September 19, 2026

Natucair Fabric Spray (Mite Repellent) 🌸

Yang ni adalah my new favorite fabric spray, Natucair Fabric spray. Kenapa saya pilih brand ni? Sebab ada mite repellent.

Mula-mula saya guna brand lain which is okay juga la. Tapi saya perasan kadang-kadang bila duduk kat sofa ruang tamu, badan jadi gatal. Disebabkan my skin begitu sensitif, jadi saya akan cepat detect dengan sebarang perubahan. I think because of my cats juga la sebab mereka ni suka duduk atas sofa. Lepas tu saya beli anti allergy spray tapi tak sesuai. Effect spray tu buat hidung saya tersumbat. Dah la spray tu saya beli mahal. LOL.

Until that time saya pergi ke DIY and decided to try this brand because ada tulis “mite repellent”. Harga pun affordable. Jadi saya pun spray la kat rumah. Bau wangi a little bit sweet dan lebih kuat berbanding the other brand. Dan yang paling best, my skin dah tak rasa gatal lagi selepas duduk kat atas sofa. Jadi ni la jenama pilihan saya pada ketika ini. 



My second bottle. 


No comments:

Post a Comment