Saturday, January 25, 2025

Gathering Makan-makan 2025

Siapa suka makan dim sum? 🙋‍♀️

Bagi saya tempat best makan dim sum dengan tenang ialah di Dynasty Chinese Restaurant, Promenade Kota Kinabalu. Tak crowded dan senang cari parking. Me and my two friends suka buat kami punya annual event di sini. Exchange gift + makan-makan. Start dari tahun 2019, (kecuali tahun 2020 semasa COVID) sampailah tahun 2025 gathering kat sini jugak. Yay! Tahun depan InShaaAllah jumpa lagi.

Antara wajib order mestilah stir-fried white radish cake. Wangi dan sedap 😋.


Semua sedap.

Antara hadiah yang diterima tahun ni. Simpan sini buat kenangan. Pewangi rumah tu sumpah wangi.

Hadiah dari saya ♥️
-
-
-
-
Lepas kami makan-makan, sempat lagi berjalan-jalan di Suria Sabah untuk mencari snek sambil cuci mata.

And then kami temui onigiri yang sedap ni. Vegetarian onigiri ada sayur kale di dalam tu. Sedap. Freshly made by Baby Vege.

Makanan yang menggembirakan perut kami.

Sugar rush.

Lastly take away my favorite dinner. Subway.

Friday, January 24, 2025

Sabun Cosmoderm Body Wash

Since kulit saya super sensitif, saya sangat berhati-hati ketika memilih produk penjagaan kulit. Untuk sabun mandi, sebelum ni saya menggunakan T3 sebab sesuai untuk kulit saya dan berjaya merawat acne di belakang badan. Sejak saya guna sabun tu, kulit saya bebas acne. Tapi memandangkan harganya agak pricy juga (RM30 for 550ML), saya terpaksa mencari opsyen lain. I love you T3 by the way.

Cosmoderm body wash. Saya mula-mula jumpa produk ni di Watsons. Ada dua color, orange dan hijau. Masa tu Guardian tak ada jual lagi. Then saya decide beli yang warna hijau sebab ada tulis “tea tree oil”. Sama macam sabun T3. Harga RM12. Affordable.

So far, saya berpuas hati dengan Cosmoderm body wash ni. Then saya try lagi yang warna orange, with Vitamin E. Yang ni pun best juga. Lepas beberapa botol saya dah guna, tiba-tiba muncul satu jenis lagi warna biru, with niacinamide. Ni pun best. Memang berbaloi sebab sabun ni sesuai untuk saya, harga murah, produk berkesan untuk kulit dan made in Malaysia. 

Sebenarnya ketiga-tiga jenis tu ada kesan yang berbeza. Ni kalau ikut pengalaman saya la. Yang warna hijau tu untuk oily skin. Bila kita guna sabun tu, kulit rasa licin skit. Tapi acne belakang badan totally hilang. Yang warna orange pula, untuk dry skin. Yang ni kalau kulit kita ada luka, boleh cepat sembuh sebab sabun ni ada vitamin E. Yang warna biru untuk dull skin. Yang ni pula lepas kita guna sabun tu, kita akan rasa kulit lebih halus. Wangian ketiga-tiga jenis ni juga berbeza. My favorite adalah warna biru.

Loceng Berbunyi Lagi 🛎️

Staf di office dah ada rasa trauma dengan bunyi loceng sejak insiden loceng pandai berbunyi sendiri tu. Dan peristiwa berulang kembali.

Aktiviti paranormal di office saya kerja agak agresif sebab dah ramai orang kena kacau. Baru-baru ni berlaku lagi kisah yang sama. Ceritanya gini. Masa tu hanya saya dan sorang staf saya di office. Dalam jam 6 macam tu, kami dah nak balik. Tapi sebelum tu saya nak ke restroom dulu. Then masa saya masuk balik dalam office, tiba-tiba saya nampak muka my staf panik. Dia tanya, tadi masa saya keluar, ada orang tak di luar? Saya kata tak ada. Sunyi saja. Lepas tu dia bagitau yang loceng kaunter berbunyi. Bila dia pusing, tak ada sesiapa kat kaunter. Lagipun masa tu dah jam 6 petang. Siapa lagi yang nak pergi kaunter. Office pun dah tutup. Jadi bagus kami kemas barang dan balik.

Esoknya my staf amik cuti sebab dia boleh move on kejadian semalam. 

Monday, January 20, 2025

Loceng Berbunyi 🛎️

Seumur hidup saya dah banyak kali mengalami pengalaman mistik. Ada yang tak berapa seram, middle seram dan ada yang super seram. Baru-baru ni saya alami masa di office. Kalau siang hari, office tempat saya bertugas tu tak ada rasa apa. Tapi kalau dah petang nak dekat senja tu kadang pandai seram sikit.

Saya selalu balik lambat dan selalunya saya la antara orang terakhir yang akan tinggalkan office. Kisahnya, waktu kejadian tu berlaku sekitar pukul 7 malam. Masa tu dah nak balik rumah. Tapi sebelum tu saya isi air kat pantri dulu. Masa tengah isi air Cuckoo (slow gila air keluar) dalam botol, tiba-tiba loceng di kaunter berbunyi dua kali. Ting! ting!. Saya pun pelik la sebab siapa pula waktu begini datang ke office. Takkan student. Kelas sampai pukul 6 petang saja.

Saya buat-buat tak kisah sebab masa tu bukan waktu pejabat. Lepas tu loceng berbunyi lagi ting! ting! ting!. Saya masih buat tak tau. Lepas tu loceng berbunyi lagi ting! Ini tak boleh jadi ni. Saya terus cepat-cepat pergi kaunter. Jarak dari pantri ke kaunter tak jauh. Dalam 5-6 langlah saja. Bila saya berdiri depan kaunter, tak ada orang. Saya terpinga-pinga sebentar. Lepas tu saya kemas barang, tutup lampu dan kunci pintu pejabat. 

Masa saya turun ke bawah (guna tangga), lobi depan tu sunyi tak ada orang. Student pun tiada. Di parking kereta pun sunyi dan gelap. Ada dua tiga buah kereta sahaja yang parking masa tu. Saya berdiri kat tepi kereta saya dan dongak tengok area office. Tak ada langsung orang melintas-lintas di kawasan tu. Masa tu tengah full moon 100%. Masa dalam kereta, saya berfikir. Tadi masa dengar bunyi loceng tu, tak ada dengar bunyi suara. Biasanya kalau student, tentulah dia akan bawa kawan dia juga sekali. Dan kalau dia rasa tak ada orang kat kaunter, tentu dia akan bersuara “heloo… ada orang tak?”. DAN… tentulah ada bunyi tapak kasut atau bunyi orang berjalan. Masalahnya masa kejadian tu, saya hanya dengan bunyi loceng sahaja.

Misteri nusantara sangat.

Saturday, January 11, 2025

The End of My Toner 😢

Kulit muka saya sensitif dan tak boleh guna sembarangan skincare. Salah guna saja confirm akan naik jerawat, kulit mengelupas atau nampak kusam. Skincare saya memang minimal. Pencuci muka, krim, sunscreen, lotion, toner dan serum (tu pun tak selalu guna).

My favorite toner dah habis akhirnya dan saya malas nak order since Watsons dah tak jual produk Mamonde lagi. This toner sesuai dengan muka saya, plus the smell of rose water begitu menyenangkan. Tak ingat dah ini botol ke berapa saya guna, so far tak ada masalah dengan kulit. Made in Korea, affordable price for me. Satu botol ni dalam range RM60 - RM80 sahaja dan boleh guna lama.

I love you Mamonde. Penyelamat untuk kulit muka sensitif macam saya. 

Since saya dah tak guna Mamonde (buat masa ni sebab malas nak order), saya guna jenama alternatif iaitu Simple. Made in UK, khas untuk kulit sensitif. Toner yang ni tak ada bau. Harga berpatutan RM19+ sahaja. Simple ialah cruelty free dan support PeTA. Yes! I support PeTA too.  

Product Simple ni so far okay untuk saya.

Monday, January 6, 2025

Tengok Bunga Rafflesia di Tambunan, Sabah

Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai, gunung Kinabalu dan makanan laut yang segar, tapi juga terkenal dengan bunga Rafflesia. Ramai pelancong luar negara datang ke Sabah untuk tengok bunga terbesar di dunia ni. 

Kalau nak tengok bunga rafflesia dari jarak yang dekat sambil menikmati suasana hutan rimba, tempatnya ialah di Rafflesia Information Centre, Tambunan. Kalau nak day trip sahaja to Tambunan pun tak ada masalah sebab jarak dari Kota Kinabalu ke Tambunan tak la jauh sangat (lebih kurang dua jam perjalanan).

Yuran masuk ke Rafflesia Information Centre ialah RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak) dan untuk foreigner RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak). Oleh kerana kawasan ini ialah kawasan hutan, jadi guide diperlukan. Yuran guide ialah RM50/5 pax (warganegara) dan RM100/5 pax (foreigner). Sila pakai pakaian dan kasut yang sesuai sebab perjalanan untuk tengok bunga Rafflesia ni perlu hiking/trekking di dalam hutan.

Sebarang pertanyaan lanjutboleh menghubungi pihak Sabah Forestry Department di talian 011-33912760, 011-26883441, 016-8346396, 011-31445985, 014-8694419, 019-8428110 atau follow Facebook Sabah Forestry Department. Pusat ini juga mempunyai galeri berkaitan bunga rafflesia.


Ini tiket masuk kami ke Rafflesia Information Centre. Time ni kami walk-in saja dengan harapan ada rafflesia blooming waktu tu. Lucky us 🍀 Lepas beli tiket di kaunter, kita kena keluar dari gate Information Centre tu untuk menuju ke trail. Tak jauh. Dalam dua tiga minit dah sampai dengan berkereta. The best time ialah waktu siang atau tengah hari sebab kalau petang cuaca kadang-kala hujan.




Waktu ni ada bunga rafflesia blooming tak jauh dari starting point. Jadi tak amik masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Sambil trekking, boleh la tanya apa-apa soalan berkaitan dengan guide kita. Mereka berpengalaman dan profesional.


Ini adalah bunga rafflesia. Yang ni dah kembang hari ke-3. Perlu kita tahu bahawa rafflesia mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan blooming hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Boleh amik gambar banyak-banyak sebab tak selalu dapat tengok rafflesia 🤓

Wonderful experience. Guide kami juga mesra dan profesional. Sebelum ni saya pernah pergi tengok rafflesia di Poring, Sabah. Okay juga tapi kat sana kita tak boleh tengok dari jarak dekat sebab berpagar. Kepada yang nak dapatkan full experience, boleh datang ke Tambunan. 

Saturday, January 4, 2025

Moon Through My Telescope

Lama tak stargazing sejak berpindah rumah. Masuk tahun 2025 pandai start balik hobi lama. Semalam terjadinya Moon-Venus conjunction dan ramai rakan-rakan di group stargazer share gambar masing-masing dalam Facebook. Saya tak sempat ambil gambar sebab awan berkepul-kepul waktu tu.

The conjunction of Moon and Venus yang saya ambil pada hari sebelumnya. Masa ni baru nak balik dari office. Yang garisan putih di atas tu adalah contrails.

Bulan berfasa waxing crescent (24%). Bukan gambar terbaik tapi boleh jadi kenangan gambar bulan pertama through telescope yang diambil pada tahun 2025. Equipment 🔭 Sky Watcher Startravel 102 with 10mm eyepiece. Shot guna iPhone 14 Pro Max.

Catch out juga Quadrantids meteor shower yang berlaku pada 28 Disember 2024 sehingga 12 Januari 2025. Peak time pada 3 - 4 Januari 2025 (up to 80 meteor per hour. Masa terbaik untuk tengok bermula jam 4.30 pagi berdekatan buruj Bootes di hemisfera Utara.

Lepak di Lucky Bean, Kingfisher

Antara tempat best untuk lepak sambil makan dessert di kawasan Kingfisher Plaza, Kota Kinabalu ialah di Lucky Bean sebab restoran ni kondusif, ada aesthetic food and chill vibes. Kalau saya suka order eggette (egg waffle) kat sini mesti teringat memori masa travel kat Hong Kong. (Eggette sangat popolar di HK by the way).

Saya dah cuba beberapa menu lain such as classic milky tea, jasmine green tea, honey mustard wings, spaghetti etc. Mana-mana makanan yang sempat saya ambil gambar tu saya display di sini.

Yang ni Signature Soya Bean Curd. Okay sedap.

Cheesy Eggette. Okay juga but I prefer Original Eggette

Honey Mustard Pickles Hot Dog. This one good.

Korean Spicy Garlic Chicken Rice. Sedap tapi bau garlic quiet strong lepas makan. I prefer Honey Mustard Chicken Rice.

Jasmine Green Tea. Kalau dine-in, biasanya akan dihidangkan dalam gelas begini tapi kalau rasa tak boleh habis minum, sila request dalam gelas plastik macam gambar di bawah.
-
-
-
-
Like this la. Complimentary sky juice boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan.

My review, saya suka menu yang bermacam-macam di Lucky Bean. Selesa kalau nak chilling di sini. Portion okay bikin kenyang juga.. A bit pricy but still okay for me. Open everyday from 9AM - 11PM. Kalau tengah hari (weekdays) ada susah sikit mau cari parking dekat area KingFisher sebab orang keluar lunch. Tapi kalau pergi waktu evening, okay no problem.

Makan Aiskrim Ai-CHA

Siapa dah try Ai-CHA? Produk Indonesia kini dah ada di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau nak try, wajib makan aiskrim Ai-CHA. Saya dah try sea salt dan matcha. Dua-dua pun sedap. Dan murah. Hanya RM1.99 sahaja. Yang bestnya rasa aiskrim tak manis sangat. Dan portion yang generous. Penuh sampai ke dasar kon. Kon aiskrim tu pun sedap.

Yang ni perisa matcha. Rasa manis + pahit green tea tapi seriously sedap. Saya suka.

Yang ni matcha + vanilla. Boleh mix kalau tak nak satu perisa. Tapi harga tetap sama. Masa ni dapat free satu aiskrim semasa grand opening outlet baharu dengan setiap pembelian air minuman. Kalau original matcha dengan yang mix ni, saya prefer mix.


Yang ni perisa sea salt. My favorite so far sebab rasa unik dan color dia biru.


Kalau tak nak makan aiskrim matcha atau sea salt, boleh ja order aiskrim vanilla. Selain itu, minuman Ai-CHA pun sedap. Saya dah try jasmine green tea (no sugar).


Kepada yang belum try, sila la ke Ai-CHA. 

Friday, January 3, 2025

2025. New Blog

Hai. Akhirnya pada awal tahun 2025 ni terbuat juga blog baru 😊 Fresh new start. Blog lama saya dah arkibkan.


Gambar New Year 2025. Bon voyage ✈️

Hopefully ada kerajinan untuk sentiasa update my humble blog. By the way, gambar di bawah tu adalah views untuk blog lama saya. Since 2010 dah start aktif blog and post terakhir pada Mei 2022. Lepas tu dah tak update langsung. Sebenarnya kan, sebelum blog tahun 2010 tu, saya ada blog lain. Wujud masa zaman belajar dulu… tahun 2007 - 2008 macam tu la. Lepas tu barulah wujud blog tahun 2010 tu. 


Blog lama dah 1.5 juta views 😭 Thank you everyone.

Kenapa kembali blogging? Sebab minat. Tulis cerita yang saya nak tulis.  Boleh hilangkan stress, share pengalaman, buat honest review. Genre blog kali ni? Of course mix and match. Bahasa rojak? Yeap. Is blogging dead? Of course not. Di luar sana masih banyak blogs yang relevant.