October 31, 2025

Beautiful Wind Cave, Sarawak 🦇

Salah satu negeri yang saya suka pergi ialah Sarawak. Tiket flight murah, banyak tempat menarik untuk dilawati, ada Taman Negara yang cantik, makanan sedap, jalan raya cantik dan besar.... dan lain-lain. Tiga tahun stay di Sarawak (2005 - 2007) dan keadaan sekarang jauh lebih canggih. I love Sarawak.

Kepada yang suka tengok alam semulajadi atau aktiviti luar, antara tempat yang wajib pergi ialah daerah Bau. Tapi kali saya nak fokus kepada aktiviti cave touring di Gua Angin a.k.a Wind Cave. Perjalanan dari bandaraya Kuching ke Gua Angin mengambil masa selama satu jam. Selain Gua Angin, anda boleh pergi ke Gua Pari-Pari (Fairy Cave) yang terletak berhampiran. Boleh singgah terus ke Pasar Serikin yang hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad. For more info berkaitan aktiviti di daerah Bau, boleh baca post saya yang lepas di pautan ini.

Tiket masuk ke Gua Angin hanya RM1 untuk warganegara Malaysia, manakala untuk bukan warganera ialah RM5. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti outdoor sebab ada kawasan yang licin dan berair. Boleh bawa torchlight sendiri atau sewa daripada kaunter. Bagi saya, lampu suluh wajib bawa sebab dalam gua ni gelap. Sebenarnya kawasan Wind Cave ni ada beberapa trails yang boleh dilawati tapi kali ni saya fokus trail di dalam gua. Akses perjalanan begitu mudah kerana platform mendatar. Gua batu kapur di sini lebih sangat tua dari Gua Mulu dan mula terbentuk kira-kira 60 juta tahun lalu. 


Main entrance.

Antara features utama Gua Angin ialah stalagmit, stalagtit, sarang burung layang-layang dan ribuan kelawar yang tinggal di dalam gua ini. 







Keadaan saya di dalam gua yang gelap gelita. 

Sarang burung layang-layang

Trail di Gua Angin mudah untuk diakses (dan tidak memenatkan)




Dalam ni gelap, jadi torchlight adalah essential.

Yang ni a bit scary kan? 



Kelawar

Me tengah tengok kelawar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Gua Angin, boleh ke laman web Sarawak Forestry.

No comments:

Post a Comment