boleh beli tiket secara online through website. Jadi tak payah dah berbaris kat kaunter. Sila buka link Ferry Labuan Online kalau nak beli tiket online. Yang nak guna perkhidmatan Feri Galaxy boleh klik kat website Galaxy Ferry. Jangan lupa print tiket selepas buat pembelian.

Since trip saya during weekdays, kereta yang berbaris nak masuk feri tak full sangat. Jangan lupa urus bayaran Dermaga and buat pemeriksaan di imigresen untuk pastikan pelayaran berjalan lancar. 

Memandangkan sepanjang driving tu saya just makan buah-buahan dan a bit of cookies, tentulah lepas tu terasa lapar. Saya singgah ke gerai makan legend di Menumbok yang menjual pelbagai menu such as mi goreng, soto, nasi ayam, nasi lemak dan kuih-muih. Nama gerai tu adalah Gerai Makan Muhibbah. Saya dah jadi customer gerai ni dari saya kecik lagi sampailah sekarang. 

But my favorite menu tentulah nasi ayam. Simple but so good!

Lepas tu saya nak cari minuman sejuk di G-Tea. Saya suka minuman di G-Tea ni sebab affordable price and taste pun sedap. Another G-Tea locations yang saya pernah pergi such as Tambunan and Ranau. Before this ada kat Tamparuli juga but I think dah tutup kot.

My favorite, jasmine tea without sugar.
-
-
-
-
-
Feri berlepas pukul 1.00PM but this time ada delay sikit. As my car kena suruh parking di kawasan hadapan (dan panas), jadi saya tak dapat nak stay dalam kereta dan terpaksa naik ke deck penumpang. But okay juga la since ada aircond. 


Beautiful sunny day and boundless sea. 
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai di Labuan.

Penginapan saya kali ni ialah di Ocean Hotel. Nanti saya buat review hotel di next post. 
-
-
-
-
-
Saya mulakan perjalanan dan singgah ke Hap Huat Superstore di Durian Tunjung. Memandangkan Fancy Feast (wetfood kucing) dia murah dari supermarket dan petshop lain, jadi apa salahnya saya borong sikit kat sana. Price RM4.70/tin, dan di tempat lain rata-rata harga dekat RM6/tin.

Lepas tu kat depan superstore tu ada jual fried chicken. Rupa ayam tu pun dah menarik, jadi saya pun try la. Taste good!


Di sebelah Hap Huat Superstore ada Ai-Cha. And I was like… yay! Signature tea without sugar.
-
-
-
-
-
The Chimney. Orang local panggil “punil”. Banyak childhood memory kat sini. 
-
-
-
-
-

Setelah menamatkan perjalanan hari pertama, saya pun rest di hotel. My favorite brand, Schweppes. This one is lemon-lime. Tapi paling best ialah Soda Water dan Ginger Ale.

Cuaca panas siang tadi and I need this.
-
-
-
-
-
Early in the morning saya nak pergi beli kupon letak kereta tapi booth jual kupon tu tutup pula. Jadi paling senang saya pergi ke kaunter perkhidmatan Perbadanan Labuan di UTC. Cepat dan mudah. Bayaran menggunakan kad. Kaunter tak terima cash.

Lepas tu saya jalan-jalan di Peladang. Banyak sayuran dan buah-buahan segar dijual kat sini.

Then saya luangkan masa melihat keindahan Pantai Batu Manikar. Beautiful beach with easy wind.
-
-
-
-
-
After that pergi makan mihun sup ikan at H&B Coffee Shop. Taste good jugalah but susah betul nak cari parking di kawasan ni. Lastly saya dapat parking juga tapi jauh. πŸ˜† Mana-mana la asal dapat pergi makan.

Then saya pergi ke Financial Park dan JJCM di sana. Terus ternampak kedai bun ni dan nampak menarik. Soft and fluffy tuna bun. πŸ˜‹

Oleh kerana cuaca panas, saya beli aiskrim vanilla (topping red velvet crumbs dan marshmallow).  
-
-
-
-
-
Waktu malam pergi cuci baju di dobi layan diri. Di Labuan ada banyak laundry, jadi tak payah pening kat mana nak cuci baju.

Beli jajan di kedai 7e kat tingkat bawah tempat saya menginap. 

My favorite. Jasmine green tea 🍡
-
-
-
-
-
Nanti saya share pula cerita makan menu masakan kampung πŸ˜‹

No comments:

Post a Comment