April 19, 2026

Wanita Abusive 👿

Bila sebut perkataan “abusive”, ramai terus bayangkan lelaki yang mendera wanita. Tapi hakikatnya, wanita abusive pun memang wujud dan kes penderaan terhadap lelaki sebenarnya bukan sedikit. Di Malaysia statistik menunjukkan 2022: 1778 kes, 2023: 1213 kes, 2024: 1865 kes, 2025 (sehingga Julai): 1183 kes. (Sumber: The Star)

Walaupun angka ini agak tinggi, ramai lelaki memilih untuk diam. Kenapa? Sebab stigma masyarakat, nak jaga imej keluarga, dan kurang sokongan bila bersuara. 

Wanita abusive signifikan dengan sifat narsisistik dan toksik. Mereka jarang rasa diri mereka salah. Bila pasangan cuba melawan atau bersuara, mereka akan guna pelbagai taktik seperti ugutan, silent treatment, viralkan cerita, gaslighting etc. Selain itu, mereka akan guna “kelemahan” seperti menangis atau kongsi trauma untuk tarik simpati orang lain. Akhirnya nampak lelaki pula bersalah.

Wanita abusive bukanlah jahat. Punca kenapa wanita boleh jadi abusive termasuklah trauma masa lalu, cara berfikir (mindset), rasa insecure, pengaruh persekitaran etc. Bentuk penderaan boleh terjadi dari segi emosi, fizikal, sexual, economical dan psychological. Untuk wanita abusive, serangan paling kuat biasanya dari segi emosi yang dibuat secara berulang-ulang. Penderaan emosi sangat halus dan mengambil masa untuk disedari. Contoh penderaan emosi yang sering dilakukan oleh abuser seperti berikut:

1. Kritikan Berterusan ➡️ Semua serba tak kena. Buat ini salah, buat tu salah… Semua benda kena kritik. Sampai pasangan rasa diri dia tak cukup baik.

2. Mengongkong ➡️ Semua benda nak ditentukan. Berkawan dengan siapa, nak pakai apa, nak pergi mana etc. Even password media social pun dia kena tau supaya senang nak pantau pasangan. Seolah-olah tak ada space langsung dalam perhubungan.

3. Gaslighting ➡️ Abuser selalu menafikan kesalahan yang dia buat sampai pasangan ragu dengan diri sendiri. Contoh: menafikan realiti suatu perkara, kata pasangan ni selalu overreacting atau shift blaming such as “saya takkan jadi begini kalau awak sayang saya”.

4. Silent Treatment ➡️ Apabila berlaku pentengkaran, abuser akan senyap seperti tak jawab call, tak jawab mesej, tak nak bercakap langsung atau lari dari rumah. Tujuan utama untuk menghukum pasangan.

5. Memalukan di Tempat Awam ➡️ Perli, herdik dan mengejek pasangan di tempat awam. 

6. Gunakan Hubungan Intim Sebagai Senjata ➡️ Menahan keintiman untuk kawal atau manipulasi pasangan. 

7. Tuduhan Tanpa Bukti ➡️ Tiba-tiba menuduh pasangan curang atau menipu sehingga pasangan terpaksa “defend” diri.

8. Emotional Blackmail ➡️ Menggunakan rasa bersalah atau takut untuk manipulasi keputusan mangsa.

9. Memperlekehkan Perasaan ➡️ Sebut perkataan untuk buat pasangan down seperti “elehh awak tu lelaki kena kuat la”, “engkau rasa ada ke orang lain yang nak kat engkau ni?”

10. Playing Victim ➡️ Berpura-pura menjadi mangsa keadaan seperti pusing cerita kat orang lain supaya nampak pasangan tu bersalah. Contoh: Dia yang abuse orang tapi dia cakap kat orang lain yang dia adalah mangsa keadaan.

11. Ugut ➡️ Guna ancaman seperti nak minta cerai, buat report polis atau nak bunuh diri bagi tujuan mengawal pasangan. 

12. Mengawal Kewangan ➡️ Kawal duit pasangan, guna duit pasangan sesuka hati tanpa kawalan. Kalau pasangan tengah susah, abuser tu takkan peduli kat pasangan tu. Silap hari bulan, makan minum pun dia suruh cari sendiri.

13. Mengasingkan Dari Orang Sekeliling ➡️ Halang pasangan untuk jumpa kawan atau keluarga sampai pasangan rasa terasing.

14. Suka Membandingkan ➡️ Selalu bandingkan pasangan dengan orang lain, contoh : “Engkau tengok la laki dia lagi bagus dari kau”, ataupun; “Tengok Syed Syaddiq layan Bella baik-baik. Bukan macam awak!” 😂

15. Merendahkan Pencapaian Pasangan ➡️ Setiap kejayaan dipandang kecil dan tidak dihargai.

16. Gunakan Anak Sebagai Alat ➡️ Libatkan anak untuk manipulasi atau kawal pasangan, terutama dalam situasi co-parenting. Contoh: Tak benarkan anak jumpa pasangan, atau hasut anak supaya benci kat pasangan.

17. Cemburu Posesif ➡️ Asyik tuduh atau syak wasangka dengan pasangan.

18. Double Standard ➡️ Kalau dia buat semua boleh, kalau pasangan buat semua tak boleh.

19. Mind Games ➡️ Main emosi pasangan seperti bagi mix signal atau cipta drama yang tak perlu.

20. Perli ➡️ Ejek kekuatan atau cara pasangan meluah perasaaan sebagai “tak cukup jantan”.

21. Tak Pernah Minta Maaf ➡️ Tak pernah rasa bersalah dan shift blame kepada pasangan. 

So bagaimana nak elak? Simple tapi bukan senang. Ignorance tahap tinggi. Lagi mangsa bagi emotional reaction dekat abuser ni, lagi mereka rasa “menang”. Sebab mereka tak cari solution, mereka cari reaksi untuk mengawal mangsa. Jadi stop bagi attention, justification dan explanation. Buat tak tahu je lebih selamat untuk diri sendiri. Bukan sebab kita kalah, tapi sebab kita pilih untuk keluar dari circle toxic tu. Dan kalau benda ni dah berlaku bertahun-tahun tanpa perubahan, jujur cakap, pilihan paling sihat adalah tinggalkan. In the end of the day, everyone deserves happiness.

No comments:

Post a Comment