Sunday, June 22, 2025

Original VS Fake Ciao Churu

My cats memang suka makan treat, terutama jenama Ciao. Yang sekor tu sangat memilih. Dia suka Ciao churu perisa tuna sahaja (plastik kaler merah, kuning, merah-biru, merah-pink). Kalau tuna tu ada campur perisa lain memang dia tak makan.

Jenama Ciao ni mahal skit. Kalau treat jenama lain baru dalam RM4.50, kalau Ciao pula range RM7.50 - RM8.00. Hari tu saya beli via online sebab tak ada stok di petshop. Lagipun kalau online ni dapat harga lebih murah. Ada satu seller tu dia jual satu plastik Ciao ni harga RM4. Jadi saya pun order la seperti biasa.

Bila barang dah sampai, saya pun bagi la makan dengan kucing saya. Tiba-tiba kucing tu tak nak makan. Dia hidu then blah macam tu saja. Tekstur treat tu juga cair. Jadi saya compare dengan churu sedia ada. Rupanya yang saya order online tu FAKE churu! Patutlah kucing saya tak nak makan. 

Kiri ORIGINAL dan kanan FAKE. Cuba tengok ada perbezaan dari segi tulisan. 

Yang ni sebelah belakang. Nampak perbezaanya. Kiri ORIGINAL, kanan FAKE.

Kepada cat owner, sila tengok betul-betul sebelum beli, terutama yang jual harga terlebih murah. Mungkin ada kucing yang jenis makan juga walaupun churu tu fake, tapi kita tak tau bahan apa dia letak dalam tu. Saya prefer original. Kalau nak beli online make sure check betul-betul sama ada produk yang dijual adalah original atau fake.

No comments:

Post a Comment