September 28, 2025

Perseus Double Cluster Through My Telescope πŸ”­

The Double Cluster (NGC869 [kiri] dan NGC884 [kanan] terletak di hemisfera Utara, berdekatan buruj Perseus dan boleh dilihat dengan mata kasar. Jarak kluster ini lebih kurang 7,500 tahun cahaya dan merupakan jenis open cluster. Ini adalah view Double Cluster menerusi teleskop saya. 

Equipment - Sky Watcher StarTravel 102 πŸ”­




September 27, 2025

Toasted Bread with Avocado Tuna Spread πŸ₯ͺ

Makanan yang mengenyangkan, sedap, simple dan berkhasiat. Roti bakar dengan avocado tuna. πŸ˜‹ Sekali rasa memang nak lagi.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 biji avocado (pilih yang dah masak)
  • 2 sudu makan Ayam Brand Deli Tuna Mayonnaise (ikut suka kalau nak letak lebih pun tak apa)
  • Roti (saya prefer wholemeal bread)

Cara buat:

  • Lenyek avocado dan mix dengan tuna mayonnaise.
  • Bakar roti menggunakan toaster.
  • Sapu avocado ke roti yang dah dibakar.

Taaadaa! Dah siap. Saya suka roti bakar yang nampak hangus sedikit. 

Ayam Brand Deli Tuna πŸ˜‹

Avocado with tuna




September 24, 2025

In Memory of the “Drinking Horse” Cliff Formation 🐎

Walaupun tebing pantai Tusan yang rupa bentuknya seperti kuda yang tengah minum air dah tak ada, tapi kenangan di tempat ini tak dapat dilupakan. Beautiful Tusan Bekenu beach, Miri, Sarawak.




September 21, 2025

I Love Misa En Scéne Perfect Serum 🌹

My favorite hair serum is Misa En ScΓ©ne rose perfume 🌹. Made in Korea. Hanya sapu sedikit sahaja dah boleh cover untuk keseluruhan rambut, even rambut panjang. Selepas menggunakan serum ni, rambut akan menjadi lembut, lebih mudah disikat dan nampak shining. Non greasy at all. Sesuai untuk semua jenis rambut. 

Yang paling best ialah serum ni wangi bunga ros. Jadi rambut akan auto jadi wangi selepas menggunakannya. Bau wangi serum ni jenis soft dan exclusive. Jadi tak menganggu aktiviti harian saya. 

Penggunaan serum amat penting untuk saya sebab jenis tak pakai conditioner after shampoo rambut. Conditioner membuatkan rambut saya gugur, dan naik alahan... hidung tiba-tiba jadi tersumbat. Dah try beberapa jenis produk tapi kesannya tetap sama. Jadi cara saya menjaga rambut ialah dengan menggunakan serum. 

Sebelum ni saya menggunakan LUCIDO-L hair vitamin oil serum (warna kuning - Made in Japan), which is also good but now I prefer Misa En ScΓ©ne perfect serum rose perfume sebab wangi bunga ros tu sangat best. Harga sebotol ialah RM40+ tapi tahan lama sebab hanya guna sedikit sahaja.






September 20, 2025

View of Partial Solar Eclipse Through My Telescope πŸ”­

Nak share gambar gerhana matahari separa, view dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. My equipment:  Sky-Watcher StarTravel 102 + barlow lens and Baader solar film.  Ambil gambar guna smartphone.

Not the latest solar eclipse event, actually. In fact, it’s from 2023. Tapi saya gembira kongsi gambar ni kerana fenomena gerhana tak selalunya terjadi. Walaupun masa ni tengah panas terik, tapi bersemangat tengok gerhana.

Selain gerhana, boleh nampak sunspot di kawasan tengah matahari. Suhu di kawasan sunspot lebih sejuk berbanding di kawasan lain.

September 16, 2025

Short Trip to Tenom, Sabah πŸ—Ί️

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom mengambil masa lebih kurang tiga jam. Saya tak ingat bila last sekali saya ke Tenom… Rasanya tahun 2016 atau 2017 πŸ€” itupun pergi ke Sabah Agricultural Park sahaja. This time saya stay a night, chill sambil round pekan, jalan-jalan cari makan and cari souvenir for friends and family.

After long hours, akhirnya saya melepasi pintu gerbang “Selamat Datang ke Tenom”. Officially sampai ke Tenom.

The famous Tenom coffee roundabout. 🀩
-
-
-
-
-
Lepas tu saya berehat kejap di area pekan untuk cari makan sebab masa tu pun dah tengah hari. Saya parking betul-betul dekat dengan Muzium Antanom dan ambil kesempatan untuk melawat muzium ni.



Saya tertarik dengan sejarah headhunters dan pemberontakan Rundum. Museumgoer please visit Muzium Antanom kalau nak tau berkaitan sejarah Tenom.
-
-
-
-
-
Sungai Padas (120KM). On the way ke Fatt Choi Coffee sebab tak pernah lagi jejak kaki ke sini.

Akhirnya sampai juga di Fatt Choi Coffee. Salah satu destinasi pelancongan di Tenom. Entrance fee RM2 sahaja. Di sini boleh tengok pemandangan sambil bergambar-gambar. Lepas tu ada kiosk makanan dan minuman juga. Jalan untuk masuk sini sempit sedikit, agak berbukit dan masuk jauh ke dalam. But still worth melawat ke sini.


Boleh nampak Sungai Padas dari Fatt Choi Coffee. Kalau nak menginap di cabin sini pun boleh juga.

Tapi saya memilih untuk menginap di Perkasa Hotel Tenom… Quite old hotel but the view cantik atas bukit dan sesuai kalau nak menenangkan fikiran. I wish lebih banyak hotel atau guesthouse di Tenom dan disenaraikan dalam Agoda. (Saya selalu booking through Agoda).

Last sekali saya nampak telefon begini masa sekolah rendah dulu.

View dari hotel yang cantik. Ada kawasan kena hujan dan ada yang tak kena hujan. Seronok tengok. Lepas tu boleh nampak pekan Tenom dari sini.
-
-
-
-
-
Lewat petang tu saya keluar balik ke pekan sebab nak pergi cari makan sambil tengok apa yang menarik. One of my favourites kedai tea ialah GTea. Kalau nak ke Labuan, mesti singgah kedai GTea di terminal feri Menumbok.
-
-
-
-
-
Selepas penat ke sana sini, sempat lagi saya beli makanan kucing Royal Canin Digestive sebab tiada stok di petshop KK. Lepas tu terbeli lagi mi segera UFO. Why Tenom ada semua yang saya nak? Why KK always habis stok?

Mi segera UFO. Siapa yang tak cuba lagi bolehlah cuba. Gerenti tak menyesal.

Then saya pun kelaparan dan singgah makan di Jasmond Cafe. Saya suka makanan di sini sebab sedap dan banyak pilihan. Amount pun banyak. Tempat cantik dan bersih. 


My favorite nasi putih dengan sayur manis. πŸ˜‹

Nasi goreng.

Sup jagung. πŸ˜‹
-
-
-
-
-
After that saya balik hotel dan rehat… sambil tengok view di luar tingkap. The best view in Tenom.
Pemandangan malam dari hotel. Cantik. 
-
-
-
-
-
Keesokan paginya. View dari luar tingkap before 6AM. Kabus tebal. Tak nampak apa-apa. Sejuk gila.

Rasa macam tinggal di hutan belantara. Lepas tu bunyi burung dan serangga lagi. Punya best. Tak rugi menginap di sini.

Bersiar-siar di kawasan sekeliling sambil grounding, rehatkan mata dan fikiran.

View hotel. 

Yang ni dah siang dan kabus semakin hilang. Boleh dengar bunyi keretapi lagi masa ni. Anyone yang nak ke Tenom dan healing, the best view ialah di Perkasa Hotel Tenom.

September 15, 2025

Milky Way Gazing - Part 1 🌌

Antara perkara yang paling saya suka lakukan during staycation ialah stargazing, Milky Way gazing (Milky Way season), sambil minum teh panas, makan snek dan menikmati kesunyian alam. Saya prefer tempat healing di kawasan sejuk, dikelilingi hutan, dan jauh dari bunyi bising. Saya boleh stay up sehingga empat ke lima jam melihat suasana di langit. Yang penting masa tu tak berawan, cuaca bagus, no moonlight dan minimal light pollution. 

Dalam tempoh kita mendongak ke langit tu, sebenarnya macam-macam kita boleh tengok such as shooting star, constellations, planets etc. pernah sekali tu me and my friend pernah saksikan kejadian yang sampai sekarang kita orang tak tau apa benda tu sebenarnya. Masa tengah borak sambil stargazing dalam pukul 2.30 pagi, suddenly ada bright light appeared macam flash di langit. Kejadian tu berlaku about two seconds. I assume cahaya terang tu adalah meteor atau fireball yang enter ke atmosfera bumi. ☄️

-

-

-

-

-

Saya ada koleksi gambar Milky Way yang saya shot sendiri dan saya akan kongsikan di next post. However, during my staycation kali ni saya tak bawa camera, so saya shot guna smartphone sajalah. Masa ni masih awal, lebih kurang pukul 11.30 malam… awan pun masih banyak lagi. But dah boleh nampak Milky Way.

Gambar pukul 1.00 pagi. Boleh nampak Milky Way dengan jelas di dalam gambar. Tapi pada pandangan live mata kasar… kita akan nampak Milky Way rupa awan yang pudar sahaja.

The Milky Way @ Bimasakti berserta taburan bintang di langit. When we look at the night sky, we’ re looking back in time.

My spot ketika stargazing/Milky Way gazing sambil minum teh panas, makan snek, borak-borak kosong with my partner. 
-
-
-
-
-
Pukul 7.00 pagi, dah terang. Boleh nampak pemandangan bukit-bukau dan hutan belantara.

Mountain Kinabalu nampak macam floating. 🩡

Location: Kokol Haven Resort, Kota Kinabalu, Sabah

September 13, 2025

Rawatan Penyakit FIP Kucing πŸ’‰

Feline Infectious Peritonitis (FIP) a.k.a coronavirus kucing adalah antara yang paling ditakuti dalam kalangan pencinta kucing. Penyakit ni tiada ubat dan boleh berjangkit dengan kucing yang lain. Ada dua kategori FIP iaitu dry FIP dan wet FIP. Indoor cat juga berisiko terkena penyakit ini. 

Bila saya cerita topik FIP ni, rasa trauma tu masih ada sebab my cat dulu mati kerana FIP. Pada masa itu tiada ubat yang boleh merawat. Lama juga saya bersedih selepas ketiadaan Si Hitam. Walau bagaimanapun, FIP dah rawatan pada masa kini. Banyak kucing di seluruh dunia yang survive dari penyakit ini dengan bantuan ubat anti-virus GS441524.

Ini adalah ubat anti-virus GS441524 yang digunakan untuk membunuh virus FIP. Ubat ni ada dalam dua jenis, sama ada bentuk cecair untuk disuntik atau dalam bentuk pil. Ubat ini tak dijual di veterinar tapi untuk dapatkannya boleh ke website Basmi FIP.

Ceritanya macam ni. Kucing kawan saya kena penyakit FIP (wet FIP). Lepas tu kucing tu kena warded sebab nak buang air dalam perut dia. Dalam masa yang sama, doctor veterinar suggest ubat anti-virus ni untuk bantu selamatkan kucing my friend ni. Ubat boleh order sendiri dengan supplier. Dan supplier akan tanya beberapa soalan such as keadaan kucing, berat badan kucing etc dan akan suggest ubat mana satu yang sesuai.

Paling cepat kesannya ialah ubat suntik berbanding ubat jenis pil. Kalau tak confident macam mana nak suntik, boleh minta veterinar yang tolong buat. So far, my friend boleh buat sendiri sebab ada technique untuk jarum kucing tu. Kepada yang tinggal di Kota Kinabalu, don't worry ubat akan sampai cepat sebab ada agent yang supply ubat di KK. Because my friend order hari ni, esoknya ubat dah sampai. Apa-apapun, order perlu dibuat melalui website Basmi FIP.


Tempoh rawatan ialah 84 hari. Harga sebotol ubat dalam RM80+ (satu botol boleh disuntik untuk seminggu). Syringe kena beli sendiri di farmasi atau veterinar. 

Kini kucing kawan saya tu semakin sembuh, berkeadaan normal dan kuat makan walaupun masih dalam tempoh rawatan. But some kucing akan ada reaction apabila disuntik dengan ubat ni. Contohnya kawasan suntikan tu mengalami luka atau kulit nampak kebiruan, kesan kepada liver dan lain-lain. Ada kucing akan rasa sakit semasa disuntik sebab tekstur ubat ni pekat macam vitamin kucing.

Semoga lebih banyak kucing yang sembuh dari penyakit FIP. Sentiasa bersihkan rumah anda, cuci dan spray sanitizer di kawasan litter box dan scoop kucing, sentiasa tukar air minuman kucing. 

September 12, 2025

Repairing My Bun Fridge Magnet 🧲

Setiap kali saya travel, fridge magnet adalah benda yang saya wajib beli dan biasanya saya akan pilih yang nampak unik, atau melambangkan suatu tempat tu. Antara fridge magnet yang paling saya sayang ialah my Cheung Chau Bun.

Fridge magnet ni saya beli dari Pulau Cheung Chau kerana pulau tu terkenal dengan Cheung Chau Bun Festival yang diadakan pada setiap tahun (April - Mei). Tetiba fridge magnet ni rosak sebab magnet tu tertanggal. Dah la tanggal, lepas tu hilang ntah ke mana. I suspect kucing buat onar pergi main fridge magnet tu.

Mula-mula tu punyalah sedih. Dah la jauh saya beli dari Pulau Cheung Chau. Lepas tu fridge magnet ni sempat lost sekejap after my baggage tak sampai masa balik ke Malaysia. Jauh perjalanan fridge magnet ni. Lastly bila kat rumah, tiba-tiba rosak dan hilang dimain kucing. Tapi saya dah jumpa kembali bun ni dan saya tampal la guna gam gajah.

Rosak 😩 Lepas tu kucing lagi mengacau dan sempat hilang sekejap.

Keadaan lepas repair. Gam yang kukuh. Takkan tanggal lagi. However, my cat ni pelik sikit. Yang sekor tu kadang-kadang datang gila pandai naik atas aisbox. Bila dia dah nak turun balik, dia akan menggelongsor dari aisbox tu dan boleh menyebabkan terkena di fridge magnet. Dulu fridge magnet saya ni banyak tapi ada yang pecah, retak, hilang… semua kucing punya pasal.
-
-
-
-
-
Cheung Chau bun keychain banyak dijual di Pulau Cheung Chau.

Mural Cheung Chau Bun. By the way Pulau Cheung Chau terletak di Hong Kong. Kalau nak ke sana perlu menaiki feri.