Saturday, July 26, 2025

Alasan Orang Nak Pinjam Duit. Jangan Terpedaya

Sebelum korang nak bagi pinjam duit dengan kawan, fikir betul-betul nak bagi atau tak. Possibility untuk duit tu tak kembali memang besar. Saya dah beberapa kali berhadapan dengan "so-called-friend" yang meraih simpati nak pinjam duit dengan memberikan alasan yang sedih, padahal penipu saja. Pendek cerita, nak scam duit orang la... apa lagi. Bukan saya saja, kawan-kawan yang lain pun dah pernah kena dan so far, alasan yang diberikan lebih kurang saja. Yang lebih menyakitkan hati, duit yang dipinjam tu sebenarnya mereka buat pergi berjoli. Travel sana sini, makan sedap-sedap, beli gadget etc. Ada antara mereka ni juga berhutang dengan along, ketagihan judi atau ambil bahan terlarang. They need money to survive tapi dengan cara nak scam kawan.

Berhati-hati sebelum bagi pinjam duit kat orang. Mereka suka berjanji tapi janji angin saja. Nilai betul-betul sebelum nak bagi pinjam duit, unless kalau korang betul-betul yakin dengan situasi yang menimpa si peminjam. 

Mereka suka bagi alasan sedih supaya kita percaya dan simpati dengan keadaan mereka. Based on my friends and I punya pengalaman... antara alasan simpati yang sering diberikan oleh si peminjam:

1. Nak pinjam duit buat bayar bil hospital sebab keluarga sakit. Tak kiralah alasan bini sakit, anak demam, bapa nak operate, laki accident, bini kena kanser, bini nak buat medical check-up pregnant dll. 

2 Kereta rosak. Typical punya alasan la kan. Keta rosak ni termasuklah tayar pancit, keta masuk bengkel, keta accident, keta tak ada minyak dll. 

3. Nak bayar yuran anak. Ni pun antara alasan yang popular juga. Pinjam duit sebab nak bayar yuran sekolah anak, nak beli buku teks, nak beli baju sekolah anak etc... tapi lepas tu duit tak pernah bayar balik. 

4. Tak bagi alasan. Nak pinjam duit saja lepas tu kata janji akan bayar esok, lepas tu ke next week dan seterusnya next month. Memang takkan bayar punyalah sampai bila-bila.

Tuesday, July 22, 2025

Lifesaver

Saya beli sewing kit ni di Familia dengan harga RM4.60 sahaja. Benda ni begitu berguna dan dah banyak kali membantu hidup saya, khususnya kalau ada pakaian yang koyak. Haha. Setiap rumah wajib kena ada benda ni kerana sangat sangat membantu. Dalam box ada lengkap ada benang pelbagai warna, satu set jarum, gunting, tali pengukur, butang dan lain-lain basic untuk menjahit. Yalah… kadang-kadang pakaian ada koyak sana la sini la, daripada pakaian tu tak boleh pakai atau dibuang, baik selamatkan jika masih boleh diselamatkan. Especially my Nept selalu saja pakaian dia koyak. Biasalah orang kerja berat. So this sewing kit la menjadi penyelamat keadaan. Walaupun harga tak sampai RM10, tapi sangat bermanfaat. Saya tak ingat dah berapa lama kit ni dengan saya tapi dah bertahun la. 







Sunday, July 20, 2025

Peer Through a Telescope 🌙

Beautiful moon through my telescope 🌙

The moon appeared during sundown (Maghrib).

Straight from my eyepiece.

Raw picture, no edit.


Final picture. Edit using Lightroom mobile app.


Love This Homemade Kombucha

Kepada yang tengah mencari homemade kombucha juice, boleh beli dari The_Organic di Shopee. Harga jus kombucha di sini lebih murah, lebih sedap sebab rasa fizzy (lagi best kalau letak dalam peti sejuk) dan jus tak rasa masam. Harga untuk botol kecik (250ml) adalah RM3 dan yang besar (500ml) adalah RM6 sahaja. 

Kombucha ni ada banyak benefits khususnya kaya dengan probiotik dan antioxidant. Kalau yang ada masalah usus boleh try minum kombucha.

Saya cuba kombucha dari The_Organic. Yang ni perisa halia. Sedap anda tak rasa “too halia” sangat. Actually perisa halia ni dah jadi my favorite.

Saya suka minum dengan ais sebab rasa refreshing. Lepas tu rasa macam minum air karbonat sebab gas tu kuat. Don’t worry, penghantaran available di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 


Sumber The_Organic.


Wednesday, July 16, 2025

My Favorite Bingsu @ Smile Tea

Bingsu (Korean shaved ice) ni lebih kurang macam ABC juga la tapi yang ni shaved ice dia lebih halus dan biasanya topping terdiri daripada potongan buah-buahan, susu manis, sirap buah dan kekacang. 

Saya ingat dulu ada satu kedai shaved ice di Financial Park Labuan (near food court), sedap sangat. Masa tu bingsu ni tak hype lagi. Tapi sekarang kedai tu dah tak ada… My sister baru-baru ni ke Hatyai dan di sana pun quite famos juga bingsu ni. Jadi dia tried bingsu yang ada topping buah-buahan. Then saya bagitau kat KK pun ada. Nanti datang KK bole la makan bingsu. (My sister tinggal di KL).

Saya dah try beberapa jenis bingsu, but my favorite masih yang ni… bingsu di Smile Tea, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Rasa light, tak manis sangat dan topping cream tu sedap. Biasanya kalau kita makan cream boleh muak, tapi yang dari Smile Tea ni sedap. Lepas tu tuang susu manis di atas bingsu. Perfect!

Smile Tea ada menyediakan tiga jenis bingsu. Chocolate, thai tea dan green tea. Senua pun sedap tapi saya paling suka thai tea. Satu mangkuk ni sebenarnya besar dan boleh makan untuk dua orang. Harga semangkuk hanya RM12.90. Selain bingsu, Smile Tea juga ada jual milky tea dan kiosk di sebelahnya ada jual fried chicken fillet (Chick and Chips).

Chocolate.

Thai tea.

Green tea.


Sunday, July 13, 2025

Watsons Cream Hand Wash Paling Wangi

Watsons cream hand wash ni best sebab wangi, harga berpatutan dan banyak jenis scent. Wangian yang available such as white tea & ginger, rose, goat milk, lavender, watermelon etc. Tapi wangian yang menjadi pilihan saya dan yang the best bagi saya adalah freesia & pear. Waaangi sangat. Bau buah pear. Dan warna green 💚

Harga depends on diskaun kat Watsons. Kadang-kadang buy 2 free 1, kadang diskaun 30%, kadang buy 1 and RM0.10 for second item… Tapi range harga dalam RM5 sebotol. Kalau nak tengok harga special di Watsons boleh tengok start hari Khamis or Jumaat. Masa tu dah mula diskaun produk.

Saya suka beli cream hand wash Watsons ni sebab wangi, lembut dan tak allergic di tangan. Guna untuk cuci pinggan mangkuk kucing as saya bilas pakai tangan saja, tak pakai sponge. Biasanya saya akan stok cream hand wash ni dua tiga botol di rumah. 





Saturday, July 12, 2025

21st Century Eyebright Complex

Sejak kebelakangan ni mata saya sentiasa rasa penat. Lepas tu kabur dan kadang-kala mata rasa “berlendir”. Mungkin sebab terlalu kerap menghadap komputer dan handphone, lepas tu selalu tidur lewat, kemudian bangun awal. Jadi saya decide beli supplement untuk mata, tapi nak cari yang harga berpatutan.

Akhirnya jumpa supplement yang okay untuk saya, 21st Century Eyebright Complex. Brand 21st Century ni dah lama. Zaman saya budak-budak dulu pun dah ada sebab my dad pun makan brand ni. Saya beli di Guardian dengan harga RM22 (ada diskaun). Mula-mula tu tak la ada high expectation sangat sebab saya tengok banyak lagi brand lain yang tahap international dan harga pun boleh tahan juga.

Tapi lepas makan brand 21st Century ni, sebenarnya saya terkejut juga dengan hasilnya. Yang paling ketara, mata dah tak kabur dan tak ada dah rasa melekat-lekat. Saya makan satu kali sehari sahaja pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Seriously this brand sangat bagus. Buat masa ni saya makan dah nak habis sebotol. 



Rupa kapsul.





Friday, July 11, 2025

MCR Ticket War 🎫

Akhirnya penantian dari hari Isnin tak membuahkan hasil. Saya tidak berjaya membeli tiket My Chemical Romance yang dijual pada 11 Julai 2025, 11.00 pagi. Saingan terlalu sengit + website crash + app hang sebelum pukul 11 pagi lagi.

Sebelum pukul 11.00 pagi (jualan tiket bermula) pun dah error. 

Lepas tu jadi macam ni. Sama juga tak boleh masuk app.

Bila dah dapat masuk, kena queue untuk beli tiket. Queue ni pun dah tunggu dekat setengah jam.

Lepas tu hampa semua dah tak ada seat. Yang harga tiket RM1k+ pun sama seat not available. Adakah ini angkara ulat tiket @ scalpers?? Semoga yang jual balik tiket untuk mengaut keuntungan berkali ganda tu… tiada orang membeli tiket kamu.😡 Please jangan support scalpers!

Lepas tu yang paling tak best... kata ada seat kosong. Sekali tekan seat tu, terus "not available". Go Live please improve your service.



Lepas tu petang dah ada announcement kata tiket sold out. Hampeh.


Sunday, July 6, 2025

Ouch!

Nothing but delulu.


Friday, July 4, 2025

Sakura in Hong Kong 🇭🇰 🌸

1 Mac 2025… Tak sempat berpuasa di HK sebab Ramadan jatuh pada 2 Mac 2025. Semalam dah standby kalau puasa jatuh pada 1 Mac, kena set alarm clock untuk bangun sahur. Walaupun puasa pada 2 Mac, semua restoran halal di HK dah start tutup pada waktu siang bermula 1 Mac untuk menyambut bulan Ramadan.

Masa ni cuaca dah berapa sejuk. Sempena menunggu flight pada waktu malam, saya jalan-jalan di sekitar Tung Chung untuk tengok bunga sakura. Kalau jalan kaki dari stesen Tung Chung (Citygate Outlet) tu, ambil masa dalam 10 minit macam tu juga la untuk sampai ke Cherry Blossom Bay.

Kalau jalan kaki boleh nampak pemandangan yang cantik ni.
-
-
-
-
-
Unfortunately, bunga sakura dah mula gugur waktu ni dan dah tumbuh daun hijau. Nyesal tak pergi masa day 1 di HK hari tu. Sebenarnya Cherry Blossom Bay ni tak berapa siap lagi waktu ni. Banyak pokok sakura ditanam di sini sampai la ke kawasan lain di sekitar. Tapi kat tempat lain tu tiada akses untuk orang awam. Maybe tak siap lagi kot. Di bawah ni gambar sakura di sekitar Cherry Blossom Bay. Selain dijadikan tempat bergambar, kat sini boleh lepak sambil berkelah juga. 








-
-
-
-
-
Sambil tu saya sempat duduk makan ubi manis bakar 😂 Yang ni saya beli dekat area Tung Chung station. Besar gila ubi manis tu tapi memang sedap la. Harga boleh tahan. Saya kira dalam RM20 juga la sebab kira ikut timbangan. Setiap kali saya ke HK memang tak pernah miss beli ubi manis di sini. Selain tu ada juga jual telur puyuh.


Siapa nak beli ubi manis bakar boleh beli di gerai ni. Kawasan Tung Chung station, berhadapan Citygate Outlet.
-
-
-
-
-
Flight saya malam. Dalam airport memang sejuk. Airport sini dah semakin canggih. Passport pun dah main scan sendiri saja. Kalau nak cari makanan halal pula, tak banyak sangat. Foodcourt pun semua tak halal. Ada satu kiosk halal iaitu Old Town White Coffee tapi kalau naik Air Asia, memang tak dapat la merasa sebab terminal berbeza. Kiosk tu bukan di tempat foodcourt utama lepas kita masuk departure hall tu. Dia terletak kat gate 40-80. Patutlah saya cari tak jumpa.

Cuba tengok gate tu ada berapa banyak. Saya punya gate nombor 205. Kena naik train lagi untuk sampai.

Beautiful sunset.


Di terminal ni tak banyak sangat kedai untuk membeli. Ada la dalam 4-5 kedai jual souvenir dan snek untuk bawa balik tapi kebanyakan tak halal. Lepas tu ada kiosk coffee. Salah satu cara untuk saya habiskan duit syiling dan lebihan dalam Octopus Card ialah dengan membeli minuman tin. Yang ni pun boleh buat souvenir juga.

Sambil tunggu flight sambil membeli minuman tin. Cola di HK masih mengekalkan rasa seperti dulu, gas karbonat yang power.

See you next time HK!

Tuesday, July 1, 2025

DIY Trip - Hong Kong 🇭🇰 (Day 3)

Hari ketiga di HK. Sebab saya memang jenis tak bawa baju banyak dan tak kisah kalau repeat baju dalam gambar, awal pagi saya cari dobi layan diri dulu. 

Sebelum tu kalau nak baca Day 2 trip to Hong Kong, boleh klik link ini.

Dobi ni terletak di Chungking Mansion, bersebelahan dengan Mirador Mansion saja. Senang saja nak guna. Macam dobi kat Malaysia juga. Boleh bayar dengan Octopus card. Nasib baik tak ramai orang time ni. Boleh cuci kain dengan senang hati.



Dah ada detergent sedia. Jadi tak perlu bersusah payah nak pergi beli sabun cuci kain lagi. 

Memandangkan cuci kain + dry pun kira ambil masa juga, jadi saya jalan-jalan di kawasan sekitar dulu. Tak banyak lagi kedai yang buka sebab masih awal kecuali 7 Eleven. Sempat la membeli snek.

The famous Chungking Mansion. Dalam ni ada restoran halal, money changers, kedai runcit, rumah orang etc. Antara mansion paling crowded kat sini la.

Masa mula-mula saya ke HK (2016), saya tak tau rupanya guesthouse/hostel di HK terletak di dalam “mansion” atau “house”. Masa tu punyalah susah saya cari hostel yang saya dah booking di area Mongkok. Search punya search rupanya dalam bangunan besar. Dah la masa tu malam 🥲

Kedai souvenir pun buka awal di Tsim Sha Tsui. Siapa-siapa nak last minute shopping souvenir, boleh la membeli di kedai yang ada di sekitar Tsim Sha Tsui.
-
-
-
-
-
Dah settle semua kerja mencuci kain, saya memulakan perjalanan hari ni ke Hong Kong Palace Museum di Kowloon. Cara paling mudah ke sini adalah menggunakan taxi. Tapi saya lebih suka guna MTR kerana lebih jimat. Guidelines kalau nak melawat HK Palace Museum, boleh klik link ini.

Perjalananan saya dari MTR Austin Station. Kena keluar dari exit B4 atau B5. Terus pergi ke kawasan jejantas sebab muzium tu di seberang. Perjalanan dengan jalan kaki mengambil masa 15 minit. Boleh tahan juga la tapi cuaca still sejuk, jadi okay lah.

Naik jejantas 🏃‍♀️

Seberang lebih raya menggunakan jejantas.

Lepas tu akan nampak view ni.

Akhirnya dah nak sampai. Boleh tahan lenguh juga kaki walaupun 15 minit perjalanan. Haha. Mungkin sebab semalam dah hiking kot. Actually masa saya nak ke muzium ni, tak nampak ada pelancong lain yang ikut jalan sama. Kebanyakannya yang pergi sini adalah tour by group menaiki bas atau private car. Mungkin sebab akses untuk ke sini jauh skit dari MTR kot, sebab tu tak ramai orang. Kalau nak naik bas pun boleh juga and bus akan drop depan muzium, lebih dekat berbanding via MTR.

HK Palace Museum. Tiket boleh beli dari Klook atau walk-in. Boleh bayar guna kad kredit juga kalau tak cukup cash. Entrance fee lebih kurang RM38. Kalau nak masuk ke special punya gallery, ada fee tambahan lagi. Saya just beli ordinary ticket sahaja sebab museum ni sangat luas dan bertingkat-tingkat. Dalam muzium dibenarkan ambil gambar tapi tanpa flash.
-
-
-
-
-
Saya enjoyed tengok artifak dalam muzium ni sambil tengok short clip sejarah awal HK, China. Satu pengalaman baharu untuk saya. Dalam muzium tu ada sekuriti yang sentiasa memantau kawasan persekitaran. Sebaiknya jangan buat bising sebab ada orang jenis yang suka menghayati artifak yang ada. Kalau bising tu nanti rasa terganggu pula kan.















Sebenarnya ada banyak lagi artifak di dalam muzium ni. Saya share mana-mana yang saya sempat snap gambar sahaja. Setiap tingkat dan bilik mempamerkan barangan mengikut era, contohnya dari pemerintahan dinasti sampailah ke zaman moden. Selain koleksi barangan, muzium ni juga ada menyediakan interactive games untuk pengunjung.

Saya try tulisan kaligrafi Cina. Unfortunately masa saya melawat muzium ni, tetiba ada sekumpulan kanak-kanak sekolah buat lawatan juga. So keadaan agak bising. Jadi saya cepat-cepat elak ke galeri lain supaya tak satu team dengan budak-budak sekolah tu 😂

Boleh tengok pemandangan cantik dari balkoni muzium. 

Lepas tu saya singgah beli boba tea yang dijuak di kawasan luar muzium. Sebenarnya muzium ni ada juga beberapa restoran tapi tak halal. Jadi saya cari makan kat tempat lain saja la.

On the way nak naik MTR. Kena jalan 15 minit untik sampai ke station yang saya turun tadi…
-
-
-
-
-
Lawatan ke muzium tu mengambil masa juga. Tengok-tengok dah petang. Saya ke Wan Chai sebab nak makan nasi itik halal di Wai Kee.

Gerai Wai Kee tu terletak di atas pasar, kawasan food court. Tips kalau nak ke sini better datang awal sebab kalau dah petang mereka dah nak close section (meja buka sedikit sahaja). Lepas tu end up kita kena kongsi meja dengan orang lain. The best solution is tapau saja la.

Memandangkan saya sangat lapar, saya makan kat sana juga. Peduli la kongsi meja dengan orang lain. Janji perut kenyang. Memang sedap rasa nasi itik ni. Crispy skin dan ada rasa salty. Recommended tapi waiter kurang mesra. Haha. Normal di HK. 
-
-
-
-
-
On the way balik ke guesthouse. Penat gilers hari ni.
-
-
-
-
-
Malam hari meneruskan perjalanan ke Mongkok. Di Mongkok ada pasar malam Ladies Market, tapi saya tak nak ke sana. Saya nak mencari ayam goreng halal. Haha. Tapi sebelum ni nak ke Decathlon cawangan Mongkok dulu. I remember dulu pernah beli portable pillow di sini dan sangat berguna ketika travel. Saya jenis tak suka bantal rendah dan kebanyakan hostel sediakan bantal yang nipis, jadi kalau ada extra pillow sangat memberi keselesaan buat saya. Jadi saya pergi tengok bantal tu, kot ada sale.


Singgah ke Watsons membeli barangan rare yang tak ada jual di Malaysia.

Yess! Inilah dia. Portable pillow. Yang ni selesa. Tak rasa macam tidur atas plastik. Price around RM52. 

-
-
-
-
-
Lepas tu saya ke shopping mall T.O.P dekat area sana juga untuk beli ayam goreng halal Popeyes Louisiana Kitchen. Ada halal certified ya. Untuk ke sini, pergi area level Basement tempat food court tu.


Finally!


Balik guesthouse terus melantak ayam goreng disamping snek lain yang ada. Ni bahaya kalau travel ke luar negara confirm akan craving ayam goreng. By the way, saya masih tak call my mom lagi. Confirm kena bising la lepas ni kenapa tak bagitau awal-awal travel ke luar negara… solo.