October 26, 2026

Pergi Memancing 🎣

Nak aktifkan kembali aktiviti memancing sebab lama tak beraksi. Kalau dulu jam 3.00 pagi pun masih duduk tepi jeti memancing ikan. Syok dapat banyak ikan.

Kali ni saya ajak Nept dan dia pun dah super excited sebab ni first time dia turun memancing. Port kali ni kawasan Karambunai. Suka memancing di sini sebab kawasan dia cantik dan tenang. Ada banyak port memancing di kawasan Karambunai dan Tuaran. Boleh search dalam Google dan cari port memancing mana yang best.

Masa untuk menghitamkan kulit 😂

Air pasang jam 10 pagi.

Suka tempat ni sebab tenang tengok air dan pemandangan.

My new rod. Rod lama ada bawa juga tapi yang tu rasanya kena mandi limau kot 😂 Ada ja masalah berlaku.
-
-
-
-
-
Unfortunately petang tu hujan lebat. So tak dapat stay sampai ke malam. Nanti nak cuba memancing kat sini pada waktu malam pula.

After memancing be like… Apa lagi. Makan seafood la.

October 25, 2026

Paws of Hope 🐾 Jumpa Bawah Flyover

Tengah hari balik rumah kejap sebab nak amik barang, tiba-tiba nampak ada seketul warna hitam berbaring di bawah flyover. Anak kucing. Muka dia menghadap dinding dan tunduk ke bawah macam dah lost hope. Saya terus berhentikan kereta di tepi bus stop dan melintas ke bawah flyover tu. Mula-mula terfikir sama ada dia masih hidup atau tak… atau dalam keadaan lemah ke… saya pun tak pasti. Tawakkal saja la masa tu. 

Lepas tu saya grab dia perlahan-lahan sebelum dia sedar kehadiran saya sebab saya takut nanti dia terkejut dan lari ke jalan raya. Syukur dia tak meronta-ronta dan stay behave. Then saya check tak ada kesan kena langgar atau luka. Bulu dia bersih dan anak kucing ni nampak sihat. Maybe kucing orang termasuk kat bawah kereta atau kena buang. Kesian dia. Saya bawa masuk ke kereta, lepas tu amik carrier di rumah dan bawa ke pejabat. Orang-orang office pun semuanya supporting dan jaga dia masa kat office. One of the officemates dah selamat menjadi adopter kepada anak kucing ni dan sentiasa update keadaan dia. Family dia pun jenis suka kucing, jadi okay la. Anak kucing ni nampak trauma skit dengan kejadian yang menimpa dia, jadi amik masa nak sesuaikan dengan persekitaran baru.


Muka anak kucing ni ada subtitle tau. Comel.
-
-
-
-
-
Okay kat sini la saya jumpa anak kucing tu tapi pada waktu siang.
-
-
-
-
-
Saya kerap bawa supplement ni dalam beg, just in case masa tu ada kucing sakit. Supplement ni sangat bagus untuk kucing yang kurang sihat dan berada dalam kesakitan. Ni masa bagi makan ubat dengan Oyen yang kurang sihat. Dia selalu lepak kat depan supermarket yang saya selalu singgah. Mudah-mudahan dia pulih cepat.

October 22, 2026

Moon Through My Telescope 🌓

Lama tak update gambar bulan. 

Since dah ada kawan yang sama hobi tengok alam semesta... sejak tu dah rajin semula angkat teleskop ke luar dan melihat objek di langit. Walaupun masih ada sedikit jerebu, tapi boleh nampak bulan dengan jelas. Saya share gambar bulan dari teleskop saya, yang ni guna small telescope saja sebab telescope besar tu berat sikit kalau nak angkat ke luar. ☺

Mula-mula tu berawan, jadi bulan tak berapa jelas. Dan nampak sedikit kuning sebab berjerebu. Masa lebih kurang jam 7.40PM

Yang ni bulan dah jelas kelihatan. Masa lebih kurang jam 9.30PM

Zoom in.

October 17, 2026

Review: Kak Anne Cafe, Kingfisher

Since restoran nasi kerabu yang sedap di Kingfisher tu tutup, dah jarang makan nasi kerabu. Hari ni kebetulan pergi cari sarapan di luar sebab terus nak pergi beli barang. Lepas tu terserempak ngan restoran ni, Kak Anne Cafe. Nampak menu nasi kerabu tu yang semangat terus nak try makan sini.

Menu dia ada banyak pilihan. Saya pilih nasi kerabu ayam penyet madu. Nept pula pilih nasi kerabu ayam geprek crispy. Lepas tu nak cuba bakso ayam terus. Sedap! Portion pun banyak. Harga dia murah dan berbaloi. Lain kali boleh repeat lagi makan kat sini. Selain tu restoran ni bersih, luas dan selesa. Suka la makan di sini.

Bakso ayam + teh o ping kurang manis. Bakso dia sedap weh. 

Nasi kerabu ayam penyet madu yang dihidangkan dengan tiga jenis sambal. RM13.90 sahaja. Yang ni pun sedap. 


October 11, 2026

Rare Iridescent Cloud 🌈

Masa on the way nak balik daripada membeli barang tadi, spot iridescent cloud di langit. Lepas tu amik gambar cepat-cepat sebab yang ni femomena rare. Sebelum ni saya pernah nampak juga kejadian seperti ini but yang tu penampakan rainbownya di sebalik awan. This time lagi clear la. 

Menghayati iridescent cloud. Awan ini berlaku apabila matahari berinteraksi dengan titisan air yang sangat kecil atau kristal ais dalam awan. Proses tersebut dikenali sebagai diffraction yang menyebabkan cahaya terpisah kepada pelbagai warna.

Zoom in

October 09, 2026

Melawat Leman ❤️‍🩹

Tujuh belas hari since Leman tinggalkan me and my friend. Rindu sampai bila-bila. Semalam pun masih ingat semuanya termasuk saat yang paling bikin sedih. Dah cuba segalanya dan tiada rasa menyesal. And I hope dia akan datang nanti 🌈

Awan cantik macam tangan. 

Melawat Leman. ❤️‍🩹 Seal with something di atas supaya tiada yang ganggu. Flowers for Leman. And maybe kami perlu tanam pokok juga.

Hi mushroom. 🍄‍🟫 Tumbuh di kawasan sekitar tempat kami berjalan.



View from different angle.

October 03, 2026

Aktiviti Waktu Petang 🥾

Sekarang dah bertekad untuk aktif kembali dan seharusnya perlu training dengan lebih baik since next year ada big event 😂 Mulakan dengan menguruskan badan, menjadi fit kembali, say hello to nature selalu, go to gym balik (if I must 🤓) and so on.

My activity pada waktu petang, short hiking di UMS Peak via Sfera UMS. Sangat relax dan saya suka suasana di sini sebab ada bunyi serangga dan burung. Trail not too long… lebih kurang 550 meter macam tu la. So pulang balik about 1.1KM only. 

Trail via Sfera UMS

💚💚💚


Yang ni dah nak sampai ke puncak.

Breathtaking view. Sebelum ni saya naik masa jerebu dan view kurang jelas. But this time lebih cantik. Udara juga lebih segar.



Chill at Kupi Time 😽

Okay this is so cute. Saya beli blind box and dapat patung kucing kaler putih ni. Then saya lepak di kafe miaw miaw yang comel ni, Kupi Time di 1Borneo Hypermall. Anything yang ada gambar kucing boleh menarik perhatian saya. LOL.

Thai Tea at Kupi Time 🧡