Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai, gunung Kinabalu dan makanan laut yang segar, tapi juga terkenal dengan bunga Rafflesia. Ramai pelancong luar negara datang ke Sabah untuk tengok bunga terbesar di dunia ni.
Kalau nak tengok bunga rafflesia dari jarak yang dekat sambil menikmati suasana hutan rimba, tempatnya ialah di Rafflesia Information Centre, Tambunan. Kalau nak day trip sahaja to Tambunan pun tak ada masalah sebab jarak dari Kota Kinabalu ke Tambunan tak la jauh sangat (lebih kurang dua jam perjalanan).
Yuran masuk ke Rafflesia Information Centre ialah RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak) dan untuk foreigner RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak). Oleh kerana kawasan ini ialah kawasan hutan, jadi guide diperlukan. Yuran guide ialah RM50/5 pax (warganegara) dan RM100/5 pax (foreigner). Sila pakai pakaian dan kasut yang sesuai sebab perjalanan untuk tengok bunga Rafflesia ni perlu hiking/trekking di dalam hutan.
Sebarang pertanyaan lanjutboleh menghubungi pihak Sabah Forestry Department di talian 011-33912760, 011-26883441, 016-8346396, 011-31445985, 014-8694419, 019-8428110 atau follow Facebook Sabah Forestry Department. Pusat ini juga mempunyai galeri berkaitan bunga rafflesia.
Ini tiket masuk kami ke Rafflesia Information Centre. Time ni kami walk-in saja dengan harapan ada rafflesia blooming waktu tu. Lucky us 🍀 Lepas beli tiket di kaunter, kita kena keluar dari gate Information Centre tu untuk menuju ke trail. Tak jauh. Dalam dua tiga minit dah sampai dengan berkereta. The best time ialah waktu siang atau tengah hari sebab kalau petang cuaca kadang-kala hujan.
Waktu ni ada bunga rafflesia blooming tak jauh dari starting point. Jadi tak amik masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Sambil trekking, boleh la tanya apa-apa soalan berkaitan dengan guide kita. Mereka berpengalaman dan profesional.
Ini adalah bunga rafflesia. Yang ni dah kembang hari ke-3. Perlu kita tahu bahawa rafflesia mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan blooming hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Boleh amik gambar banyak-banyak sebab tak selalu dapat tengok rafflesia 🤓
Wonderful experience. Guide kami juga mesra dan profesional. Sebelum ni saya pernah pergi tengok rafflesia di Poring, Sabah. Okay juga tapi kat sana kita tak boleh tengok dari jarak dekat sebab berpagar. Kepada yang nak dapatkan full experience, boleh datang ke Tambunan.