Buruj Scorpius boleh dilihat sekitar bulan Mei - Ogos pada setiap tahun. Kepada yang tinggal di Malaysia, sila pandang ke kawasan Selatan lebih kurang pukul 9.00 malam, dan anda akan nampak bintang berbentuk J berhampiran Milky Way. Itu adalah Scorpius (The Scorpion).
Scorpius mempunyai 18 bintang termasuk the red giant Antares yang juga disebut sebagai rival of Mars kerana warnanya merah seakan-akan planet Marikh. Scorpius boleh dilihat dengan mata kasar dan senang nak spot kerana bentuknya yang unik.
Saya berjaya snap gambar Scorpius sebab masa tu rumah dan kawasan sekitar tak ada elektrik, jadi kurang la light pollution.