July 28, 2026

Good Movie 🍿

Saya tak ingat bila last sekali saya tengok wayang di cinema… rasanya tahun 2022 kot. Tahun 2026 saya jejakkan kaki ke panggung wayang lagi 😀 Sebab saya nak tengok cerita The Odyssey. Kalau cerita sejarah, mitos semua tu memang kegemaran saya sebab topik ni akan jadi bahan bacaan saya sebelum tidur. Lepas tu saya akan cerita kat Nept apa maklumat yang saya ada, lepas tu nanti dia sambung lagi apa maklumat yang ada… then jadi la topik perbualan kami.

Jadi dah janji nak jalan-jalan di hujung minggu, mula-mula ingat nak pergi ke tempat lain tapi saya dah awal bagitau mesti tengok wayang The Odyssey ni. So kami decide pergi tengok wayang la. Cerita dia pada awal tu agak slow sediki sebab banyak dialog. Lepas tu baru disusuli dengan aksi. For me, saya suka cerita ni sebab saya berminat dengan topik Yunani kuno. Dan saya main game Assassin's Creed Odyssey… jadi saya ada gambaran sedikit pasal tempat yang disebutkan dalam filem ni.

Cerita ni best, dan saya recommend untuk tengok. 

Our ticket. Siapa suka tengok wayang di barisan hadapan (tapi tak la depan sangat)? Me!


No comments:

Post a Comment