September 21, 2025

I Love Misa En Scéne Perfect Serum 🌹

My favorite hair serum is Misa En Scéne rose perfume 🌹. Made in Korea. Hanya sapu sedikit sahaja dah boleh cover untuk keseluruhan rambut, even rambut panjang. Selepas menggunakan serum ni, rambut akan menjadi lembut, lebih mudah disikat dan nampak shining. Non greasy at all. Sesuai untuk semua jenis rambut. 

Yang paling best ialah serum ni wangi bunga ros. Jadi rambut akan auto jadi wangi selepas menggunakannya. Bau wangi serum ni jenis soft dan exclusive. Jadi tak menganggu aktiviti harian saya. 

Penggunaan serum amat penting untuk saya sebab jenis tak pakai conditioner after shampoo rambut. Conditioner membuatkan rambut saya gugur, dan naik alahan... hidung tiba-tiba jadi tersumbat. Dah try beberapa jenis produk tapi kesannya tetap sama. Jadi cara saya menjaga rambut ialah dengan menggunakan serum. 

Sebelum ni saya menggunakan LUCIDO-L hair vitamin oil serum (warna kuning - Made in Japan), which is also good but now I prefer Misa En Scéne perfect serum rose perfume sebab wangi bunga ros tu sangat best. Harga sebotol ialah RM40+ tapi tahan lama sebab hanya guna sedikit sahaja.






No comments:

Post a Comment