Disclaimer - Trip ini dibuat pada tahun 2023. Gambar yang dikongsikan masa ni mungkin berbeza dengan keadaan sekarang.
Day 3 di Taipei, Taiwan. Boleh baca sini.
Sebenarnya tujuan saya ke Keelung ni sebab nak pergi ke hiking dan ke Heping Island Park. Memandangkan cuaca sangat tak mengizinkan, jadi saya batalkan niat untuk melaksanakan aktiviti. Tapi ke Keelung tetap jadi la sebab dah masuk dalam itinerary. Perjalanan dari Taipei ke Keelung menaiki train lebih kurang 40 minit.
Guess what. Amaran taufan Hakkui dah dikeluarkan (red warning) tapi saya tengok orang kat sana relax saja. Jadi saya pun buat la macam tak ada apa juga.
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai juga di Keelung. Bandar pelabuhan yang cantik. Tapi cuaca kurang cantik masa ni + berangin + nak ribut.
Walaupun begitu, saya masih happy sebab sampai ke Keelung. Unfortunately terpaksa batalkan aktiviti hiking dan ke Heping Island sebab untuk ke sana perlu menaiki bas lagi. Jadi saya jalan-jalan di sekitar bandar Keelung sahaja.
Cuaca yang menyeramkan. Kalau kat rumah dah lama my mom marah sebab keluar time cuaca macam ni.
Beautiful Keelung Harbour. Banyak kapal yang berlabuh di sini.
Sini banyak helang tangkap ikan. Best tengok sambil makan snek.
Sepanjang di Keelung, saya round kat area bandar saja sebab ribut punya pasal. Masuk ke dalam shopping mall but not really impressive sebab saya ada tujuan lain ke sini. Milky tea jangan lupa beli walaupun ribut.
-
-
-
-
-
Kat sini boleh jumpa makanan halal juga. Saya pergi ke restoran Moiz Ali dan try Pakistan. Rasa dia sedap juga la, mengenyangkan perut yang tengah kecewa tak dapat hiking. Haha.
Apa yang saya respect dengan restoran ni, ia begitu bersih. Tandas disediakan untuk customer, siap dengan paip hos. Bilik solat juga disediakan. Kepada pengunjung muslim yang ke Keelung, boleh la ke Moiz Ali. Location boleh tengok dalam Google Maps.
-
-
-
-
-
Lepas dah pusing-pusing area bandar Keelung dan tak tau nak ke mana, I end up makan donat. Mister Donut. Teringat makan donut ni masa di Kyoto.
Saya kat Keelung ni tak la lama sangat sebab cuaca sangat tak mengizinkan. Nasib baik saya ada bawa payung sedia di dalam beg. Berguna di waktu hujan begini. Then saya teruskan perjalanan kembali ke Taipei. Lets go.
Sampai di Taipei, saya terus ke Taipei 101. My mom dah call bagitau amaran taufan di Taiwan sebab dia nampak dalam berita. Kononnya keadaan teruk. Bila saya bagitau kat Taipei sekarang ni memang hujan dan mendung, tapi tak la buruk mana cuaca di sini. Ramai orang bershopping tak ingat dunia.
Dalam Taipei 101 tu shopping mall macam di KLCC. Barang-barang branded macam LV, Burberry, Gucci… then gadgets seperti Apple etc.
-
-
-
-
-
Tetiba craving nak makan ayam goreng crispy, jadi saya pergi ke Gongguan district. Di sini ada satu kiosk ayam goreng halal, Fried Chicken Master. Mula-mula cari macam tak jumpa kiosk ni sebab dalam Google Maps kata lain. Rupanya maps tak update dan kiosk dah berpindah lokasi. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga.
Sangatlah tabah mencari FCM sebab nak makan ayam goreng.
So saya beli beberapa menu seperti ayam goreng dan ubi goreng. Rasa ayam goreng tu okay juga la tapi rasa macam tepung cucur. I prefer Uncle Bob.
Tapi this ubi manis goreng sangat sedap. Nyesal beli satu. Yang ni saya rekomen.
Di sebelah-sebelah tu sebenarnya ada banyak kiosk lagi. Jadi saya try this fruit tea from Macu Tea. Then jalan-jalan pergi night market di Gongguan.
Lepas tu dah penat, then terus nak balik hotel. Sebab kecewa tak dapat pergi hiking dan ke Heping Island. Hmm.. next time kot.
Sebelum sampai ke hotel, my friends chat dalam WA group bagitau taufan melanda Taiwan. Dan dalam berita bagitau keadaan begitu buruk. Then I said, saya okay saja di sini. Tak hujan pada waktu tu. Saya tunjuk bukti keadaan masa tu. So I don’t know how far cerita di media ni betul. Or maybe media tunjuk kat tempat lain kot. Bukan Taipei?
-
-
-
-
-
No Day 5 punya story sebab itu hari nak balik ke Malaysia. Memandangkan flight pun waktu pagi, tak sempat nak pergi jalan-jalan la. Cuaca masa ni hujan dan risau juga flight cancel. Alhamdulillah, flight on time.
Masa tengah tunggu boarding, sempat juga bercerita dengan other passenger. Last-last jadi my friend and finally saya ada kawan orang Taiwan. 🇹🇼
Keadaan masa dalam flight. Scary kan waktu ni. View taufan Hakkui dari atas. Finally saya selamat sampai di Kota Kinabalu. Alhamdulillah. See you next time, Taiwan!
No comments:
Post a Comment