November 04, 2026

Pergi Memancing Lagi🐟

Memandangkan aktiviti memancing kini dah semakin menjadi hobi yang serius, jadi kitaorang tunaikan janji nak memancing pada waktu malam dan stay hingga esok pagi. Since dah ada geng kaki pancing ni, bolehlah mulakan balik aktiviti memancing. Snek makanan ringan, minuman tu jangan lupa bawa. Tak ada snek, tak best memancing. 

Kali ni saya memancing tempat uncle KFJ juga. Start jam 10.00 malam sampai 3.30 pagi. Ramai juga orang lain pergi memancing. Ada yang sewa homestay juga. Kali ni nasib baik tak hujan. Langit clear, bulan terang, cuaca cantik. Dapat tengok air pasang, ikan melompat-lompat. Tapi ikan kat sini pandai. Mereka gigit umpan tapi tak kena mata kail. 

Suasana memancing di KFJ, Karambunai.

Pondok penuh. Ramai turun memancing kali ni. Ada yang siap bawa khemah.

Night mode. Boleh nampak view dengan jelas.

Hello Orion's Belt and Orion Nebula. Cantik giler langit malam ni.

Pancing ketam tapi lepaskan semula.

Anak ikan pun sangkut. Yang ni pun dilepaskan semula sebab kecik sangat 😂 Semoga membesar dengan baik. Okay next trip nak memancing tempat lain pula.


No comments:

Post a Comment