Akhirnya penantian dari hari Isnin tak membuahkan hasil. Saya tidak berjaya membeli tiket My Chemical Romance yang dijual pada 11 Julai 2025, 11.00 pagi. Saingan terlalu sengit + website crash + app hang sebelum pukul 11 pagi lagi.
Sebelum pukul 11.00 pagi (jualan tiket bermula) pun dah error.
Lepas tu jadi macam ni. Sama juga tak boleh masuk app.
Bila dah dapat masuk, kena queue untuk beli tiket. Queue ni pun dah tunggu dekat setengah jam.
Lepas tu hampa semua dah tak ada seat. Yang harga tiket RM1k+ pun sama seat not available. Adakah ini angkara ulat tiket @ scalpers?? Semoga yang jual balik tiket untuk mengaut keuntungan berkali ganda tu… tiada orang membeli tiket kamu.😡 Please jangan support scalpers!
Lepas tu yang paling tak best... kata ada seat kosong. Sekali tekan seat tu, terus "not available". Go Live please improve your service.
Lepas tu petang dah ada announcement kata tiket sold out. Hampeh.
No comments:
Post a Comment