My cats memang suka makan treat, terutama jenama Ciao. Yang sekor tu sangat memilih. Dia suka Ciao churu perisa tuna sahaja (plastik kaler merah, kuning, merah-biru, merah-pink). Kalau tuna tu ada campur perisa lain memang dia tak makan.
Jenama Ciao ni mahal skit. Kalau treat jenama lain baru dalam RM4.50, kalau Ciao pula range RM7.50 - RM8.00. Hari tu saya beli via online sebab tak ada stok di petshop. Lagipun kalau online ni dapat harga lebih murah. Ada satu seller tu dia jual satu plastik Ciao ni harga RM4. Jadi saya pun order la seperti biasa.
Bila barang dah sampai, saya pun bagi la makan dengan kucing saya. Tiba-tiba kucing tu tak nak makan. Dia hidu then blah macam tu saja. Tekstur treat tu juga cair. Jadi saya compare dengan churu sedia ada. Rupanya yang saya order online tu FAKE churu! Patutlah kucing saya tak nak makan.
No comments:
Post a Comment