Sejak kebelakangan ni mata saya sentiasa rasa penat. Lepas tu kabur dan kadang-kala mata rasa “berlendir”. Mungkin sebab terlalu kerap menghadap komputer dan handphone, lepas tu selalu tidur lewat, kemudian bangun awal. Jadi saya decide beli supplement untuk mata, tapi nak cari yang harga berpatutan.
Akhirnya jumpa supplement yang okay untuk saya, 21st Century Eyebright Complex. Brand 21st Century ni dah lama. Zaman saya budak-budak dulu pun dah ada sebab my dad pun makan brand ni. Saya beli di Guardian dengan harga RM22 (ada diskaun). Mula-mula tu tak la ada high expectation sangat sebab saya tengok banyak lagi brand lain yang tahap international dan harga pun boleh tahan juga.
Tapi lepas makan brand 21st Century ni, sebenarnya saya terkejut juga dengan hasilnya. Yang paling ketara, mata dah tak kabur dan tak ada dah rasa melekat-lekat. Saya makan satu kali sehari sahaja pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Seriously this brand sangat bagus. Buat masa ni saya makan dah nak habis sebotol.
No comments:
Post a Comment