Siapa dah try Ai-CHA? Produk Indonesia kini dah ada di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau nak try, wajib makan aiskrim Ai-CHA. Saya dah try sea salt dan matcha. Dua-dua pun sedap. Dan murah. Hanya RM1.99 sahaja. Yang bestnya rasa aiskrim tak manis sangat. Dan portion yang generous. Penuh sampai ke dasar kon. Kon aiskrim tu pun sedap.
Yang ni perisa matcha. Rasa manis + pahit green tea tapi seriously sedap. Saya suka.
Yang ni matcha + vanilla. Boleh mix kalau tak nak satu perisa. Tapi harga tetap sama. Masa ni dapat free satu aiskrim semasa grand opening outlet baharu dengan setiap pembelian air minuman. Kalau original matcha dengan yang mix ni, saya prefer mix.
Yang ni perisa sea salt. My favorite so far sebab rasa unik dan color dia biru.
Kalau tak nak makan aiskrim matcha atau sea salt, boleh ja order aiskrim vanilla. Selain itu, minuman Ai-CHA pun sedap. Saya dah try jasmine green tea (no sugar).
Kepada yang belum try, sila la ke Ai-CHA.
No comments:
Post a Comment