March 27, 2026

Creamy Corn Frappé from Zus 🌽

Okay baru try yang ni dan saya suka. Creamy Corn FrappΓ©. πŸ˜‹ Mine is less sweet and no whip cream. 

Memandangkan saya jarang pergi Zus, jadi baru tau Zus ada keluarkan menu ni. Dan actually dari tahun lepas lagi mereka dah ada this menu. Thank you Zus sebab yang ni memang sedap. Kepada yang suka rasa jagung, you should try this and gonna like it. Saya bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

So creamy, rasa jagung tak over. Terus teringat aiskrim jagung πŸ˜‹

Minum-minum at Zus sebab cuaca panas kat luar shopping mall.

Tanam Taugeh Dalam Botol 🌱

Cara paling senang tanam taugeh dan boleh tuai hasil dalam masa empat hari ialah tanam taugeh dalam botol. Terima kasih rasa.my sebab inspirasi saya untuk cuba cara ni pun saya dapat dari sini: https://www.rasa.my/tanam-tauge-dalam-botol-lepas-3-hingga-4-hari-boleh-tuai-hasil/

Selain itu, sayur taugeh mempunyai banyak kelebihan seperti menyokong sistem pencernaan, mengandungi antioksidan yang tinggi, menyokong kesihatan jantung, meningkatkan fungsi sistem imun, mengandungi nutrisi penting serta baik untuk kesihatan mata. 

Saya kongsi cara paling senang tanam taugeh dan cepat dapat hasil. Bahan-bahan yang diperlukan: Kacang hijau, mangkuk dan botol mineral kosong.

1. Rendam kacang hijau.
Saya rendam selama empat jam sahaja. 



2. Masukkan kacang hijau ke dalam botol. 
Setelah empat jam, tapis kacang hijau dan masukkan ke dalam botol mineral kosong. Saya guna botol 1.5 liter. Buat lubang pada botol supaya senang nak sembur air dan bagi kacang hijau bernafas. Lepas tu simpan kacang hijau di tempat gelap. Saya letak dalam kabinet.



3. Sembur air supaya kekal lembap.
Saya sembur dua atau tiga kali sehari. Gambar ni adalah hari kedua kacang hijau. Dah tumbuh akar taugeh.



4. Tuai hasil
Hari keempat dah jadi taugeh. Saya himpunkan taugeh ke satu besen, buang kulit hijau dan packing masuk ke dalam self-seal bag. Lepas tu boleh la simpan dalam refrigerator kalau tak nak masak dulu. 


-
-
-
-
-
Taugeh yang telah dimasak.

March 26, 2026

Checklist Harian Cegah Strok Haba ♨️

MetMalaysia dah keluarkan amaran status cuaca panas di Malaysia. Jaga kesihatan masing-masing dan elakkan berada lama di bawah cahaya matahari. Malaysia dijangka akan mengalami cuaca panas melampau sehingga Jun 2026. 

Saya share checklist harian cegah strok haba. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 



Flashback to My Kyoto Day Trip πŸ‡―πŸ‡΅

Sebelum tu, saya ada juga post berkenaan trip sehari ke Hyogo. Kalau nak tau lebih lanjut tentang trip tersebut, boleh klik pautan A Little Adventure in Hyogo.

Perjalanan saya ke Kyoto ialah menerusi Osaka Station dan saya menggunakan JR Kyoto Line. Harga rapid non-reserved seat ialah ¥560/one way. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Kalau nak yang lebih cepat boleh menggunakan Shinkansen train tapi harga tiket lebih mahal la. Lebih kurang ¥1420 dan kalau ada JR Pass, harga boleh dapat lagi murah. Seperti biasa, Osaka Station ni bertingkat-tingkat dan boleh confuse nak pergi ke arah mana. Apa-apapun boleh refer signboard atau tanya dengan staf metro station yang bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah. 

One thing yang saya respect dengan Japanese, mereka jujur dan tindakan mereka cepat. Masa saya di metro station ni, saya ternampak one lady ni quite rushing dan suddenly tercicir dompet tapi dia tak sedar barang dia tercicir. Then orang kat belakang dia nampak, terus pungut dompet tu dan kejar that lady. That time metro station sangat crowded and everybody tengah kejar masa.

Akhirnya saya naik train ke Kyoto.

Setibanya di Kyoto, saya menuju ke destinasi pertama iaitu Fushimi Inari-Taisha. Cara nak pergi sini senang sahaja. Cara paling cepat naik train dari Kyoto Station ke Fushimi-Inari Station (11 minit perjalanan). Shrine ini merupakan tempat suci bagi penganut agama Shinto. Shrine ini dibina di kaki Gunung Inari yang berketinggian 233 meter above sea level. Terdapat beberapa trails untuk naik ke atas gunung dan boleh la jadi aktiviti kepada kaki hiking. Hiking mengambil masa kira-kira dua hingga ke tiga jam untuk naik ke atas.



Map menunjukkan trails menuju ke Gunung Inari.

Bersemangat nak pergi hiking sambil melalui torii (traditional Japanese gate) ini. Tapi masa ni cuaca dah agak mendung dan hopefully boleh meneruskan sesi hiking.

Neko 🐈
-
-
-
-
-
Setelah beberapa ketika hiking...

Semakin jauh perjalanan, semakin sunyi sebab tak ramai orang. Masa ni saya masih meneruskan aktiviti hiking, tapi dah start hujan renyai. Eventually saya tak dapat meneruskan hiking sebab jauh lagi perjalanan ke atas. Cuaca dah start berkabus dan suhu drop ke.... I think 10°C - 11°C.


Disebabkan aktiviti hiking tak dapat diteruskan, saya singgah ke gerai-gerai di sekitar Fushimi Inari-Taisha. Ada pelbagai jenis jualan seperti makanan, buah-buahan dan souvenirs. 

Saya try king crab. Harga ¥500/stick (Anggaran RM13).

-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari Fushimi Inari-Taisha, saya meneruskan perjalanan ke Arashiyama. Masa tengah tunggu train sampai, saya berjalan-jalan di sekitar stesen dan nampak this booth lama. Ini adalah booth yang dibina pada tahun 1878 semasa pembinaan bekas Laluan Utama Tokaido di Kyoto. Laluan tersebut merupakan laluan keretapi bersejarah yang menghubungkan Tokyo dan Kyoto. Laluan ini akhirnya berkembang menjadi sebahagian daripada Tokaido Shinkansen yang mula beroperasi pada tahun 1964. 


Brief history of the former Tokaido Main Line.

Sambil menunggu train, isi perut dengan jagung dalam tin.

Label biru untuk sejuk, dan label merah untuk panas (soup, hot coffee and tea). 
-
-
-
-
-
Destinasi kedua saya ialah Arashiyama Bamboo Forest yang terkenal dengan hutan bamboo yang rimbun dan cantik. Perjalanan menaiki train mengambil masa 30 minit. Dari stesen Saga-Arashiyama, saya kena berjalan kaki lagi untuk sampai ke bamboo forest. Jalan kaki mengambil masa 11 minit. 


Sepanjang perjalanan ni ada mini market, kedai souvenir, kedai snek dan buah-buahan.


Sepanjang perjalanan tu saya juga singgah ke kuil Shinto berdekatan.

Manhole ada corak.

Sakura no hana dan start berbunga. Wangi.
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai di Arashiyama Bamboo Forest.


One of the top must-visit places in Kyoto, Arashiyama Bamboo Forest. Terletak di kaki gunung Arashiyama. 


Sebenarnya di Arashiyama ni ada banyak spots yang menarik untuk dilawati sebab tempat ni sangat luas. Saya singgah ke tepi Sungai Katsura untuk melihat pemandangan di sini. 




Beautiful scenery. Masa ni adalah penghujung musim sejuk dan banyak daun tak berapa nak tumbuh lagi. Tapi kalau nak view paling cantik ialah during autumn season (October) sebab daun akan bertukar jadi warna merah. 

Lepas tu saya berjalan-jalan di kawasan Jambatan Tugetsukyo dan berkunjung ke kedai-kedai berhampiran untuk membeli sedikit souvenirs. Then terasa nak makan, jadi saya JJCM dulu la. 

Restoran ini menghidangkan makanan Muslim friendly. Saya pilih set tempura dengan nasi, sup miso, tauhu sejuk dan udon.

Harga ¥1620 (anggaran RM40). But during this time kadar mata wang Ringgit agak rendah sedikit, jadi masa tu anggaran dalam RM60/set. Saya order dari mesin layan diri saja. Tapi disebabkan crew restoran tu nampak saya confuse macam mana nak pilih, lastly dia yang tolong orderkan untuk saya. Haha.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya ke Kimono Forest yang terletak di kawasan Randen Arashiyama Train Station. Tempat ini merupakan spot popular untuk mengambil gambar dan OOTD bersama kimono yang disewa.

-
-
-
-
-
Hari pun dah petang dan agak sejuk, jadi saya kembali ke Kyoto Station. Kalau ikutkan tentatif, sepatutnya saya ke Geisha Street dan Yokai Monster Street. Memandangkan cuaca tak berapa okay, saya decide untuk kembali ke Osaka.

131 meters tall of Kyoto Tower.



Before balik ke Osaka, enjoy tengok Kyoto dari rooftop of Kyoto Station. This time sejuk gilass dan saya rasa jaket saya tak dapat menampung kesejukan tersebut.

Colorful cylindrical structures di atas Stesen Kyoto.

Gambar dari dalam.
-
-
-
-
-
Finally saya kembali ke Osaka. Till we meet again Kyoto.


Untuk melegakan kesejukan, saya makan clam soup yang saya beli di convenience store berdekatan hotel. Taste good.

And this limited edition of Coca Cola Peach yang hanya dikeluarkan semasa nak dekat musim bunga.