Disclaimer - Trip ini dibuat pada tahun 2023. Gambar yang dikongsikan masa ni mungkin berbeza dengan keadaan sekarang.
Day 1 di Taipei, Taiwan boleh baca di sini.
Day 2 di Taipei, Taiwan. Nak pergi ke Northern tip of Taiwan di Tamsui district. Tiap kali ke Taipei mesti akan ke sini sebab tempat ni cantik dan boleh lepak tengok scenary yang menenangkan. Ada banyak lokasi bersejarah di Tamsui tapi tak sempat nak explore semua. Mungkin next time kalau ke Taipei lagi, nak buat one day tour melawat tempat bersejarah di Tamsui. Perjalanan ke sini agak mengambil masa juga, around 40 minutes dari Taipei. Naik MRT lebih mudah dan boleh tengok pemandangan di luar tingkap.
Tamsui means “fresh water”. Tempat ni terkenal dengan seafood dan kalau ke sini, bolehlah cuba makan snek seafood Tamsui.
Welcome to Tamsui.
Beautiful Tamsui.
Quanyin Mountain and Tamsui River.
Tamsui Walk yang panjang sampai ke hujung. Popular spot untuk tengok sunset. Kalau jalan ke depan lagi boleh tengok lebih banyak tempat. Tapi kali ni saya just nak stay kat sini saja. For first timer, saya recommend jalan-jalan ke Tamsui Old Street sebab banyak kedai menarik boleh dikunjungi.
I remember pada tahun 2019, kebetulan ada ghost parade dibuat di jalan raya Tamsui Old Street. Masa tu tak lepaskan peluang ambil gambar dan video. Meriah gila.
Macam biasa, convenience store 7 Eleven juga yang paling wajib dikunjungi.
Okay tak ada jual di Malaysia. Saya cuba. Yang ni sedap dan tak manis.
Don’t worry, kat sini ada public toilet, jadi tak perlu risau kalau rasa nak ke tandas. Make sure bawa travel bidet or at least botol kosong sebab tandas kat luar negara tak ada hos air yea.
Makan local snack deep fried squid dan minum air tebu sambil tengok suasana indah. Sebelum ni pernah makan juga sotong ni tapi apasal kali ni rasa dia macam pelik skit. Mungkin sebab daun goreng tu terlalu banyak dan rasa lebih berherba. Lastly tak habis makan, simpan dalam beg la jawabnya. Selain sotong goreng, snek lain termasuk baby crab, cendawan goreng. Harga per cup lebih kurang NTD100+. Tak ingat tapi rasa macam mahal juga sebab matawang MYR rendah masa ni. Halal food not so many kat sini tapi ada satu kedai jual kebab di kawasan sepanjang Tamsui Walk.
Masuk Dlday 2 ni baru saya video call my mom. And dia dah bising kenapa tak bagitau awal-awal yang saya ke Taiwan. Saya tak bagitau lagi pasal taufan Hakkui nak melanda. Gerenti mom bising punya nanti sebab akan nampak dalam berita.
-
-
-
-
-
Dah puas lepak di Tamsui, I end up di tengah bandar Taipei (turun di MRT Taipei City Hall). Kalau ikut dalam itinerary, saya akan pergi ke Leeco outlet di Neihu district. Memandangkan tiada MRT yang boleh turun berdekatan, jadi saya naik bas saja la. Cari nombor bas yang boleh drop-off di kawasan berdekatan COSTCO.
Tengah tunggu bas.
Naik bas sambil tengok bandar sambil handphone tengok Google Maps. Takut terlepas station yang dekat COSTCO. Haha. By the way, kalau sesat, cepat-cepat la turun dari bas dan cari MRT station terdekat.
COSTCO di Neihu.
Di sini ada banyak tempat shopping. Sebelum ke LEECO, saya singgah tengok di shopping mall lain dulu. Unfortunately, harga barang lebih kurang macam di Malaysia. Murah seringgit dua saja. Jadi saya tak beli la.
Sama macam my bag. Hehe.
My favorite brand, The North Face.
-
-
-
-
-
Lepas tu teruskan perjalanan ke LEECO outlet. Tak jauh dari shopping mall tadi tu (tak ingat apa nama shopping mall tu tapi macam style outlet juga). Tak ramai pelancong pergi kawasan LEECO ni, mungkin sebab akses kepada MRT tu tak ada yang terdekat.
Dah sampai di LEECO. Shopping mall ni tak la besar sangat tapi ada banyak kedai. Agak sunyi masa ni, mungkin sebab weekdays.
Bila tengok, harga outlet kat sini tak la murah sangat. Lebih kurang sama macam harga kat outlet Malaysia juga. Mungkin sebab keadaan matawang masa tu. Because I remember tahun-tahun sebelum tu rasa barang lebih murah. Cari punya cari, dapatlah juga yang best dan murah. Tracksuit Puma ni saya beli dua helai. One for me and one for Nept. Harga dalam lebih kurang RM70+ sehelai. Okay la. Bole pakai untuk the next day.
Preloved bag Bottega Veneta pun ada.
-
-
-
-
-
Kepada yang nak pergi Taipei Flower Market, boleh ke Neihu. Tapi kena naik bas kalau nak ke sini.
-
-
-
-
-
Bila nak balik, rupanya saya salah bas sebab saya naik bas dengan nombor yang sama dan bas tu rupanya dah tak round balik ke station permulaan. Lepas tu uncle bus tu bagitau ini last station. Then I said tak apa and end up kat pekan mana ntah 😂
Jalan pun sunyi semacam. 😂 Macam saya cakap tadi, kalau rasa sesat dalam bus, bagus turun dan cari MRT station terdekat. Yang penting internet dan Google Maps kena ada.
About 10 minute berjalan kaki, akhirnya sampai ke MRT Neihu. Nasib baik ada MRT. Kalau tak, standby naik e-hailing la kot.
-
-
-
-
-
Dari Neihu terus ke Ximending. Cari minuman sedap dan terus beli ole-ole kuih tart nanas Vigor Kobo.
Minum dulu. Kalau ke Taiwan wajib minum milky tea.
Kungfu Tea sedap.
-
-
-
-
-
Mula-mula cari kedai Vigor Kobo Ximending kat dalam Google Maps tapi tak jumpa. Before this kedai Vigor Kobo ni lokasi dia berbeza, seingat saya kedai ni kat corner. Rupanya mereka dah pindah location. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Location asal dan baharu tak jauh sangat. Arah terdekat ialah keluar melalui Exit 6 MRT Ximending.
Kedai Vigor Kobo juga menempatkan section pastry halal (certified). Semua dibungkus cantik dan sesuai dibuat sebagai hadiah. Mana-mana pineapple cake atau sun cake yang pernah saya rasa, masih tak dapat tanding rasa jenama Vigor Kobo. Seriously lembut dan sedap. Cubalah rasa.
My favorite Xing Fu Tang Taiwan. Rasa totally different dengan Xing Fu Tang Malaysia.
Petang tu hujan turun. Maklumlah… ekor taufan Hakkui dah mula melanda. Tapi saya tak peduli. Tetap nak jalan. Baju hujan kan ada. Haha. Explore Ximending street dan ada pelbagai snek halal boleh diperolehi. Ada beli skit untuk jajan orang kat office.
Convenience store is a must. Rasanya duit saya habis untuk snek saja.
-
-
-
-
-
Keadaan tak berapa mengizinkan untuk terus explore Ximending dan saya pun dah penat, so balik hotel dulu la. Lepas tu malam-malam tetiba pula keluar ke 7 Eleven.
Tak jauh pun dari hotel. Sini ada 2-3 buah kedai convenience store.
Why 7 Eleven di Sabah tak sebesar 7 Eleven di Taiwan?
7 Eleven Taiwan reminds me kepada Japan.
Beli snek dan air berperisa. Adakah saya ni hantu 7E? By the way, jangan lupa minum air putih banyak okay. Cerita the next day di page seterusnya.
No comments:
Post a Comment