Seumur hidup saya dah banyak kali mengalami pengalaman mistik. Ada yang tak berapa seram, middle seram dan ada yang super seram. Baru-baru ni saya alami masa di office. Kalau siang hari, office tempat saya bertugas tu tak ada rasa apa. Tapi kalau dah petang nak dekat senja tu kadang pandai seram sikit.
Saya selalu balik lambat dan selalunya saya la antara orang terakhir yang akan tinggalkan office. Kisahnya, waktu kejadian tu berlaku sekitar pukul 7 malam. Masa tu dah nak balik rumah. Tapi sebelum tu saya isi air kat pantri dulu. Masa tengah isi air Cuckoo (slow gila air keluar) dalam botol, tiba-tiba loceng di kaunter berbunyi dua kali. Ting! ting!. Saya pun pelik la sebab siapa pula waktu begini datang ke office. Takkan student. Kelas sampai pukul 6 petang saja.
Saya buat-buat tak kisah sebab masa tu bukan waktu pejabat. Lepas tu loceng berbunyi lagi ting! ting! ting!. Saya masih buat tak tau. Lepas tu loceng berbunyi lagi ting! Ini tak boleh jadi ni. Saya terus cepat-cepat pergi kaunter. Jarak dari pantri ke kaunter tak jauh. Dalam 5-6 langlah saja. Bila saya berdiri depan kaunter, tak ada orang. Saya terpinga-pinga sebentar. Lepas tu saya kemas barang, tutup lampu dan kunci pintu pejabat.
Masa saya turun ke bawah (guna tangga), lobi depan tu sunyi tak ada orang. Student pun tiada. Di parking kereta pun sunyi dan gelap. Ada dua tiga buah kereta sahaja yang parking masa tu. Saya berdiri kat tepi kereta saya dan dongak tengok area office. Tak ada langsung orang melintas-lintas di kawasan tu. Masa tu tengah full moon 100%. Masa dalam kereta, saya berfikir. Tadi masa dengar bunyi loceng tu, tak ada dengar bunyi suara. Biasanya kalau student, tentulah dia akan bawa kawan dia juga sekali. Dan kalau dia rasa tak ada orang kat kaunter, tentu dia akan bersuara “heloo… ada orang tak?”. DAN… tentulah ada bunyi tapak kasut atau bunyi orang berjalan. Masalahnya masa kejadian tu, saya hanya dengan bunyi loceng sahaja.
Misteri nusantara sangat.
No comments:
Post a Comment