Ini adalah kali pertama saya ke Macau dan yang ni adalah trip tidak terancang. Tiba-tiba rasa nak pergi. This time pergi ke Macau just untuk trip pulang balik (tak bermalam). One day sebelum ke Macau dah start study tempat menarik di Macau, what to expect, weather, transportation, halal food etc.
Dengan hanya berbekalkan info daripada media sosial tentang Macau, dan langsung tak ada preparation dari segi tukaran duit Pataca (Macau currency) serta buat sewaan router internet Macau… saya bersedia untuk pergi walau apa pun terjadi. Haha. Actually info daripada media sosial sangat membantu. Thumbs up 👍
Ada dua cara nak ke Macau from Hong Kong. Nak jimat dari segi tambang tapi banyak prosedur, boleh guna bas yang akan melalui Zhuhai-Macau bridge yang panjangnya 55KM. Kalau nak lebih cepat, tak banyak prosedur tapi harga tambang ada mahal skit, boleh naik ferry dan hanyak mengambil masa 1 jam perjalanan. Jadi saya ambil option 2 iaitu menaiki bot.
Okay saya mulakan perjalanan saya dari Tsim Sha Tsui, Hong Kong ke terminal feri HK-Macau yang terletak di Sheung Wan. Saya beli tiket melalui Klook, jadi tak payah berbaris nak beli tiket lagi. Just scan the QR code sebelum masuk ke terminal. Make sure datang awal sebelum feri berlepas.
Klook app sangat membantu sebab boleh beli tiket advance dan biasanya dapat diskaun dan lebih murah berbanding tiket walk-in. Ada dua jenis boat available iaitu Cotai Turbo Jet atau TurboJET. Kedua-dua bot ni arrive at different Macau ferry terminal iaitu Macau Outer Harbour atau Macau Taipa. Jadi kena pilih mana satu yang anda rasa sesuai dengan perjalanan anda. Memandangkan saya just nak santai, jadi saya ambil Cotai Turbo Jet yang akan arrive di Macau Taipa. Why Cotai Turbo Jet? Sebab kalau di Klook, tiket lebih murah berbanding TurboJET.

Mula-mula masa kat luar terminal tu ada confuse skit sebab bangunan tu ala-ala shopping mall. Kena naik eskelator lagi untuk sampai ke kaunter tiket. Memandangkan saya dah beli tiket awal, tak perlu lagi nak claim tiket di kaunter dan straight up to pintu terminal dengan scan QR code dari virtual ticket. Walaupun saya dah beli boat yang bertolak lebih lewat sedikit, staf akan bagi kita masuk ke boat yang lebih awal sekiranya ada kosong. Masa check-in tu quite smooth dan staf terminal buat kerja pun laju. Seat boat tak dapat nak pilih, jadi okay saja la dapat seat tengah.
Perjalanan ke Macau mengambil masa lebih kurang sejam. Dalam boat tak rasa mabuk dan tak ada rasa laut tu bergelora. Memandangkan WiFi saya just sewa untuk kawasan HK, lama-lama signal tu out bila dah nak sampai Macau. But don’t worry, terminal feri Macau ada public WiFi. ✌️
Arrived di Macau dengan selamat. Make sure bawa makanan ringan banyak-banyak dalm bag sebab tak banyak makanan halal di Macau. HK Dollar accepted di sini, so tak payah risau nak tukar ke matawang Pataca. Paling senang pakai kad kredit saja la.
Nak ceta sikit masa saya sampai di terminal feri Macau. Tiba-tiba ada polis tunggu kat depan gate sebelun imegresen tu. Mula-mula tu dah cuak sebab bila polis tu tunjuk ID dan suruh saya ikut dia, saya dah fikir bukan-bukan. Adakah polis ni polis betul, atau apakah salah saya, atau sebab saya pakai tudung ke??Hahaha. So saya kena bawa ke tempat lain yang kiranya macam office dorang la. Lepas tu saya kena interview skit, buat apa kat Macau, bermalam ke tak, ni first time ke atau dah pernah pergi sebelum ni. So bila mereka dah puas hati, saya diberi one day visa. Tak perlu lalu di kaunter imegresen. Saya rasa proses tu mengambil masa juga lebih kurang 15 - 20 minutes. Not just me, ada lagi orang lain pun kena macam saya. Tak silap macam couple from The Philippine. So I guess ada certain passport holder yang kena lalu kat sana kot.

Sampai sahaja di luar terminal, ada ulat-ulat kereta sapu tengah menunggu dan offer nak bawa round Macau dengan harga berpatutan (konon). Saya memang tak layan sebab kalau kat China memang ada kaki pau dan kereta sapu. So beware. Better naik hotel free shuttle bus yang akan berhenti di hotel casino sekitar Macau atau checkpoint yang telah dikhaskan. So destinasi pertama saya ialah Parisian. Free shuttle bus sediakan free public WiFi (tapi kadang-kadang tak ada line), jadi tak risau sangat tentang akses WiFi di Macau. Ada juga kawasan yang memang ada line WiFi, jadi bagi saya okaylah.
After shuttle bus stop di basement The Parisian (hotel casino), saya blur sekejap mana nak pergi lepas tu. Dan kat mana replica Eiffel Tower, Venetian etc semua tu? Rupanya kalau nak pergi tengok replica tu kena masuk ke pintu hotel. Dalam hotel tu sangat besar sebab ada shopping mall dan restaurant. Jadi memang tak dapat nak round habis la kalau just a day trip.
Memandangkan saya nak ke The Ruins of St. Paul’s, saya cari la bas yang nak menuju ke sana. Dengan berbekalkan bahasa Mandarin level cap ayam saya, saya tanya kat staf hotel yang kebetulan berdiri dekat bas yang saya turun tu, mana satu bas yang nak ke St. Paul’s Ruins tu. Dia kata ikut bas yang sebelah lagi. Jadi saya pun join je berbaris tunggu bas dengan pelancong yang menginap di hotel The Parisian.
Saya refer Google Maps untuk semua perjalanan di Macau. Bila bas berhenti di check point terhampir dengan St. Paul Ruins, saya pun turun la dari bas. Lepas tu jalan kaki sambil menikmati pemandangan lain. Kalau tak pasti, boleh tanya Google atau tanya kat orang yang lalu lalang (I prefer tanya Google. Haha). Bila nampak ramai pelancong berjalan ke suatu tempat, mesti mereka nak ke kawasan tourist hotspot, so boleh follow mereka as long as map tu menunjukkan di kawasan yang kita nak pergi.
Sebenarnya masa saya ni Macau ni kiranya sambil buat aktiviti urban trekking sebab jalan jauh dari satu tempat ke satu tempat, lepas tu ada kawasan yang naik turun bukit. Tapi puas hati sebab Macau cantik. Ala-ala macam kat Eropah.
-
-
-
-
-
Sambil berjalan sambil cari milky tea walau di mana anda berada. Saya berhenti cari minuman di Mixue. Paling senang bayar guna kad kredit saja la. Bagi saya minuman dan barang di Macau ni mahal skit banding HK, tak pasti mungkin sebab saya di kawasan pelancongan kot. Apa-apapun sila bawa bekal sedia sebab payah nak cari halal food di sini.
Akhirnya nampak bayangan St. Paul Ruins.
Okay puas hati bergambar di sini.
Yang ni belakang runtuhan St. Paul.
Tak jaih dari runtuhan tu ialah Monte Fort dan Muzium Macau. Jadi saya singgah ke sana dah alang-alang berada di Macau kan.
Boleh tahan juga besar Monte Fort. Sampai lenguh kaki pusing-pusing kat sana. Hahaha. By the way, kalau ke luar negara, pastikan bawa botol kosong atau travel bidet sebab tandas tak ada paip hos untuk cuci. 🤓
Lepas tu saya teruskan perjalanan nak ke Senado Square. Tapi sebelum tu cari minuman sejuk dulu.
Kedai MatchaMacau ni tersembunyi sikit tapi macam mana saya boleh tau wujudnya kedai ni? Sebab ada orang pegang signboard tunjuk kat mana kedai tu. Kedai ni cantik sebab warna hijau. 💚
Yang ni je harga dia RM28. 🙄 Rasa sedap macam milky tea macha yang selalu kat kedai boba tea tu. Tak apa la spend duit lebih skit. Bukan selalu pun ke Macau. Haha.
Jalan punya jalan, sampai di Senado Square. Bangunan di sini cantik. Tapi disebabkan masa ni matahari masih bersinar dengan jayanya, boleh tahan panas juga la. Cuaca masa ni sama macam kat Malaysia.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya balik ke check point asal tempat saya turun sebelum ke St. Paul Ruins tu sebab saya nak pergi Eiffel Tower ( The Parisian). Pemandangan lain tu saya tengok dari dalam bas sahaja la. Boleh kena aircond sekali.
Yang di belakang tu Zhuhai - Macau Bridge.
-
-
-
-
-
Arrived at The Parisian, tempat saya mula-mula turun bas tadi. Masuk sahaja di pintu hotel kat basement tu, lepas tu naik eskelator. Sambil nak ke Eiffel, sambil jalan-jalan di sekitar shopping mall di dalam hotel.
Kalau nak naik atas eiffel tower tu kena bayar tiket lagi. Kalau kiraan saya lebih kurang RM70 macam tu la. Tapi kalau nak amik gambar je dan tak naik atass, free admission. Dari The Parisian ni boleh nampak hotel casino The Londoner juga. Tapi saya tak pergi yang tu sebab hari pun dah petang + saya hanya ada a day visa sahaja + kena check bila last ferry from Macau.
Bagi saya Macau ni cantik, banyak tempat boleh dikunjungi. A day trip memang tak cukup sebab tak sempat nak cover semua tempat, lebih- lebih lagi naik free shuttle bus. Kena bermalam kat sini juga baru fefeling skit. Halal food susah nak dapat. Barangan pun kira mahal gak la. Kalau ada peluang ke Macau lagi, mungkin saya akan stay at least satu malam sebab nak tengok night life kat sini, explore other places and enjoy sightseeing more historical sites.