Sunday, June 15, 2025

DIY Trip - Taiwan 🇹🇼 (Day 3)

Disclaimer - Trip ini dibuat pada tahun 2023. Gambar yang dikongsikan masa ni mungkin berbeza dengan keadaan sekarang.

Day 2 di Taipei, Taiwan boleh baca sini.

Untuk Day 3 saya banyak menghabiskan masa di Hualien. Sebab saya nak pergi ke Taroko National Park. Di page sebelum ni dah ulas panjang berkaitan trip ke Taroko National Park. Kalau nak info lebih lanjut dan tengok kecantikan Taroko, boleh klik link Day Trip to Taroko National Park, Hualien. 🇹🇼

Okay. Trip ke Taroko National Park ni a day trip. Walaupun taufan Hakkui semakin dekat, tapi trip tetap on. Mula-mula tu rosau juga kalau trip ni tak jadi. Memang sedih la kalau tak jadi sebab inilah tujuan utama saya ke Taiwan (selain beli kuih tart nanas Vigor Kobo 🤓). 

Untuk memudahkan perjalanan ke Hualien dan masuk ke Taman Negara Taroko, saya book trip melalui Klook sahaja. Perjalanan bermula dari Taipei Main Station ke Hualien. Perjalanan mengambil masa dalam tiga jam. Pepagi tu dah hujan lebat di Taipei. Sempat beli payung simpan dalam beg + snek bekalan sebab di Hualien susah skit nak cari halal food. Trip via Klook ni actually inclusive of lunch tapi sebab makanan tak halal, jadi saya kena bawa bekalan sendiri.

Hujan. See you Taipei. Saya nak ke Hualien dulu.


Cantiknya view.
-
-
-
-
-
Sampai saja di Taroko National Park, terus short hiking di Shakadang Trail. Kalau nak baca lebih lanjut boleh baca page Day Trip to Taroko National Park, Hualien 🇹🇼



Shakadang Hiking Trail. 4KM. Kalau pulang balik jadi la 8KM.

-
-
-
-
-
Lepas dari Shakadang Trail, saya terus ke Yanzikou (Swallow Grotto). Semua ni kawasan batu kapur. Sungai tu pula adalah Sungai Liwu. Saya bernasib baik kerana masa tu sungai tu warna biru sebab ada masa-masa tertentu sungai tu berwarna keruh.

View cantik di belakang. Macam dalam TV. Me with no emotion punya muka.


Sambil minum orange juice.

Lepas daripada Yanzikou, semua peserta trip dibawa makan tengah hari di pekan Tianxiang. Tapi saya tak join sekali makan sebab makanan tak halal. So macam biasa saya akan membeli snek di 7 Eleven sambil duduk lepak melihat keindahan alam. Public toilet juga ada disediakan, jadi tak perlu risau. 
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke Taipei, saya singgah ke Xiulin Township sebab nak pergi tengok keunikan tebing Qingshui. Saya bernasib baik dibenarkan masuk untuk melihat view tebing ni sebab pihak berkuasa dah keluarkan amaran taufan. Lepas pukul 3 petang, gate dah ditutup. 

Terus teringat kampung halaman. 

On the way balik ke Taipei. Singgah check point. Perjalanan selama tiga jam tidaklah membosankan kerana pemandangan di sepanjang jalan tu cantik.
-
-
-
-
-
Taipei tak hujan. Saya teruskan perjalanan ke Ximending sebab tak puas hati kelmarin (Day 2) hujan lebat. Day 3 tak hujan. So boleh berjalan dengan tenang sambil window shopping.


Masa nak balik ke hotel, dah start hujan rintik. My mom dah message sebab di berita keluar cerita pasal taufan Hakkui. Lepas tu saya ambil gambar dan bagitau kat Taipei okay saja masa ni.

Sampai hotel terasa nak makan maggi. Masa hujan memang best makan maggi. Maggi ni saya bawa dari Malaysia. Kena habiskan juga sebab takkan la nak bawa balik. Tips travel - bawa Maggi. Hehehe.

No comments:

Post a Comment