Saya suka short trip just untuk healing, jalan-jalan cari makan atau buat aktiviti outdoor. Kali ni destinasi short trip ke Kuching, Sarawak. Saya pun dah tak ingat yang ni kali ke berapa saya ke Kuching, tapi dah banyak kali la. Biasanya pergi hiking, trekking dan yang paling penting food hunting. Saya pernah tinggal selama tiga tahun di Kuching, Sarawak masa sambung study dan keadaan di Sarawak dah jauh beza. Sekarang lebih maju, cantik dan banyak shopping malls. Jalan raya juga cantik tak berlubang-lubang.
-
-
-
-
-
Kali ni saya naik flight malam. Siang sempat lagi masuk pejabat. Kalau nak ke Sarawak, boleh saja masuk menggunakan kad pengenalan. Tapi saya prefer guna pasport sebab lebih mudah dan dah buat pasport mahal-mahal, apa lagi... sila penuhkan ruangan pasport yang ada.
Tengah tunggu flight dengan my humble luggage + gaya duduk kurang senonoh. Ngantuk juga naik flight malam dan badan penat baru pulang kerja dah rush ke airport.
-
-
-
-
-
Penerbangan ke Kuching tak lama.. dalam sejam lebih. Macam biasa, saya akan pilih Air Asia sebab harga tiket lebih murah dan saya tak perlukan extra luggage. Sampai sahaja di Kuching, kereta sewa dah sedia dan saya terus pandu ke hotel yang saya dah book di kawasan bandaraya Kuching + dekat dengan 24 hour convenience store semestinya. Kalau nak cari kereta sewa di Kuching, boleh contact Mr. David di 013-8260554.
Sampai saja kat hotel, keluar sekejap cari snek di 7 Eleven dan yang penting extra beli mineral water. Nothing to do malam tu sebab dah dekat tengah malam.
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, sarapan dulu di hotel dan terus memandu ke Santubong sebab hajat nak pergi Sarawak Cultural Village. Perjalanan ke Santubong dari Kuching mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Kalau tak tau jalan boleh rujuk Google Maps atau Waze. Driving di Kuching sangat la selesa dan tak macam suasana masa driving di Kuala Lumpur. View sepanjang perjalanan ke Santubong begitu cantik, hijau dan yang penting tak ada traffic jam.
Sarawak Cultural Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak. Sesiapa yang nak pergi sini boleh la explore website terlebih dahulu untuk tengok harga tiket, upcoming events, opening hour etc di
https://scv.com.my/
Beli tiket secara online lebih murah berbanding walk-in. Harga untuk tahun 2025 ialah RM90/person (Malaysian) dan RM135/person (foreigner). Satu tiket valid untuk satu hari, means kalau dah keluar dari gate utama, masih boleh masuk semula. Each person yang masuk ke Sarawak Cultural Village akan diberikan sticker dan buku passport kecik untuk kumpul stamping.
Pengalaman masuk ke Sarawak Cultural Village memang takkan rasa rugi punya sebab nak melawat ke setiap tempat kat dalam tu pun agak ambil masa juga. Masuk pagi, keluar dari sana dah petang. Boleh tengok pelbagai jenis rumah mengikut suku kaum. Jangan lepaskan peluang tengok persembahan tarian. Totally worth! Ini adalah kali kedua saya pergi ke Sarawak Cultural Village sepanjang saya berkunjung ke Sarawak.
Me making kuih sepit.
Lepas selesai melawat Sarawak Cultural Village, saya singgah makan di foodcourt sebelah sambil menikmati pemandangan gunung dan pantai yang cantik. (Tapi gambar pantai tak sempat amik time ni sebab tiba-tiba hujan turun).
My favorite nasi aruk. Datang Kuching wajib makan ni. Selain mi kolok or laksa Sarawak, try makan nasi aruk. Nampak simple tapi sedap.
Sebenarnya banyak lagi area yang boleh dilawat di Santubong, but this time punya trip lebih kepada just santai. Next time nak repeat hiking di Santubong dan tengok waterfall.
-
-
-
-
-
Balik sahaja ke hotel terus mandi dan rehat. Then keluar lagi pergi dinner di Annuar BBQ Steamboat, my favorite restaurant sejak dulu. Makan la sampai kenyang, yang penting tak membazir. Restoran ni memang ramai orang, so kalau nak datang boleh awal sikit supaya senang cari parking.
-
-
-
-
-
Hari berikutnya, saya ke daerah Serikin pula. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Sebenarny berhajat ke pasar Serikin iaitu pasar yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Pasar Serikin terletak dekat dengan sempadan Malaysia - Indonesia... jadi fefeling macam masuk ke Indonesia juga la.
Pasar Serikin hanya buka pada hujung minggu sahaja, dari pagi sampai ke petang.
Saya cadangkan kalau ke pasar Serikin, pergi waktu pagi sebab tak panas, banyak tempat parking masih kosong dan tak crowded.
Saya belikan sudip untuk Nept sebab dia ni chef. Dengan adanya sudip Serikin ni, diharap lebih banyak lauk yang sedap dihidangkan lepas ni. Wawawa.
Jangan lupa tawar ke harga paling murah ya. Serlahkan skill tawar-menawar anda.
-
-
-
-
-
Lepas dari Pasar Serikin, saya singgah melawat Gua Pari-Pari (Fairy Cave) di daerah Bau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Serikin. Sebenarnya ada lagi gua lain berdekatan iaitu Gua Angin (Wind Cave) tapi trip kali ni saya tak pergi sana. Bagi saya, keadaan di Gua Angin ada seram skit sebab gelap dan trail lebih jauh, manakala di Gua Pari-Pari, suasana dalam gua lebih terang dan mempunyai ruang yang luas besar.
Untuk masuk ke Gua Pari-Pari, kena naik tangga ke atas macam dalam gambar ni. Bayaran tiket hanya RM1/person dan wajib menggunakan kasut kerana terdapat kawasan yang licin. Kalau tak ada kasut boleh sewa kat kaunter dengan harga RM3.
Bila dah masuk ke pintu gua, kena naik lagi tangga yang ni. Keadaan gelap sikit dan sesiapa yang ada fobia tempat gelap atau ruang yang sempit, mungkin akan rasa seram nak lalu di bahagian ni. Sila berhati-hati kerana tangga licin dan narrow.
View di dalam Gua Pari-Pari. Gua ni mempunyai beberapa trails, some of them boleh diakses umum dan ada yang perlu permit untuk melalui trail tersebut (Summit Trail).
Kepada peminat alam semulajadi dan sukakan aktiviti luar, bolehlah berkunjung ke sini.
-
-
-
-
-
After Gua Pari-Pari, saya pergi ke Tasik Biru. I remember dulu tempat ni belum lagi dibangunkan. Short trip kali ni tetiba ke sana pula, and then... wow. Tempat ni dah cantik dan ramai orang.
Beautiful Tasik Biru. Me with my old The North Face backpack yang saya beli di Hong Kong... I think tahun 2017?
Kenapa sebelum ni saya ingat Tasik Biru tiad ikan boleh hidup? 🤔
-
-
-
-
-
Hari pun dah petang dan saya balik singgah ke shopping mall di Kuching. Cari makan sambil window shopping sebelum balik ke hotel untuk rest.
Eco Fish. My favorite menu di Sugar Bun. Restoran Sugar Bun famos tau di Sarawak.
-
-
-
-
-
Lepas dah cukup rehat, saya jalan-jalan ke pasar malam pula cari jajan. Di Kuching ada banyak pasar malam, jadi boleh check dalam Google nak pergi pasar malam yang mana satu.
Misi mencari snek. Cendawan crispy.
Sotong bakar.
Nasi kerabu ikan goreng.
-
-
-
-
-
Hari berikutnya saya ke daerah Serian pula sebab nak pergi tengok pemandangan padi di Kampung Skuduk. My mom tak tau lagi saya di Kuching dan mesti dia akan bising punya lepas rahsia terbongkat. Haha.
Destinasi pertama, Kampung Skuduk.
Beautiful Kampung Skuduk dengan view padi. Kalau di Sabah, view padi boleh dilihat banyak di kawasan Papar.
Cuaca agak panas dan saya singgah cari teh di MeaoTea, Serian. Cup ni say simpan buat kenangan sebab tak ada di Sabah. Finally my mom tiba-tiba call tanya saya di mana dan saya bagitau la di Sarawak. Confirm bising sebab tak bagitau awal.
Lepas tu saya pergi ke Satok untuk cari makan tengah hari. Terasa nak makan nasi aruk lagi. Ikan tu adalah ikan terubok masin 😋 Semua nasi aruk sedap tapi my best version masih lagi nasi aruk yang dekat waterfront tu sebab ada pajeri nanas.
-
-
-
-
-
Then singgah ke Aeon untuk cuci mata + window shopping dan cari jajan. Kuching ada Aeon, Sabah bila bos ku?
-
-
-
-
-
Malam hari pula jalan-jalan area waterfront menikmati keindahan tempat dan tak lepaskan peluang untuk naik jambatan Darul Hana. Waterfront Kuching nampak cantik pada waktu malam kerana dihiasi oleh lampu berwarna-warni.
-
-
-
-
-
Last day di Kuching sebelum pulang ke KK, sempat jalan-jalan ke India Street sebab nak beli souvenir etc. India Street terletak di kawasan waterfront dan tak jauh dari hotel. Jalan kaki pun boleh. Kalau ke Kuching, wajib melawat ke tempat ni, terutama yang suka shopping.
India Street
Belikan my Nept serbuk lada hitam.
Oleh kerana Sarawak terkenal dengan kek lapis, maka saya tak lepaskan peluang untuk membeli. Boleh dijadikan souvenir untuk office dan of course untuk saya makan di rumah. Nasib baik saya ni bukan jenis gila shopping, kecuali kalau terasa nak beli atau benda tu rare dan limited edition.
Setakat itu saja itinerary short trip ke Kuching pada kali ini. InShaaAllah kalau ada peluang saya nak ke Gunung Mulu National Park. Saya dah pernah pergi hiking di Bako National Park, Kubah National Park dan Bukit Lambir National Park (Miri). Sarawak ada banyak taman negara dan kepada yang suka aktiviti outdoor, anda mesti berkunjung ke Sarawak.
No comments:
Post a Comment