Sunbathing is essential. It keeps them cozy, helps relax their muscles, and lifts their mood. ☀️My cats semua jadi sangat tenang bila berjemur bawah matahari… macam dunia ni tak ada masalah langsung. π Ini memang routine harian mereka, especially weekend bila saya ada di rumah. Quiet moments, warm sun, and soft purring. Simple but everything π€
April 27, 2026
April 26, 2026
Obsessed, Projecting, and Still Pressed π
I don’t usually entertain nonsense people, however, consider this reply as charity to feed their inflated heart. May it lands exactly where it should.
April 25, 2026
Roti Daging diraja China @ Momoyo π₯ͺ
Siapa dah try roti daging diraja China di Momoyo? Must try. Saya dah cuba beberapa roti daging yang lain tapi saya paling suka yang ni sebab doh dia rangup dan rasa rempah yang just nice. Harga RM6.50 (ayam), RM6.80 (daging) dan RM8.80 (kambing). Yang ni saya beli di cawangan Momoyo Kingfisher. Roti ini dijual fresh setiap hari dan kita boleh nampak chef buat roti di depan mata. Next time nak beli lagi.
April 24, 2026
Makan Makan at Teppanya π
April 22, 2026
April 21, 2026
Cara Berkesan Elak Kucing “Membuang” Di Tempat Sama
Okay hari tu dah janji nak ceta bagaimana cara berkesan elak kucing membuang di tempat yang sama, khususnya di luar kawasan rumah. Sebelum ni dah try macam-macam such as spray bau serai la, letak botol warna merah la, cat repellent la, Clorox la… semua tak menjadi. Tapi cara yang terakhir ni amat berkesan.
Cara dia bersihkan kawasan tertentu tu terlebih dahulu. Kemudian letak ubat gegat atau kita juga selalu sebut sebagai moth repellent di kawasan yang kucing selalu “membuang” tu. Untuk lebih safety, guna yang jenis ada cover dan boleh gantung macam gambar di bawah sebab kalau pakai yang bentuk bulat macam bola tu, takut nanti ada budak-budak atau binatang peliharaan pergi kacau. Lagipun kalau guna yang ada cover ni lebih jimat sebab ubat gegat tu tak cepat habis. Kalau nak lebih padu, letak la dua atau tiga ubat gegat di kawasan yang dikehendaki. Confirm kucing takkan datang punya. Selamat mencuba!
April 20, 2026
Review: Sambal Cobek C’Pau, Tanjung Lipat π₯
Regular customer. Makanan sedap gila. π Sambal Cobek C’Pau yang berlokasi di Anjung Selera, Likas (Tanjung Lipat). Saya paling suka menu cobek sotong sambal terung yang dihidangkan bersama tauhu, tempe, timun dan salad, nasi putih, sambal dan kuah sup. Tapi cobek udang sambal terung pun sedap juga. Udang dia rangup di luar dan lembut kat dalam. Nept suka makan menu ikan baulu bakar. Portion okay dan makan pasti kenyang. Ada banyak lagi menu lain dan yang paling top ialah cobek ayam bakar madu. Saya bagi rating ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
April 19, 2026
Wanita Abusive πΏ
Bila sebut perkataan “abusive”, ramai terus bayangkan lelaki yang mendera wanita. Tapi hakikatnya, wanita abusive pun memang wujud dan kes penderaan terhadap lelaki sebenarnya bukan sedikit. Di Malaysia statistik menunjukkan 2022: 1778 kes, 2023: 1213 kes, 2024: 1865 kes, 2025 (sehingga Julai): 1183 kes. (Sumber: The Star)
Walaupun angka ini agak tinggi, ramai lelaki memilih untuk diam. Kenapa? Sebab stigma masyarakat, nak jaga imej keluarga, dan kurang sokongan bila bersuara.
Wanita abusive signifikan dengan sifat narsisistik dan toksik. Mereka jarang rasa diri mereka salah. Bila pasangan cuba melawan atau bersuara, mereka akan guna pelbagai taktik seperti ugutan, silent treatment, viralkan cerita, gaslighting etc. Selain itu, mereka akan guna “kelemahan” seperti menangis atau kongsi trauma untuk tarik simpati orang lain. Akhirnya nampak lelaki pula bersalah.
Wanita abusive bukanlah jahat. Punca kenapa wanita boleh jadi abusive termasuklah trauma masa lalu, cara berfikir (mindset), rasa insecure, pengaruh persekitaran etc. Bentuk penderaan boleh terjadi dari segi emosi, fizikal, sexual, economical dan psychological. Untuk wanita abusive, serangan paling kuat biasanya dari segi emosi yang dibuat secara berulang-ulang. Penderaan emosi sangat halus dan mengambil masa untuk disedari. Contoh penderaan emosi yang sering dilakukan oleh abuser seperti berikut:
1. Kritikan Berterusan ➡️ Semua serba tak kena. Buat ini salah, buat tu salah… Semua benda kena kritik. Sampai pasangan rasa diri dia tak cukup baik.
2. Mengongkong ➡️ Semua benda nak ditentukan. Berkawan dengan siapa, nak pakai apa, nak pergi mana etc. Even password media social pun dia kena tau supaya senang nak pantau pasangan. Seolah-olah tak ada space langsung dalam perhubungan.
3. Gaslighting ➡️ Abuser selalu menafikan kesalahan yang dia buat sampai pasangan ragu dengan diri sendiri. Contoh: menafikan realiti suatu perkara, kata pasangan ni selalu overreacting atau shift blaming such as “saya takkan jadi begini kalau awak sayang saya”.
4. Silent Treatment ➡️ Apabila berlaku pentengkaran, abuser akan senyap seperti tak jawab call, tak jawab mesej, tak nak bercakap langsung atau lari dari rumah. Tujuan utama untuk menghukum pasangan.
5. Memalukan di Tempat Awam ➡️ Perli, herdik dan mengejek pasangan di tempat awam.
6. Gunakan Hubungan Intim Sebagai Senjata ➡️ Menahan keintiman untuk kawal atau manipulasi pasangan.
7. Tuduhan Tanpa Bukti ➡️ Tiba-tiba menuduh pasangan curang atau menipu sehingga pasangan terpaksa “defend” diri.
8. Emotional Blackmail ➡️ Menggunakan rasa bersalah atau takut untuk manipulasi keputusan mangsa.
9. Memperlekehkan Perasaan ➡️ Sebut perkataan untuk buat pasangan down seperti “elehh awak tu lelaki kena kuat la”, “engkau rasa ada ke orang lain yang nak kat engkau ni?”
10. Playing Victim ➡️ Berpura-pura menjadi mangsa keadaan seperti pusing cerita kat orang lain supaya nampak pasangan tu bersalah. Contoh: Dia yang abuse orang tapi dia cakap kat orang lain yang dia adalah mangsa keadaan.
11. Ugut ➡️ Guna ancaman seperti nak minta cerai, buat report polis atau nak bunuh diri bagi tujuan mengawal pasangan.
12. Mengawal Kewangan ➡️ Kawal duit pasangan, guna duit pasangan sesuka hati tanpa kawalan. Kalau pasangan tengah susah, abuser tu takkan peduli kat pasangan tu. Silap hari bulan, makan minum pun dia suruh cari sendiri.
13. Mengasingkan Dari Orang Sekeliling ➡️ Halang pasangan untuk jumpa kawan atau keluarga sampai pasangan rasa terasing.
14. Suka Membandingkan ➡️ Selalu bandingkan pasangan dengan orang lain, contoh : “Engkau tengok la laki dia lagi bagus dari kau”, ataupun; “Tengok Syed Syaddiq layan Bella baik-baik. Bukan macam awak!” π
15. Merendahkan Pencapaian Pasangan ➡️ Setiap kejayaan dipandang kecil dan tidak dihargai.
16. Gunakan Anak Sebagai Alat ➡️ Libatkan anak untuk manipulasi atau kawal pasangan, terutama dalam situasi co-parenting. Contoh: Tak benarkan anak jumpa pasangan, atau hasut anak supaya benci kat pasangan.
17. Cemburu Posesif ➡️ Asyik tuduh atau syak wasangka dengan pasangan.
18. Double Standard ➡️ Kalau dia buat semua boleh, kalau pasangan buat semua tak boleh.
19. Mind Games ➡️ Main emosi pasangan seperti bagi mix signal atau cipta drama yang tak perlu.
20. Perli ➡️ Ejek kekuatan atau cara pasangan meluah perasaaan sebagai “tak cukup jantan”.
21. Tak Pernah Minta Maaf ➡️ Tak pernah rasa bersalah dan shift blame kepada pasangan.
So bagaimana nak elak? Simple tapi bukan senang. Ignorance tahap tinggi. Lagi mangsa bagi emotional reaction dekat abuser ni, lagi mereka rasa “menang”. Sebab mereka tak cari solution, mereka cari reaksi untuk mengawal mangsa. Jadi stop bagi attention, justification dan explanation. Buat tak tahu je lebih selamat untuk diri sendiri. Bukan sebab kita kalah, tapi sebab kita pilih untuk keluar dari circle toxic tu. Dan kalau benda ni dah berlaku bertahun-tahun tanpa perubahan, jujur cakap, pilihan paling sihat adalah tinggalkan. In the end of the day, everyone deserves happiness.
April 18, 2026
Finally… Nasi Ayam Hainan Upperstar π
Me and Nept pergi JJCM di Suria Sabah tapi tak terfikir lagi nak makan apa. Sushi is one of the options, but eventually we went to the Upperstar. Before this saya pernah post pasal “Dear Upperstar 1Borneo, Bring Back the Menu Please?”.
Bila tengok menu Upperstar Suria Sabah, nasi ayam Hainan masih ada lagi. Jadi saya order la. Since saya jarang makan di Upperstar kat sini, jadi tak tau if menu tu still available atau tak. Akhirnya masih dapat makan menu yang saya suka. Portion besar, nengenyangkan. Complete dengan pickles, soup, and the sauces.
Apart from that, ssya juga order kek chocolate and rasa ia masih sama macam dulu.
Chocolate cake. Rasa masih sama macam dulu.
April 17, 2026
Be Inspired. Be Sustainable ☕️
In deeper meaning - Find what makes life worth living, and live it in a way that lasts π
April 16, 2026
Momoyo Energy Sedap Weh π§
Siapa dah try minum Momoyo Energy? Sedap weh. Menu baharu di Momoyo. Inspirasi daripada minuman old school milo dinosaur tapi yang ni versi moden. Kali pertama try, saya terus approve. Then the next day saya pergi beli lagi π OMG. Sedap sedap sedap. Lepas tu saya dapat one time free ice-cream dengan pembelian Momoyo Energy ni. Rasa dia tak heavy but more balance between sweet, creamy roasted chocolate. Penggemar minuman coklat perlu rasa this one. Dapatkan Momoyo Energy di outlet Momoyo di Plaza Kingfisher dan Centre Point.
When Rest Become Essential π
When you give your best everyday, taking a break isn’t weakness-it’s maintenance. I am considering taking a little bit more time off to recharge and regain a healthy mindset. At the end of the day, the only person you can rely on to care for you is yourself.
XO
April 15, 2026
Food Paradise: Penang π§
Rasa macam nak pergi Penang lagi pergi jalan-jalan cari makan (JJCM). Gotta check tiket murah lepas ni. Yang ni dah tak tau kali ke berapa saya ke berapa saya ke Penang tapi setiap kali pergi tak pernah miss makan pasembur, kerang bakar dan sotong kangkung. Dia punya portion bukan alang-alang. My favorite spot, Padang Kota Lama. Actually ada banyak lagi makanan yang wajib try kalau berkunjung ke Penang, especially nasi kandar dan mi goreng sotong. Kebanyakan peniaga dah mewarisi resepi secara turun temurun sejak zaman nenek moyang. Saya share gambar-gambar makanan yang saya sempat ambil masa dah beberapa kali travel ke Penang.
April 14, 2026
Why are Calico Cats So Mean? πΌ
Perasan tak kucing calico (tiga warna) ni perangai dia sassy sikit? Saya ada satu ekor kucing calico, walaupun manja tapi perangai diva dia selalu keluar. Dah la suka membuli, demanding, tiba-tiba menganggu kucing lain tengah relax, lepas tu suka curi port tidur yang dah sedia ada kucing lain tidur. Kalau kita marah dia, dia marah kita balik. One more thing about my calico cat, dia tak suka kalau kita sentuh dia guna kaki. Contohnya kalau dia nak masuk bilik tapi kita tak benarkan dan block dia guna kaki, memang dia akan marah π. Tapi kalau kita pegang dia dengan tangan, dia okay pula. Bertuah punya kucing.
Sebenarnya kucing calico ni bukanlah mean, or diva or sassy… tapi mereka ni highly intelligent dan independent. Antara pelbagai jenis corak kucing, kucing calico merupakan pemburu yang hebat. Instinct mereka tajam dan antara kebanyakan kucing… mereka yang pertama menyedari jika berlaku sesuatu. Mereka juga penyayang tetapi dengan cara mereka yang tersendiri, menjadikan kucing calico ni nampak diva jika tak dilayan. Selain itu, kucing calico cenderung menjadi “kucing dominan” di sesebuah tempat, dan akan menyebabkan konflik jika kucing lain buat perkara yang sama.
My calico cat kat rumah ni ganas. Kalau bermain, dia yang jadi “pemangsa”. Saya ada satu ekor lagi kucing tiga warna torties tapi kalau dibandingkan dengan dua ekor ni, yang calico ni jauh lebih diva. Ada satu ekor kucing sahaja yang dia “hormat” kat dalam rumah iaitu kucing yang paling tua antara semua dan bersifat alpha cat. Yang tu dia tak berani buli. Tapi kalau yang lain memang tak ada harapan terutama kucing intorvert memang dia akan kacau punya π. But don’t worry, semua kucing ada karakter dia yang tersendiri. Yang penting kita jaga mereka dengan baik dan mereka akan sentiasa menjadi teman di sisi.
Resting and Resetting π΄
Taking a gentle pause to care for my mind, recharge my soul, and nurture my well-being… because work isn’t always easy and it can be exhausting at times. Leaning into a slower rhythm… writing more, keeping my space light and clean, doing social outreach, enjoying moments with my other half, family and my pets, treating myself to good food, and going on short little adventures. π§‘
XO

















































